Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Saturday, January 09, 2016

GIMP Photo - Color Levels dan Curves


.
GIMP Photo - Color Levels dan Curves
Penyuntingan Brightness dan Contrast banyak melibatkan elemen warna putih dan hitam. Akan tetapi, gambar berwarna mengandungi julat warna lain di antara hitam dan putih.
Adakalanya apabila sesuatu gambar di ambil, warna kelihatan tidak seimbang. Contohnya warna merah tidak ketara berbanding hijau dan biru. Ketidakseimbangan ini menjadikan objek di dalam gambar kurang terserlah atau menarik.
Untuk menyeimbangkan warna-warna ini Color Levels dan Curves boleh digunapakai.
Color Levels kebiasaannya digunakan untuk menyeimbangkan warna hitam, putih dan warna di antaranya. Manakala Color Curves digunakan untuk menyeimbangkan warna utama iaitu Merah, Biru dan Hijau.
Anda perlu ambil sedikit masa untuk mencari keseimbangan terbaik bagi gambar anda. Ada masanya anda mahu gambar itu kelihatan realistik. Ada masanya anda mahu kesan artistik.
(Gambar asal)
(Contoh Color Level di atas menunjukkan tombol warna Hitam dan Putih yang ditolak ke tengah. Manakala warna di antara Hitam dan Putih telah dicerahkan iaitu tombolnya diberatkan ke arah Hitam)
(Contoh Color Curves di atas menunjukkan ubahsuaian khusus terhadap warna merah untuk menyerlahkan lagi elemen warna tersebut di dalam gambar)
.

No comments: