Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:
Raptor Flowchart Tutorial For Beginners
Wednesday, May 31, 2017
Nostalgia komputer
Monday, April 20, 2009
Sejarah Linux
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (21/04/2009)
DRAFT = Masih Disunting (still edited) =
Artikel ini adalah sebahagian daripada Projek Buku Teks Linux Malaysia. Sila rujuk bahagian Sejarah Linux untuk perbincangan dan kemas kini.
Unix adalah sebuah sistem operasi yang matang, satu perisian yang mengawal komputer, menjadi orang tengah antara anda dan komputer dan menyediakan alatan daripada segi perisian dalam membantu kerja-kerja anda. Ia direka supaya mudah dikendali, cekap dan mempunyai pelbagai suasana komputer.
Sejarah Unix
http://www.bell-labs.com/history/unix/
Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division of AT&T) berkerjasama dengan General Electric dan Project MAC of MIT untuk menulis sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic. Tidak lama kemudian, menyedari projek itu tidak ke mana Bell Labs membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu. Ini meninggalkan Bell Labs tanpa sebarang sistem operasi.
Ken Thompson, Dennis Ritchie, Doug McIlroy, dan J. F. Ossanna kemudian merangka sebuah sistem operasi yang sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada tahun 1969, Dennis Ritchie dan Ken Thompson menulis semula sebuah permainan komputer "SPACE TRAVEL" daripada GE-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX pun dilahirkan. Seorang penyelidik Bell Labs, Brian Kernighan, memberikan nama sistem ini UNIX.
Untuk layak dipanggil sebagai sistem operasi yang sebenar, sesebuah sistem operasi sekurang-kurangnya mempunyai dua kelayakan. Lebih daripada seorang pengguna dapat menggunakan sistem operasi tersebut dalam satu masa dan ia mampu menjalankan lebih daripada sebuah perisian pada waktu yang sama (multi-user dan multi-tasking) sejak tahun 1970 UNIX telah memenuhi keperluan ini.
Dengan UNIX, setiap penggunanya mempunyai nama kemasukan (login name) mereka sendiri dan sebaiknya setiap pengguna akan mempunyai kata lepas (password). Dengan penggunaan nama kemasukan dan kata lepas, pengguna dapat dikenal pasti sebagai apa yang mereka kenalkan diri mereka kepada sistem (login dan password). Setiap komputer UNIX, pengguna yang memasuki sistem tersebut mempunyai identitinya tersendiri. Sama ada
daripada nama komputer dan sekiranya ia disambungkan kepada rangkaian ia akan mempunyai nombor IP dan nama domain.
Tahun yang paling penting bagi UNIX adalah pada tahun 1973, apabila UNIX ditulis semula dalam bahasa C. Dengan bahasa ini, ia memudahkan UNIX dialihkan kepada pelbagai jenis perkakasan komputer. Kini UNIX telah dijalankan dan dibangunkan kepada hampir kesemua perkakasan komputer yang anda. Daripada Intel, SPARC, Motorola, ARM dan pelbagai lagi.
Pelbagai vendor telah membeli kod asal UNIX dan kemudiannya membangunkan UNIX sesuai dengan keperluan dan perkakas yang mereka keluarkan. IBM dengan UNIX yang dipanggil AIX, HP dengan UNIX yang dipanggil HP-UX, SUN dengan UNIX yang dipanggil Sun Solaris dan pelbagai lagi. Malang sekali tiada pemusatan daripada segi pembangunan UNIX yang mengakibatkan terdapat pelbagai perbezaan di antara UNIX yang dikeluarkan oleh pelbagai vendor. Sehinggalah tahun 1990, apabila sebuah standard untuk UNIX dipersetujui. Pada tahun itu Standard IEEE POSIX.1 diperkenalkan. http://www.pasc.org/
Sekitar tahun 1975, Thompson telah membawa kod-kod UNIX ke Universiti California di Berkeley dan menggalakkan pembangunan UNIX di unversiti itu,http://daemonz.org/bugs/history.html. Di sini lahirlah Unix BSD atau Berkely Software Distribution.
Pada masa ini sistem operasi UNIX mempunyai tiga keluarga yang besar, yang berasaskan kod-kod UNIX keluarga Sistem V (kod-kod yang dibeli daripada AT&T dan kemudiannya milik Unix System Laboratories) dan keluarga BSD (kod-kod berasaskan UNIX yang dibangunkan daripada BSD). Keluarga UNIX yang terakhir, yang kod-kod tiada kaitan dengan kod-kod asal UNIX adalah klon UNIX, Linux. UNIX kini adalah tanda niaga milik The Open Group.
