Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, June 29, 2021

Beza antara Laptop dan Chromebook

 


.

Terdapat dua jenis laptop yang dijual oleh kebanyakan jenama laptop seperti ACER, DELL, LENOVO dan lain-lain iaitu Windows Laptop dan Chromebook. Apa beza keduanya ini?

.

Perbezaaan utama bagi kedua-dua jenis komputer peribadi ini adalah dari segi sejarah dan konsep kewujudannya.

.

Windows Laptop adalah laptop yang telah dipasang perisian sistem Windows. Dalam bahasa yang mudah, apabila pengguna menghidupkan laptop, beliau akan nampak perkataan Windows ataupun antaramuka yang mempunyai logo Windows seperti di bawah.

.

.

Jika diperhatikan dalam gambar di atas, logo ini terdiri dari pelbagai versi dan wujud semenjak tahun 1985. Dalam kata lain Sistem Windows telah wujud seawal tahun 1985. Perisian Windows adalah perantara di antara manusia dan komputer di mana ia digunakan untuk memudahkan pengguna melakukan tugas-tugas asas perkomputeran seperti menaip teks ringkas, menyimpan dokumen elektronik, menyusun jadual kalendar dan sebagainya.

.

Bagi tugas yang lebih komplikated, pengguna perlu memasang aplikasi tambahan seperti WordStar untuk menyediakan dokumen teks, Lotus123 untuk lembaran kerja dan lain-lain seumpamanya. Kebanyakan kerja dilakukan secara offline iaitu tanpa sambungan ke Internet.

.

Internet dibuka kepada akses awam pada tahun 1995. Serentak dengan itu Windows dikemaskini dengan versi Windows95. Bagaimanapun, untuk mengakses Internet, pengguna perlu memasang aplikasi tambahan iaitu Internet Explorer. Kemudiannya muncul aplikasi alternatif untuk melayari Internet seperti Firefox, Chrome, Opera dan lain-lain.

.

Apa yang dapat diperhatikan di sini, jika anda mahu menggunakan Internet, sesebuah laptop perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 perisian iaitu 1)Perisian Sistem ie Windows dan 2)Perisian Aplikasi ie Internet Explorer.

.

Perisian Windows sebenarnya bukan percuma. Ia dijual dengan harga tertentu dan berbeza mengikut jenis dan versinya. Cuma, mungkin pembeli komputer tidak perasan tentang kos ini kerana perisian Windows telah dipakejkan ke dalam laptop lalu harga yang dibayar untuk laptop itu sudah termasuk harga perisian itu sekali.

.

Di sini ada 2 isu.

1) Perlu pasang 2 perisian untuk akses Internet.

2) Perlu bayar harga perisian Windowss.

.

Pada tahun 2011, Google cuba menampilkan konsep baru di mana pengguna hanya perlukan satu perisian sahaja untuk terus akses ke Internet dan perisian ini diedarkan secara percuma melalui pembelian laptop. Dari sini terhasillah perisian Chrome OS. Manakala laptop yang terpasang di dalamnya Chrome OS dipanggil Chromebook.

.

Kelebihan Chromebook:

1) Pengguna hanya perlu guna satu aplikasi sahaja untuk akses Internet. Ia lebih mudah untuk difahami dan digunakan terutamanya bagi anak-anak kecil. Tidak perlu faham apa itu Windows dan Browser.

2) Chrome adalah percuma. Secara teorinya, pengguna hanya melabur untuk kos perkakasan laptop sahaja.

.

Kelemahan Chromebook:

1) Setakat ini tidak semua aplikasi yang ada dalam Windows boleh dijalankan melalui Chromebook. Aplikasi yang lebih komplikated seperti penyuntingan multi media perlukan sistem Windows untuk menjalankannya.

2) Laptop Chromebook pada umumnya mempunyai perkakasan dan kuasa pemprosesan yang lebih rendah berbanding Laptop Windows. Ini adalah untuk meminimakan harga jualannya supaya lebih ekonomik.

.

Bagi keluarga yang mahu membeli komputer peribadi bagi kegunaan pembelajaran anak-anak, Chromebook ini mempunyai kelebihan tambahan:

1) Ia hanya mempunyai aplikasi asas. Anak-anak tidak akan tersasar guna ke arah lain seperti penyuntingan multimedia atau permainan video game. 

Walaupun begitu, anak-anak masih terdedah pada risiko tersasar guna melalui aktiviti perayauan Internet, sembang media sosial atau permainan online. Di sini, ada satu lagi kelebihan Chromebook.

2) Ia boleh dikawal penggunaannya melalui aplikasi seperti Google's Family Link app.

.

Kesimpulannya, Chromebook adalah laptop yang berkuasa rendah, sesuai untuk tugasan berkaitan dengan Internet dan untuk pembelajaran anak-anak.



Thursday, January 09, 2020

Kepulauan Natuna: 'Bergeografikan Malaysia' Berdaulatkan Indonesia


.
KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.

Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat.

Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?

