Phishing adalah apa jua percubaan untuk mencuri maklumat seseorang yang boleh dilakukan samada melalui telefon, email, chat atau faksimili. Melalui kaedah kejuruteraan sosial (english:social engineering), pelaku phishing berpura-pura seperti mahu mendapatkan maklumat untuk sesuatu urusan yang sah. Selalunya mangsa yang tertipu adalah mereka yang naif (english:naive) tentang jenayah ini.
Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:
Raptor Flowchart Tutorial For Beginners
Showing posts with label malware. Show all posts
Showing posts with label malware. Show all posts
Saturday, January 21, 2012
Maksud Phishing
(tajuk berkaitan: erti phishing, apa itu phishing, definisi phishing, definasi phishing)
Maksud Spam
(tajuk berkaitan: erti spam, apa itu spam, definisi spam, definasi spam)
Spam adalah apa jua komunikasi yang tidak dikehendaki oleh penerimanya. Ia meliputi pelbagai aktiviti antaranya email dan sms berisi maklumat yang tidak diminta dan tidak diperlukan oleh penerimanya. Tujuan spam samada sebagai taktik pemasaran atau taktik mengumpan si penerima.
Maksud Spyware
(tajuk berkaitan: erti spyware, apa itu spyware, definisi spyware, definasi spyware)
Spyware (melayu:Perisian Pengintip) hampir sama dengan Adware (melayu:Perisian Iklan) yang dipasang pada sesebuah komputer tanpa keizinan pemiliknya dan mengintip aktiviti perkomputeran atau maklumat yang tersimpan. Spyware boleh menjejaki maklumat peribadi (contoh:nama,alamat), demografi (contoh:umur,jantina) dan psikososial (contoh:pendirian terhadap sesuatu isu).
Maksud Rootkits
(tajuk berkaitan: erti rootkits, apa itu rootkits, definasi rootkits, definisi rootkits)
Rootkit adalah teknologi yang digunakan oleh malware atauy ancaman perisian yang lain untuk mengelakkan diri dari dikesan dan dibuang oleh perisian anti virus.
Secara amnya, rootkits menggunakan pelbagai cara untuk mengubahsuai boot sctor, kod kernel, atau perisian aplikasi. Pengubahsuaian ini membolehkan ia "tersangkut" (english:hook) di mana-mana sahaja dalam sistem komputer dan selanjutnya kekal diam di dalam Perisian Pelayar atau Pendaftar Tetingkap (english:windows registry)
Maksud Virus
Virus komputer adalah Perisian atau Program yang mempunyai keupayaan unik untuk meniru, dan seperti virus biologi, boleh merebak dengan cepat. Walaupun sesetengah virus hanya mengganggu dengan memaparkan mesej atau imej yang tidak dikehendaki, sesetengah yang lain pula boleh merosakkan fail, perkakasan komputer (cakera keras, English: hardisk) dan lain-lain lagi. Meskipun ada virus yang tidak mendatangkan bahaya yang besar, ia tetap mengganggu ruangan ingatan dan simpanan komputer, sekaligus merendahkan prestasi komputer.
Maksud Browser Hijackers (Perampas Pelayar)
(tajuk berkaitan: Erti Browser Hijackers, Apa itu Browser Hijackers, Definasi Browser Hijackers)
Perampas (Perisian ) Pelayar (Web) melencongkan laman rumah (English:Home Page) , Laman Carian (English:Search Page) atau Laman Web yang lain ke lokasi yang ditetapkan oleh Perampas Pelayar (atau pencipta Perampas Pelayar).
Antara tujuan pelencongan ini dibuat adalah:
1) untuk meningkatkan trafik ke lokasi tertentu.
2) mendedahkan pengguna kepada perisian berbahaya
atau lain-lain tujuan yang tidak baik.