Kelemahan utama UNIX adalah ia kod-kodnya adalah besar (ia dijalankan di dalam sistem-sistem mahal dan mempunyai sumber sistem yang tinggi) dan harganya terlalu mahal. Di
sinilah Linux memainkan peranannya. Linux dibangunkan agar ia kecil, pantas dan murah. Setakat ini pembina Linux masih mengekalkan konsep ini. Linux mampu dijalankan dalam keadaan paling minimum seperti komputer Intel 286, 386 dan 486, komputer yang mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan sistem operasi berasaskan Windows. Sejarah Linux http://www.li.org/linuxhistory.php
Linux (Sebutan "LINN-ooks") asalnya dibina oleh Linus Torvalds daripada Universiti Helsinki di Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC yang dipanggil Minix. Oleh kerana Minix hanya dibina untuk tujuan pengajaran sistem operasi dan kekurangan pelbagai perkara yang ada di dalam Unix, Linus mengambil keputusan menulis semula sistem operasi itu dan ia dinamakan Linux. Yang ditulis pada masa itu di atas komputer "Sinclair QL" dengan memori hanya 4MB. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan kepada umum dan Linus telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan menggalakkan penyebaran dan pembangunan Linux oleh orang lain. Pembangunan Linux terus berkembang dengan diketuai oleh Linus, oleh kumpulan pembangunan sistem Linux yang berada di seluruh dunia melalui Internet.
Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars Episode II - "Attack Of The Clones"). Ia ditulis semula daripada asal dan asas agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System Laboratories dan Universiti California di Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux. Linux adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya yang sedia mematuhi standard yang telah ditetapkan di bawah dokumen POSIX-1 dan POSIX-2.
Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL) salah satu jenis perlesenan dalam Sumber Terbuka. Lesen ini telah ditulis oleh oleh Free Software Foundation (FSF), http://www.opensource.org/ bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan penyebaran kod-kod aplikasi.
Secara ringkasnya, walaupun anda boleh mengenakan bayaran kepada salinan kod-kod yang anda serahkan kepada orang lain, namun anda tidak berhak untuk menghalang orang yang telah anda telah jualkan atau serahkan kod-kod itu daripada menjual atau menyerahkan kod-kod itu kepada orang lain walaupun secara percuma atau dengan harga lain yang telah mereka telah tetapkan. http://www.opensource.org/licenses/index.html
Ini juga bermaksud kod-kod asal perisian di bawah lesen ini boleh didapati secara bebas tanpa halangan. Ini satu berita yang baik untuk pembangun aplikasi, mereka boleh mengubah mana-mana aplikasi di bawah GPL dan masih boleh menyebarkan kod-kod yang mereka ubah dan baiki dengan syarat kod-kod itu juga perlu dilesen di bawah lesen yang sama.
Apa yang dibina oleh Linus hanyalah Kernel kepada Linux. Tanpa perisian-perisian lain, sistem operasi Linux tidak lengkap. Kebanyakan perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux datang daripada FSF dan projek GNU. Projek GNU http://www.gnu.org/ adalah usaha untuk menulis sistem operasi mudah alih dan canggih yang menyerupai UNIX. Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis sistem dan mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi. Sistem Operasi di dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di antara Hurd dan Linux bukan daripada segi antara muka tetapi daripada segi pembangunan. Hurd adalah sistem operasi moden dan Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada Unix.
Aplikasi daripada projek ini tidak perlu ditulis semula untuk Linux. Dengan kompiler C, GCC untuk Linux, maka perisian yang lain dengan mudah dibina semula di dalam Linux tanpa perubahan yang besar.Tanpa GCC dan perpustakaan Linux C, tidak mungkin perkara ini dilakukan. Penghargaan perlu diberikan kepada H. J. Lu dan juga mereka yang terlibat dalam semua projek GNU dan Linux.