Penduduk

Sehingga tahun 2010, dianggarkan penduduk di Kabupaten (Regency) Natuna adalah sebanyak 69,003 orang, yang terdiri daripada 35,741 orang lelaki dan 33,262 perempuan. Lebih kurang 85% penduduk di sana 85.27% adalah berketurunan Melayu dan selainnya adalah berketurunan Jawa, Sumatera dan Cina.

Bahasa pertuturan utama adalah Bahasa Melayu dielek negeri Terengganu dan Islam adalah agama utama penduduk di Kabupaten Natuna.

Sejarah

Sejarah Kepulauan Natuna tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu.

Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18. Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau.

Susur galur pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani. Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna.

Selain dari itu, antara pemerintah yang terkenal ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling.

Baginda, yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848 apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Leftenan Kolonel Butterworth menghadiahkan sebuah meriam tembaga atas jasa baginda memberikan bantuan kepada sebuah kapal milik pihak Inggeris yang pecah di sekitar pulau Natuna pada 25 Januari 1848.

Sorotan sejarah pemerintahan dan kependudukan awal bangsa Melayu di Natuna ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu berbanding dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia (Jakarta).

Pemerintahan Penjajah Barat Di Nusantara

Kepulauan Melayu (Nusantara) adalah gugusan kepulauan yang terbesar di dunia dan Pulau Natuna terletak di kawasan ini. Sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, iaitu bermula dari kurun ke-7 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu sangat aktif dalam bidang perdagangan dan kota-kota Melayu menjadi pusat pelabuhan yang penting, seperti Palembang, Melaka, Kotaraja (Aceh), Patani dan Brunei.

Namun, kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu dan kekayaan sumber-sumber alam kepulauan Melayu ini telah mengundang minat penjajah Barat untuk datang menguasai rantau ini.. Kerajaan Melaka adalah kerajaan yang pertama jatuh ke tangan penguasa Portugis pada tahun 1511.

Melaka kemudiannya dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 sementara Bengkulu, yang terletak di Pulau Sumatera, dikuasai Inggeris pada tahun 1685.

Perlumbaan dalam mengembangkan kuasa dan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua kuasa penjajah tersebut.

Bagi menamatkan bibit-bibit konflik dan mengekalkan hubungan baik British-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 (Perjanjian 1824) telah dimetarai. Perjanjian ini telah membahagikan ‘Dunia Melayu’ di mana kedua kuasa tersebut secara sewenang-wenangnya melakarkan ‘peta kekuasaan’ masing-masing.

Artikel 10 Perjanjian ini berbunyi ‘Kota Melaka diserahkan kepada Raja Inggeris, manakala Raja Belanda dan rakyatnya tidak akan menubuhkan sebarang penempatan di Singapura dan Semenanjung Melaka (Semenanjung Melayu)’. Artikel 9 Perjanjian 1824 mengiktiraf pengaruh Belanda di Pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura.

Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British tidak akan membuka penempatan di pulau-pulau di selatan Singapura dan Belanda juga tidak akan membuka penempatan di Semenanjung Melayu.

Perjanjian 1824 ini telah menjarah sempadan di kepulauan Melayu dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Kesan Perjanjian 1824 ke Atas Kepulauan Natuna

Secara umum, boleh dikatakan bahawa Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda.

Akan tetapi, Perjanjian 1824 ada mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British.

Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura.

Kepulauan Natuna Sebagai Wilayah di Dalam Indonesia

Kepulauan Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956.

Kabupaten Natuna kemudiannya telah ditubuhkan di dalam Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999.

Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur.

Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus.

Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia.

Dalam melukis garis kepulauan bagi membentuk perairan kepulauan, satu garis melengkung telah dilukis dari Pulau Bintan ke arah utara menyambung Kepulauan Anambas dan seterusnya Kepulauan Natuna sebelum garis ini melengkung ke bawah untuk bersambung dengan provinsi Kalimantan Barat.

Berdasarkan sumber sejarah, adalah munasabah untuk mengatakan Kepulauan Natuna tidak banyak mempunyai perkaitan dengan negara Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua.

Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris.

Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda.

Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.

Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu.

Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.

Tuntutan ke Atas Kepulauan Natuna

Indonesia secara rasmi memasukkan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya pada tahun 1956, setahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan dan 6 tahun sebelum berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.

Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.

Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.

Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.

Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.

Prescription merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain.

Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956.

Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.

Kesimpulan

Fakta-fakta sejarah jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia.

Akan tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia.

Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia.

Artikel ini disumbangkan Oleh MOHD HAZMI MOHD RUSLI (Ph. D) pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu. MOHD AFANDI SALLEH (Ph.D) seorang pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu dan WAN IZATUL ASMA WAN TALAAT (Ph. D), seorang profesor madya di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu.
.

Maksud Tanglung

.
Tanglung (yang berasal dari perkataan bahasa Kantonis: 燈籠 Táng Lung) merupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan pada waktu malam. Ia merupakan salah satu benda penting dalam kebudayaan Cina dan telah menjadi salah satu unsur kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi.