Selalunya sifat Perampas Pelayar sama dengan Perisian Pengintip (English:Spyware)
Sunday, August 02, 2009
Masalah-ada hantu di rumah saya
Biasa kita mendengar kisah orang yang membeli rumah dan kemudiannya mendapati rumah itu dihuni pula makhluk lain. Dilemma melanda samada nak menghalau atau meninggalkan sahaja rumah itu.
Jangan rasa pelik jika komputer juga boleh jadi berhantu. Ya, memang sesuatu yang menyulitkan dan menyusahkan apabila mendapati komputer milik kita dihuni oleh makhluk lain yang hidup dengan caranya sendiri hingga kadang-kadang dan sememangnya mengancam 'private life' kita.
Exterminate-it.com mengklasifikan hantu komputer (atau istilah akademiknya, Malicious Software a.k.a 'Malware') kepada beberapa jenis:
1) Trojan
Trojan adalah Malware yang menyamar sebagai program yang sah tetapi disebalik itu ia melakukan kerja-kerja merosakkan sistem komputer. Ia tidak bercambah tetapi kewujudan seekor dua Trojan dalam sistem komputer sudah cukup untuk melemahkan sistem tersebut.
2) Spyware
Spyware adalah program pengendap yang bertujuan mengumpulkan profil pemilik komputer tersebut. Secara diam-diam Spyware menghantar laporan kepada tuannya. Trojan juga boleh menjadi Spyware jika ia turut membuat hubungan luar dari komputer yang dihuninya dan menyampaikan maklumat berkenaan komputer tersebut.
3) Backdoor
Backdoor, sepertimana namanya, membuka 'pintu belakang' sistem komputer yang dicerobohinya; membolehkan sistem tersebut ditembusi dan 'dianiaya' oleh si penceroboh.
4) RAT
Remote Access Tool adalah program yang membantu penggodam komputer menguasai komputer yang diserangnya seterusnya menjadikan komputer mangsa itu sebagai 'zombie' (mayat hidup). Maksudnya, sistem komputer itu dapat dikawal dan digunakan untuk kegiatan jenayah siber seperti melancarkan serangan ke atas komputer lain ataupun menghantar maklumat propaganda ke jaringan sistem komputer.
5) DOS
Denial Of Service Attack adalah satu bentuk serangan yang bertujuan melemahkan Laman Web dan mengakibatkan sistem pertahanannya ditembusi dan dikuasai oleh penggodam web.
Persoalannya bagaimana program2 ini boleh masuk dan menumpang di dalam komputer kita? Barangkali kita tidak 'mengunci' rumah komputer kita dengan baik dan boleh jadi juga kita leka meluncur di sana sini dalam Internet tanpa sedar laluan yang kita tempuh itu sebenarnya tidak selamat. Samalah halnya seperti periuk api (mines). Kita takkan tahu ada periuk api sehinggalah periuk api itu meletup. Janganlah halnya begitu!

Wednesday, May 13, 2009
Malwarebytes musnahkan Perisian Perosak
Malwarebytes
Destroying malware, one byte at a time
http://www.malwarebytes.org/affiliates/g2g/page/download-mbam.php
Destroying malware, one byte at a time
http://www.malwarebytes.org/affiliates/g2g/page/download-mbam.php
Perisian Perisik ewtaxv
1) ewtaxv.dll
2) ewtaxv.key
Program ewtaxv.dll berfungsi untuk merisik aktiviti pengguna komputer terutamanya input yang diterima melalui papan kekunci. Maklumat ini seterusnya disimpan di dalam fail ewtaxv.key.
Untuk membolehkan Program ewtaxv.dll dijalankan serentak dengan Windows, catatan telah dibuat di dalam Windows Registry. Dengan itu program ini berjalan secara tersembunyi sambil menyediakan laporan untuk dihantar kepada perisik yang berkaitan.
Program ini mungkin menukar namanya kepada nama yang lain dan menyukarkan pengguna mencarinya.
Salah satu cara memastikan komputer anda tidak dijangkiti perisian perosak seperti program ini adalah dengan menggunakan Perisian Pengimbas percuma daripada Microsoft.
Subscribe to:
Posts (Atom)