Bagi yang berminat rujukan untuk dakwaan SCO mengenai Linux boleh dilihat di laman ini http://www.groklaw.net/
Untuk Runding Cara Unix Dan Linux untuk pelbagai penyelesaian murah untuk "Email", "Web Server", "Internet Proxy" dan pelbagai sila rujukhttp://www.geocities.com/linuxmalaysia/rundingcara-linux.html
[ Nota Untuk Kelas Moodle Linux ] [ Home ]
Laman Ini Di Internet : - http://www.geocities.com/buku_teks_linux_malaysia/sejarah-linux.html Laman Asal ini di Internet Malaysia :-http://www.geocities.com/linuxmalaysia/sejarah.html Laman Cermin Di : http://www.myoss.net/moodle/file.php/2/sejarah-linux.html
--linuxmalaysia 7 Julai 2005 21:20 (UTC) Harisfazillah Bin Jamel linuxmalaysia hafnie
V 2.0 07JUL2005
Hakcipta Harisfazillah Jamel 2003 2004 2005 http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/
http://www.geocities.com/linuxmalaysia http://hafnie.blogspot.com/
Friday, April 17, 2009
Sejarah Perkembangan Komputer Yang Awal
Abakus
Bermula di negeri China dan dikenali dengan nama abakus atau cipoa. Digunakan untuk membuat penambahan dan penolakan dan terdiri daripada beberapa biji bebola kayu yang boleh digerakkan.
Mesin Kira Al-kashi
Dicipta oleh ahli astronomi Muslim bernama Jamshid bin Mas’ud bin Mahmud Ghiathuddin al-Kashi (1393-1449). Memudahkan pengiraan yang berkaitan dengan masa-masa penting mengenai gerhana bulan, dan mengira kedudukan garis bujur bulan, matahari dan planet.
Mesin Kira Pascal
Ahli Matematik bangsa Perancis bernama Blaise Pascal (1623-1662) yang juga telah mengemukakan segi tiga Pascal. Sama seperti odometer di dalam sebuah kereta iaitu mengira bilangan putaran roda-roda yang bersambung.
Mesin Kira Lebnitz
Leibnitz telah mengubahsuai mesin Pascal sehingga mesin ini boleh digunakan untuk melakukan pendaraban dan pembahagian.
Mesin Analaitik Babbage
Diperkenalkan oleh Babbage pada tahun 1791-1871 yang membolehkan mesin mekanikal ini dijalankan secara automatik dengan menggunakan jujukan arahan yang tersimpan. Malangnya, mesin ini tidak dapat disiapkan.
Mesin Tebuk Hollerith
Dicipta oleh Dr.Herman Hollerith pada tahun 1880 yang digunakan untuk memproses hasil banci di Amerika Syarikat
Thursday, April 02, 2009
Ada Lovelace
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (02/04/2009)
| Augusta Ada King | |
| Lahir | 10 Disember 1815 London, England |
|---|---|
| Pekerjaan | Ahli matematik dan (Proto-) ahli sains komputer |
| Suami/isteri | William King-Noel (Earl Pertama Lovelace) |
| Anak | • Byron (lahir 12 Mei 1836); • Annabella (Lady Anne Blunt, lahir 22 September 1837); • Ralph Gordon (lahir 2 Julai 1839) |
| Ibu/Bapa | Lord George Gordon Byron dan Anne Isabella Milbanke (Annabella) |
Augusta Ada King, Countess Lovelace (nama lahir: Augusta Ada Byron; 10 Disember 1815 – 27 November 1852) adalah terkenal kerana menulis pemerihalan Enjin Analisis, komputer mekanik serba guna yang awal, yang direka oleh Charles Babbage. Notanya itu yang merupakan pemerihalan komputer dan perisian, kini diiktiraf sebagai atur cara komputer yang pertama di dunia oleh para ahli sejarah.
Pada tahun 1953, melebihi seratus tahun selepas kematiannya, nota Ada Lovelace itu telah diterbitkan semula selepas dilupai.
Isi kandungan[sorok] |
[sunting]Biografi
Ada merupakan anak sah yang tunggal kepada pemuisi Lord George Gordon Byron. Beliau dinamai sempena nama Augusta Leigh, adik tiri Bryon. Adalah Leigh yang menggalakkan Bryon berkahwin agar mengelakkan sebarang skandal dan Bryon dengan keberatannya memilih Anne Isabella Milbanke (Annabella). Annabella meninggalkan Byron pada 15 Januari 1816 dan membawa Ada yang ketika itu berumur sebulan bersama-sama. Pada 21 April, Bryon menandatangani surat ikatan pemisahan dan meninggalkan England selama-lamanya beberapa hari kemudian. Bryon tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya lagi.
Annabella amat berminat dengan bidang matematik (Lord Byron pernah sekali menggelarnya sebagai "puteri segi empat selari"). Beliau mengajar matematik kepada Ada ketika Ada masih amat muda lagi. Ada diajar matematik dan sains secara persendirian di rumah oleh William Frend, William King-Noel (Earl Pertama Lovelace), serta Mary Somerville (penyelidik dan penulis saintifik abad ke-19 yang terkenal). Salah satu guru peribadinya yang kemudian ialah Augustus De Morgan.