Tanglung banyak dijumpai di China dan Jepun.
.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanglung

Maksud Dong Jiao Zong


.
Dong Jiao Zong (bahasa Cina: 董敎總) dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia[1] merupakan sebuah persatuan yang menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di sekitar Malaysia.

Jiao Zong sudah bertekad untuk "memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina dan bekerjasama dengan kerajaan ke arah memajukan lagi pendidikan Cina, di samping menyelesaikan masalah-masalah seperti gaji kecil, dan rasa tidak selamat di kalangan para guru,"

Dong Zong pula yang mewakili ahli jawatankuasa dan pengurusan sekolah tersebut. Pejuang kuat ideolog ini ialah presiden Jiao Zong ketika itu, Lim Lian Geok (kiri), yang merupakan generasi pertama masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan ahlinya merupakan ahli perniagaan yang membiayai operasi sekolah-sekolah Cina ketika itu, turut menyokong ideologi presiden Jiao Zong ketika itu, Lim Lian Geok, yang merupakan generasi pertama masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu, dan seterus mewujudkan pakatan dengan Jiao Zong. Sepertimana yang tercatat dalam manifesto penubuhan Jiao Zong, matlamatnya adalah untuk "memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina dan bekerjasama dengan kerajaan ke arah memajukan lagi pendidikan Cina...."[2]

Pada 1987, Dong Jiao Zong mengumpul sokongan di seluruh negara untuk menentang tindakan kerajaan melantik golongan Cina yang tidak tahu berbahasa Mandarin, sebagai kakitangan pentadbiran di sekolah rendah Cina.

Jiao Zong merupakan sebuah persatuan yang memperjuangkan pendidikan bahasa Cina di Malaya. Jiao Zong ditubuhkan sebelum Kemerdekaan Malaysia lagi apabila 6,000 guru yang mengajar di kira-kira 1,200 sekolah Cina di Persekutuan Tanah Melayu, menerima gaji yang kecil di antara $65 hingga $120 sebulan sedangkan guru di sekolah aliran Inggeris dibayar $240 hingga $400.

Jadi, sejak awal penubuhannya lagi, Jiao Zong sudah bertekad untuk "memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina dan bekerjasama dengan kerajaan ke arah memajukan lagi pendidikan Cina,...."

Presiden Jiao Zong ketika itu, Lim Lian Geok, yang merupakan generasi pertama masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.[3]

Lim Lian Geok telah menentang usaha menukarkan bahasa pengantar bahasa Mandarin kepada bahasa kebangsaan bagi memboleh mereka menerima bantuan subsidi, prospek pekerjaan yang baik untuk para pelajarnya, dan gaji yang lebih tinggi untuk para gurunya, dengan menggesa semua sekolah terbabit supaya menolak bantuan kerajaan dan terus beroperasi sebagai sekolah swasta. Pertelingkan di antara pemimpin MCA dan Jiao Zong mengenai perkara itu, telah mendapat liputan meluas dalam media berbahasa Cina.

Bertitik-tolak dari situ, Dong Jiao Zong mula mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina, apabila permit mengajar Lim dibatalkan dan kemudian taraf kerakyatannya ditarik balik sehinggalah dia meninggal dunia pada 1985.

Pertubuhan bersifat rasis
Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dong Zong sebagai sebuah persatuan rasis. Beliau berkata "Dong Zong ini rasis. Dahulu kita hendak buat Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah kebangsaan dalam satu kampus pun mereka bantah kerana takut anak mereka campur Melayu."[4]
.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dong_Jiao_Zong

Maksud Emoji


.
Emoji (bahasa Jepun: 絵 文字 え も じ, Bahasa Inggeris: / ɪmoʊdʒiː /; Bahasa Jepun: [emodʑi]; emoji tunggal, emoji atau emoji plural [1]) adalah ideogram dan senyuman yang digunakan dalam mesej elektronik dan laman web. Emoji wujud dalam pelbagai genre, termasuk ekspresi muka, benda biasa, tempat dan jenis cuaca, dan haiwan. Mereka sama seperti emotikon, tetapi emoji adalah gambar sebenar dan bukannya typograf. [2] Maksudnya pictograph, perkataan emoji berasal dari bahasa Jepun (絵, "gambar") + moji (文字, "karakter"); persamaan dengan kata-kata bahasa Inggeris emosi dan emotikon semata-mata kebetulan. [3] Kod skrip ISO 15924 untuk emoji adalah Zsye.

Berasal dari telefon bimbit Jepun pada tahun 1997, emoji menjadi semakin popular di seluruh dunia pada tahun 2010 selepas ditambah kepada beberapa sistem operasi mudah alih. [4] [5] [6] Mereka kini dianggap sebagai sebahagian besar budaya popular di barat. [7] Pada tahun 2015, Kamus Oxford menamakan Wajah dengan Tear of Joy emoji (😂) Word of the Year. [8] [9]
.
https://en.wikipedia.org/wiki/Emoji