Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:
Raptor Flowchart Tutorial For Beginners
Saturday, April 25, 2015
UMNO Website Hacked
---
PETIKAN:
NOTIS
Kehadapan pihak berwajib, kami kembali lagi kali ini. Jangan salah anggap, kami tiada niat buruk. Kami Cuma ingin menyuarakan isi hati kami sahaja yang kami rasakan kalian sebagai golongan atasan negara ini harus pertimbangkannya.
Kehadapan pihak berwajib, kami kembali lagi kali ini. Jangan salah anggap, kami tiada niat buruk. Kami Cuma ingin menyuarakan isi hati kami sahaja yang kami rasakan kalian sebagai golongan atasan negara ini harus pertimbangkannya. Terus kepada tujuan kami, berkenaan dengan isu keadaan semasa rakyat negara pada ketika ini. Kami masih lagi ingat tentang kata-kata seorang menteri yang mengatakan GST akan menyebabkan harga barangan makin murah.
Ya. Ada yang percaya yang dan ada yang tidak percaya.
TAPI APA YANG TERJADI?
• Harga barangan meningkat tanpa kawalan.
• Ramai peniaga terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mampu membayar sewa
• Kos hidup rakyat terutama golongan sederhana dan kebawah terutama pelajar semakin meningkat.
• Kata menteri GST hanya untuk orang kaya, tapi mengapa kami golongan bawahan yang berpendapatan rendah dikenakan GST juga?
Kami sebagai rakyat memilih kalian sebagai pemimpin kami kerana kami yakin dengan kalian untuk membantu kami ke jalan yang lebih baik. Tapi sebaliknya yang terjadi. Kami rakyat disajikan dengan statement yang boleh dikatakan kurang cerdik bagi taraf seorang menteri. Ya kami terkejut dengan statement itu. Statement yang mana oleh siapa kami rasa kalian juga tahu. Tidak perlu kami nyatakan nama beliau di sini. Menjadi pemimpin, rakyat harus diutamakan. Sampai bila kalian hendak menipu rakyat? Saya percaya majoriti kalian adalah beragama Islam. Kami juga rasa kalian tahu bahawa jawatan itu amanah. Kalian tidak takut matikah? Tidak takutkah dengan azab seksa di akhirat sana sekiranya kalian membelakangi amanah rakyat dengan menipu rakyat? Mati tidak mengenal usia tuan2 dan puan2. Kalian golongan atasan adalah role model kepada rakyat. Tapi kalian mengecewakan kami. Sangat mengecewakan kami. Kalian seolah-olah merosakkan legasi pemimpin2 yang terdahulu. Kalian tidak berasa malukah? Tiada maruahkah? Kami tidak faham dengan mentaliti segelintir orang di negara ini baik dari golongan atasan mahupun bawahan yang mementingkan diri sendiri dengan menindas orang lain secara halus. Kalian tidak perlu menafikan kerana kami tahu. Kami bukan lagi orang yang boleh senang2 ditipu seperti sebelumnya. Kami belajar. Kami memerhati. Kami menilai. Dan pada penilaian kami, negara kita di ambang kerosakan. Kerana apa? KERANA KAMI DITIPU OLEH ORANG YANG SEPATUTNYA MENJAGA KEBAJIKAN KAMI. YA. KALIAN DI PUTRAJAYA.
Sunday, March 01, 2015
Maksud Pembangunan Aplikasi Mobile Silang Platform
---
1) Cross-Platform Mobile Apps bermaksud aplikasi yang berfungsi di dalam pelbagai sistem mobile. Antara sistem yang popular pada hari ini adalah iOS, Android dan Windows Phone. Cross-Platform juga dipanggil Hybrid kerana sifatnya yang menggabungkan pelbagai kaedah dan platform.
2) Cross-Platform menjadi pilihan praktikal untuk dipelajari atas beberapa sebab,
a) Ia menggunakan bahasa aturcara yang lebih senang untuk kebanyakan orang (iaitu HTML5).
b) Ia menjimatkan masa kerana satu projek pembangunan boleh disesuaikan untuk pelbagai platform.
3) Untuk mula mempelajari Cross-Platform Mobile Apps Development, seseorang perlu mempunyai persediaan berikut:
a) Android Mobile Device (*)
b) Komputer
c) Sambungan Internet
*Android menjadi pilihan pertama untuk dipelajari kerana faktor sumber terbuka dan kos pembangunan terendah.
4) Pembelajaran Cross-Platform Mobile Apps Development kebiasaaanya melibatkan kemahiran bahasa HTML5 dan JavaScript Framework.
5) HTML5 bermaksud Bahasa HTML versi ke 5 yang terdiri daripada gabungan HTML, JavaScript dan CSS.
a) HTML digunakan untuk membina struktur dokumen projek.
b) JavaScript digunakan untuk mengawal aktiviti yang terdapat di dalam dokumen projek.
c) Cascading StyleSheet (CSS) digunakan untuk menghasilkan paparan visual menarik bagi struktur dokumen projek.
6) Di samping mempelajari HTML5, anda juga perlu mempelajari JavaScript Framework. Dalam bahasa mudah, Framework bermaksud fungsi dan kaedah yang sudah tersedia untuk digunakan. Justeru kita hanya perlu mempelajari bagaimana menggunakannya sahaja. Hal ini menjimatkan masa dan sumber kita.