Pada tahun 1835, Ada berkahwin dengan William King, Baron King Ke-8 yang kemudian menjadi Earl Pertama Lovelace. Pasangan ini yang dikurniakan dengan tiga orang anak tinggal di Ockham Park yang terletak di Ockham, Surrey. Nama penuh dan gelaran Ada pada kebanyakan kehidupan perkahwinannya ialah The Right Honourable Augusta Ada, Countess Lovelace. Bagaimanapun, beliau kini dikenali secara mudah sebagai Ada Lovelace, atau namanya sebelum berkahwin, iaitu Ada Byron.
Adalah Mary Somerville, guru peribadinya, yang memperkenalkan Ada kepada Charles Babbage pada 5 Jun 1833. Perkenalan-perkenalan Ada yang lain termasuk Sir David Brewster, Charles Wheatstone, Charles Dickens, dan Michael Faraday.
Dalam tempoh sembilan bulan antara tahun-tahun 1842-1843, Ada menterjemahkan memoir Luigi Menabrea (ahli matematik Itali) tentang Enjin Analisis, cadangan mesin Babbage yang terbaru. Beliau melampirkan suatu set nota yang memerincikan kaedah untuk menghitung nombor-nombor Bernoulli dengan Enjin tersebut. Karya itu kini telah diiktiraf oleh para ahli sejarah sebagai atur cara komputer yang pertama di dunia. Bagaimanapun, para periwayat masih mendebatkan takat sumbangannya yang asli, dengan sesetengah mereka menganggap bahawa atur cara itu ditulis oleh Babbage sendiri.
Prosa Lovelace juga mengakui sesetengah kemungkinan mesin yang tidak pernah diterbitkan oleh Babbage, umpamanya "Enjin itu mungkin boleh menggubah muzik yang teliti dan saintifik pada mana-mana tahap kerumitan atau takat."
Ada Lovelace berdarah hingga membawa maut oleh pakar-pakar perubatan ketika berumur 36 tahun apabila mereka cuba merawat kanser uterusnya. Beliau meninggal dunia pada umur yang sama dengan bapanya dan daripada punca yang sama: pendarahan perubatan. Atas permintaannya, Ada dikebumikan di sebelah bapa yang tidak dikenalnya di Gereja St. Mary Magdalene yang terletak di Hucknall, Nottingham.
[sunting]Penghormatan dan rujukan kebudayaan dan sejarah
- Pada 10 Disember 1980 (hari jadi Ada), Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat meluluskan buku panduan rujukan bagi bahasa pengaturcaraan "Ada", bahasa pengaturcaraan komputernya yang baru.
- Gambar Ada Lovelace boleh dilihat pada pelekat-pelekat hologram kesahan keluaran Microsoft.
- Persatuan Komputer British menganugerahkan pingat atas nama Ada pada setiap tahun.
[sunting]Lihat juga
[sunting]Pautan luar
- (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Ada_Lovelace secara ringkas
- Templat:Genealogics
- Ada Lovelace: Founder of Scientific Computing (SDSC Women in Science)
- John J. O'Connor dan Edmund F. Robertson. Ada Lovelace di Arkib Sejarah Matematik MacTutor.
- WISE Project biography (archive link, was dead)
- A page of (mostly broken) links to biographies, etc
- Ada Lovelace's Notes and The Ladies Diary
- Ada & the Analytical Engine
- Ada Picture Gallery includes freely copyable pictures of Ada
- Full text of translation of "Sketch of the Analytical Engine" by L. F. Menabrea with Ada's notes and extensive commentary
- Ada Lovelace, Countess of Controversy (g4tv.com)
- Jim Holt's "The Ada Perplex," from the New Yorker
- A brief biography of Ada Augusta, Countess of Lovelace with links to other resources related to Ada
- Hucknall Parish Church, Ada's final resting place
- Repurposing Ada - Examining the "Ada myth" at Salon.com
- [1] Thoughts on Ada, from a lecture given by the Earl of Lytton, at International Byron Society.org.
- Black and white sketch of the child Augusta Ada Byron by an unknown artist [2], referenced by [3]
Friday, March 20, 2009
Women in Computer Science
Women in Computer Science
It is undeniable that the computer industry is predominantly male. Bill Gates is the founder of Microsoft. Steve Jobs is the founder of Apple computers. Sergey Brin and Larry Page are the founders of the Google search engine. While some of the most ground-breaking names in the computer industry are male, there have been several noteworthy women who have taken leadership roles in computer development and contributed valuable technological advancements to the computer industry.
Famous Contributions of Women to the Computer Field
Additional Links:
