.
LightBot hoc2015
Pada hari ini terdapat berbagai aplikasi Edutainment (DidikHibur) yang boleh mendidik pelajar melalui persekitaran berbentuk hiburan. Melalui kaedah ini, seseorang pelajar berpeluang mempelajari sesuatu perkara yang rumit seperti pengaturcaraan komputer melalui cara yang menyeronokkan. Kaedah DidikHibur bukan sahaja berupaya mengekalkan fokus pelajar malah turut memupuk semangat self-accomplishment (dorongan untuk melengkapkan atau menghabiskan sesuatu tugasan atau cabaran).
Salah satu aplikasi DidikHibur yang sangat berguna dan praktikal untuk memperkenalkan bidang pengaturcaraan kepada pelajar adalah LightBot (www.lighbot.com). Aplikasi permainan ini dipersembahkan dalam bentuk kembara sebuah robot bernama LightBot di mana misinya adalah untuk menghidupkan suis lampu di dalam setiap bilik yang dimasukinya. Untuk menjayakan misi ini, LightBot perlu bergerak, berpusing, melompat dan sebagainya. Di sini, peranan pemain adalah menyusun langkah LightBot supaya misi dapat disempurnakan dalam jumlah langkah yang ditetapkan.
LightBot disediakan dalam bentuk aplikasi Web dan Mobile (rujuk https://lightbot.com/ ). Kewujudan aplikasi LightBot dalam pelbagai platform sangat praktikal kerana pelajar boleh memilih platform yang paling mudah untuk digunakannya.
(Anda boleh download lightbot versi web offline di sini.)
No comments:
Post a Comment