Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:
Raptor Flowchart Tutorial For Beginners
Thursday, May 26, 2016
Apakah Elemen SMAC (social, mobile, analytics and cloud)?
Apa Itu Maksud Erti Istilah Komponen SMAC Components
1) Jaringan Sosial - Data Sosial termasuklah maklumat yang dikumpulkan dari jumlah LIKES di Twitter, Facebook, LinkedIn dan Yammer untuk mengkaji garismasa bagi pelanggan: Apa yang mereka perkatakan, apa yang mereka minat, apa yang mereka harapkan dan asas demografi keluarga mereka, kesemuanya dapat diperhati dengan bantuan seperti DataSift.
2) Mobile Devices - Peranti Mudah Alih merupakan satu peralihan baru tentang bagimana perniagaan dicipta. Peranti Mudah Alih membolehkan pengguna mengemaskini profilnya secara berterusan, sedar dengan tawaran atau promosi baru, dapat menjejak lokasi dan habit jualbeli dengan cara sambungan kepada pelbagai peranti wayarles dan Near-Field Communicatiob (NFC).
3) Analytics Programs - Apabila pangkalan data semakin membesar dan keupayaan pemproses dan ingatan berupaya memproses dalam masa yang singkat, kita akan dapati bagaimana analisa dapat dilakukan semudah satu klik tetikus. Analitik menghubungkan kaitan antara entiti dan membuat andaian pintar bagaimana pelanggan bertindakbalas berdasarkan sistem pengetahuan tentang pelanggan - satu sistem yang mengambil maklumat dari Media Sosial.
4) Cloud Computing - Elemen ini merujuk kepada keupayaan perniagaan menggunakan pelbagai kapasiti perkhidmatan atas talian yang dibayar dalam tempoh minit atau jam. Perniagaan tidak lagi perlu membelanjakan jutaan ringgit untuk membina Data Warehouse sebaliknya menyewa dari penyedia perkhidmatan. Apabila keperluan meningkat, mereka hanya perlu meningkatkan langganan perkhidmatan dari penyedia ini.
Maksud SMAC (social, mobile, analytics and cloud)
Apa Itu Maksud Erti Istilah SMAC
SMAC adalah singkatan kepada perkataan Social, Mobile, Analytics dan Cloud. Istilah ini merupakan teknologi yang memandu inovasi perniagaan masa kini.
SMAC mencipta satu ekosistem yang membolehkan perniagaan mempertingkatkan operasi dan mendekati pelanggan dengan kos yang rendah tetapi capaian yang tinggi. Kewujudan mendadak data berstruktur atau tidak berstruktur yang dicipta oleh Peranti Mudah Alih, Alat Pengesan, Media Sosial, Program Kad Setia dan Plelayaran Web telah mencipta model perniagaan baru berasaskan data janaan-pengguna. Teknologi SMAC ini bergabung menghasilkan kelebihan dayasaing kepada perniagaan.
Media Sosial menyediakan pelbagai cara baru kepada perniagaan untuk mendekati pelanggan manakala Teknologi Mudah Alih telah mengubah cara manusia berkomunikasi, berjualbeli dan bekerja. Analytics membolehkan perniagaan memahami cara bagaimana dan bila pelanggan menggunakan barang atau perkhidmatan dan Cloud Computing menyediakan cara baru mencapai teknologi dan data yang diperlukan perniagaan untuk bertindakbalas terhadap perubahan pasaran dan menyelesaikan masalah perniagaan. Di samping setiap teknologi ini memberi impak terhadap perniagaan dengan cara tersendiri, gabungan kesemuanya pula didapati terbukti menjadi kuasa pengubah yang telah mencipta model perniagaan baru kepada penyedia perkhidmatan atas talian.
Kesepaduan teknologi memerlukan polisi dan garispanduan yang jelas serta alat pengurusan yang boleh menjalankan automasi proses perniagaan. Syarikat media seperti Netflix selalunya disebut sebagai perniagaan yang telah berjaya mengambil manfaat SMAC. Sebagai contohnya, apabila pengguna Netflix memainkan siaran TV dari Netflix Cloud ke ipad, mereka diberi pilihan masuk menggunakan login Facebook. Setelah menonton siaran, pengguna diberikan pelbagai cara memberikan maklumbalas sosial. Mereka boleh memberi rating, menulis review atau berkongsi apaa yang ditontonnya bersama kenalan di Facebook dan Twitter. Maklumat pelanggan di simpan di Cloud dan Netflix boleh membuat analisa ke peringkat terpeinci agar enjin pencadangnya boleh menyediakan cadangan peribadi kepada ahli keluarga yang berkongsi akaun yang sama. Ini adalah konsep yang dikenali sebagai 1:1 marketing.
Sumber: http://searchcio.techtarget.com/definition/SMAC-social-mobile-analytics-and-cloud
Subscribe to:
Posts (Atom)