7) Terdapat berbagai JavaScript Framework di luar sana tetapi sebagai permulaan elok jika diberi tumpuan kepada tiga Framework sahaja.
a) jQuery - Framework ini membolehkan kita memproses aktiviti bagi dokumen HTML5 dengan lebih mudah.
b) jQuery Mobile - Framework ini membolehkan kita menghasilkan "mobile look-and-feel" bagi dokumen HTML5.
c) PhoneGap/Cordova - Framework ini membolehkan kita menulis aplikasi HTML5 untuk berinteraksi dengan komponen hardware bagi mobile device seperti kamera tanpa perlu mempelajari kod dalam bahasa native seperti Java(Android), Objective-C(iOS) dan seumpamanya.
8) Rujukan asas bagi Framework di atas adalah seperti berikut:
Anda perlu sentiasa melihat maklumat terkini di website2 ini.
9) Di samping rujukan asas, anda juga disarankan merujuk sumber berikut:
Terdapat contoh yang mudah diikuti yang dapat membantu mempercepatkan anda memahami dan meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan HTML5.
10) Untuk memudahkan anda berlatih menulis aturcara, anda disarankan menggunakan khidmat online berikut:
11) Secara anggarannya apabila seseorang mula mempelajari perkara ini peratusan tumpuan pembelajaran adalah seperti berikut:
a) 50% - HTML5, jQuery dan jQueryMobile
b) 20% - PhoneGap/Cordova
c) 20% - Workflow (Develop, Test, Debug, Build)
d) 10% - Back-End development
Ringkasnya, anda perlu peruntukkan hampir 50% masa pembelajaran untuk HTML5, jQuery dan jQueryMobile kerana topik2 inilah yang kritikal dalam menghasilkan Cross-Platform Mobile Apps. Dalam kata lain, jika anda tidak dapat kuasai HTML5, jQuery dan jQueryMobile dengan baik, kualiti Mobile Apps yang anda hasilkan akan terjejas.
12) Sebagai tambahan, anda boleh membaca rujukan berikut supaya faham perbezaan antara Native dan Hybrid Development.
Monday, February 09, 2015
Akaun Email dan MS Office Percuma Dari Microsoft
---
Microsoft menawarkan khidmat akaun email percuma standing Gmail yang diberi nama Outlook.com.
Pengguna Outlook.com secara automatis boleh menggunakan Aplikasi Microsoft Office versi online secara percuma.
1) Layari laman Outlook.com
2) Daftar akaun
Klik butang Sign Up now.
3) Isi maklumat yang dikehendaki
Klik Create account apabila selesai.
4) Masuk ke laman tadbir Outlook.com
Sekiranya pendaftaran anda berjaya, ana akan dibawa masuk ke laman tadbir secara automatis.
Dapatkan Ruang Simpanan Online 100GB Percuma Dengan Degoo
---
1) Layari laman web Degoo
2) Isi maklumat yang dikehendaki
Klik butang “Create Free Account”
3) Muatturun dan Pasang aplikasi Backup
Sunday, February 08, 2015
Cara Mudah Pasang WordPress Tanpa MySQL Database
---
Tahukah anda Sistem Laman Web Wordpress boleh dibangunkan tanpa menggunakan MySQL Database iaitu dengan hanya menggunakan Sqlite sahaja?
1) Download pakej yang diperlukan
WordPress – https://wordpress.org/download/
Sqlite Plugin – https://wordpress.org/plugins/sqlite-integration/
2) Ekstrak kandungan wordpress ke lokasi web root
Muatnaik dan ekstrak kandungan zip.
(delete zip file selepas selesai ekstrak)
Tukar nama folder jika perlu.
Folder ini sepatutnya mengandungi subfolder seperti berikut.
3) Esktrak kandungan sqlite plugin
3.1) Cari lokasi wp-content/plugins
3.2) Ekstrak kandungan sqlite-integration plugin ke dalam folder plugins
(delete zip file selepas selesai ekstrak)
4) Salin db.php ke folder wp-content
Semak dalam folder wp-content untuk pastikan dokumen db.php berjaya disalin.
5) Dokumen wp-config.php
Tukar nama wp-config-sample.php kepada wp-config.php
6) Edit dokumen wp-config.php
Sebelum edit, kunjungi laman URL berikut untuk dapatkan “salt data” , https://api.wordpress.org/secret-key/1.1/salt/
Salin kod di atas dan tampal pada bahagian “Authentication Unique Keys and Salts” dalam dokunen wp-config.php
Tambahan:
Anda tidak perlu ubah maklumat database server, username, password etc
|
7) Pasang WordPress
Layari URL WordPress anda cth http:// … /grandcollege/wp-admin/install.php
Pilih bahasa lalai.
Isikan maklumat asas pemasangan WordPress.
Klik butang Install Wordpress apabila selesai memasukkan maklumat.
Tunggu sehingga mesej Berjaya keluar.
Klik Log In untuk uji.
Masukkan maklumat login ie username dan password.
Sekiranya login berjaya, anda akan melihat paparan Dashboard.
Subscribe to:
Posts (Atom)
