Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label setup. Show all posts
Showing posts with label setup. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Memasang Active Directory pada Windows Server 2008


Diterjemah dari Daniel Petri - January 8, 2009
(
http://www.petri.co.il/installing-active-directory-windows-server-2008.htm)


dan


---------------------------------------------------------------------------------------------
Microsoft Active Directory menyediakan struktur untuk memusatkan pengurusan rangkaian dan menyimpan maklumat sumber rangkaian dalam sesebuah domain. Active Directory menggunakan Domain Controllers untuk menyimpan pusat storan ini dan menyebarkannya kepada pengguna rangkaian.

Untuk membuat konfigurasi mesin Windows Server 2008 sebagai Domain Controller, beberapa pertimbangan dan prasyarat perlu diambil kira, dan beberapa langkah perlu dilakukan. Artikel ini mengandaikan mesin Windows Server 2008 yang terbabit akan menjadi Domain Controller bagi Active Directory(AD) untuk domain baru dalam forest baru.

Apabila memasang AD sebagai domain controller pertama dalam Windows Server 2008 forest yang baru, ambilkira hal berikut:
  • Tentukan functional level untuk forest and domain samada mahu melibatkan Windows 2000 Server, Windows Server 2003, atau keduanya.
  • Domain controllers yang berlandaskan Microsoft Windows NT Server 4.0 operating system TIDAK DISOKONG oleh Windows Server 2008.
  • Servers yang menjalankan Windows NT Server 4.0 TIDAK DISOKONG oleh domain controllers (DC) yang menjalankan Windows Server 2008, maka DC tambahan diperlukan untuk menyokong NT 4.0 servers.
  • DC yang pertama dalam forest mestilah bertindak sebagai global catalog server dan tidak boleh menjadi RODC.

Pertimbangan apabila memasang Windows Server 2008 domain baru dalam Windows 2000/2003 forest sedia ada


Ambilkira:
  • Sediakan forest untuk Windows Server 2008 dengan mengembangkan schema (i.e., run ADPREP /forestprep). Rujuk "Windows Server 2008 ADPREP" .
  • Domain functional level – samada mahu melibatkan Windows 2000 Server, Windows Server 2003, atau kedua-duanya.
  • Dicadangkan agar PDC emulator operations master role dicipta pada forest root domain dalam DC yang menjalankan Windows Server 2008. Maklumat lanjut tentang FSMO Roles, rujuk "Understanding FSMO Roles in Active Directory" dan "Transferring FSMO Roles" .

Perimbangan Umum


Pastikan syarat "Active Directory on Windows Server 2008 Requirements" dipenuhi.

Memasang Active Directory Domain Services (AD-DS)


Proses dimulakan dengan memasang Role Active Directory Domain Services (AD-DS) pada server. AD-DS role yang akan menjadikan server sebagai Domain Controller, namun program DCPROMO mesti dijalankan selepas ini.
AD-DS boleh dipasang dalam 3 kaedah:

Kaedah 1 – Server Manager/Initial Configuration Tasks


(Secara default , pengguna akan melihat Initial Configuration Tasks wizard sejurus selepas login ke sistem. Pengguna juga boleh memasang melalui Wizard ini).
  1. Jalankan Server Manager dengan meng klik icon pada Quick Launch toolbar, atau dari Administrative Tools folder.
  2. Tunggu hingga selesai loading, kemudian tekan pautan Roles > Add Roles .
  3. Dalam “Before you begin” window, klik Next.
  4. Dalam “Select Server Roles” window, klik untuk pilih Active Directory Domain Services, dan kemudian klik Next.
  5. Dalam “Active Directory Domain Services” window baca maklumat yang disertakan, dan klik Next.
  6. Dalam “Confirm Installation Selections”, baca maklumat yang disertakan dan klik Next.
  7. Tunggu hingga proses tamat.
  8. Bila tamat, klik Close.
  9. Pergi semula ke Server Manager, klik Active Directory Domain Services link, dan perhatikan tiada maklumat yang dikaitkan padanya, kerana arahan DCPROMO belum dilaksanakan.
  10. Klik pautan DCPROMO, atau terus membaca.
    1. Untuk menjalankan DCPROMO, taipkan dcpromo pafa Run command (pada Start Menu), atau klik pautan DCPROMO dalamServer Manager> Roles>Active Directory Domain Services.
    2. Bergantung samada AD-DS pernah dipasang atau tidak, “Active Directory Domain Services Installation Wizard” akan muncul selepas beberapa ketika. Tekan Next.
    3. Dalam “Operating System Compatibility window”, baca maklumat yang disertakan dan klik Next.
    4. Dalam “Choosing Deployment Configuration window”, klik "Create a new domain in a new forest" dan klik Next.
    5. Masukkan nama yang sesuai untuk domain baru. Pastikan anda pilih nama domain yang betul kerana proses untuk menamakannya semula tidak mudah. Klik Next.

Nota: JANGAN GUNA label tunggal seperti "mydomain" atau seumpamanya. Anda MESTI menulis nama domain penuh seperti "mydomain.local" atau "mydomain.com" dan seterusnya.
Wizard akan memeriksa samada nama domain telah digunakan atau tidak dalam rangkaian komputer.
  1. Pilij “forest function level” yang betul; Windows 2000 mode (default), atau Windows Server 2003 dan Windows Server 2008 Domain Controllers kepada forest yang anda mahu cipta. Baca "Understanding Windows Server 2008 Active Directory Domain and Forest Functional Levels" untuk pengetahuan lanjut.
  2. Pilih “domain function level” yang betul ; Windows 2000 Native mode (default), Windows Server 2003 and Windows Server 2008 Domain Controllers terhadap domain yang mahu dicipta.

Nota: Jika anda pilih "Windows Server 2008" untuk “forest function level”, anda tidak akan diminta lagi untuk memilih “domain function level”. Baca "Understanding Windows Server 2008 Active Directory Domain and Forest Functional Levels".
  1. Wizard akan memeriksa jika DNS telah menurut konfigurasi dalam rangkaian. Wizard akan memeriksa dahulu sekiranya konfigurasi DNS wujud dalam rangkaian. Jika tiada konfigurasi DNS wujud dalam rangkaian, Wizard akan memasang DNS secara automatik.

Nota: DC pertama mesti menjadi “Global Catalog”. Juga, DC pertama dalam forest tidak boleh menjadi RODC.
  1. Kemungkinan anda akan menerima mesej amaran bahawa server mempunyai dynamic IP Address. Ia barangkali akibat dari alamat IPv6 yang tidak diedit. (run ipconfig /all untuk semak). Jika IPv6 sememangnya tidak digunakan dalam rangkaian anda, abaikan mesej ini.
  2. Anda mungkin menerima mesej amaran tentang “DNS delegation”. Memandangkan tiada DNS yang telah dibuat konfigurasi, abaikan mesej ini, tekan “Yes”.
  3. Seterusnya, tentukan laluan untuk “AD database”, “log files” and “SYSVOL” folder. Boleh diterima sahaja input yang dicadangkan. Untuk pemasangan skala besar, rancang teliti konfigurasi DC agar nanti mendapatkan prestasi baik. Klik Next.
  4. Masukkan password untuk Active Directory Recovery Mode. Password mesti disimpan secara sulit. Panjangnya kira2 7 karakter. Jika boleh, jangan guna password dari kelas Administrator.
    Klik
    Next.
  5. Dalam “Summary window” semak pilihan anda. Jika perlu, save kan ke unattend answer file. Seterusnya, click Next.
  6. Wizard ini memulakan “Active Directory domain”, dan apabila tamat, tekan Finish dan reboot komputer.

Nota: Anda boleh membuat reboot automatic dengan menanda checkbox “Reboot on Completion checkbox”.
Untuk membuat automasi pemasangan Domain Controller, anda boleh gunakan answer file atau anda taipkan “unattended installation parameters” pada “command line”. Baca "Creating an Unattend Installation File for DCPROMO in Windows Server 2008".
Nota: Sebagaimana disebut dalam "Installing Active Directory on Windows 2008 Server Core", konfigurasi pada Windows Server 2008 Server Core machine MENGHENDAKI anda membuat pemasangan automatic kerana TIADA “DCPROMO GUI” pada Server Core.
Server anda telah menjadi Domain Controller sekarang. Pastikan ianya di Back Up. Semak fungsinya menggunakan “AD management tools” seperti “Active Directory Users and Computers”, periksa “Event Logs”, “services and folders” dan “shares” yang telah dicipta.

Links

AD DS Installation and Removal Step-by-Step Guide

Kaedah 2 – Servermanagercmd.exe


Servermanagercmd.exe adalah command prompt setara dengan “Add Roles and Add Features wizards” dalam Server Manager. Through the use of various command line options, you can quickly and easily add or remove features and roles to or from your server, including the AD-DS role.
Taip seperti berikut:
Servermanagercmd.exe –I ADDS-Domain-Controller
Tunggu hingga proses selesai dan AD-DS akan terpasang pada server.

Kaedah 3 – DCPROMO


Jalankan DCPROMO melalui “Run command” dan sebelum ia dijalankan, Server akan memeriksa samada AD-DS binaries telah terpasang. Jika tiada, Server akan melaksanakan auto-install.
Setelah selesai “Add Roles Wizard”, klik samada pautan untuk mulakan “Active Directory Domain Services Installation Wizard”, atau tutup dan jalankan DCPROMO dari “Run command”.

Running DCPROMO


Setelah selesai memasang AD-DS role, kita perlu menjalankan DCPROMO untuk membina Active Directory database dan memasang fungsinya.
Nota: Panduan ini mengandaikan bahawa ini adalah Domain Controller pertama di dalam forest, justeru mencipta domain baru dalam forest baru. Sekiranya domain telah wujud, rujuk "Installing Additional Windows Server 2008 Domain Controllers in your Existing Active Directory Domain".

Bagaimana Memasang Windows Server 2008 Langkah Demi Langkah


Diterjemah dari Daniel Petri - January 8, 2009


Memasang Windows Server 2008 adalah mudah sepertimana memasang Windows Vista. Jika anda tidak biasa memasang Vista, kaedah pemasangannya berbeza daripada versi Windows sebelumnya dan lebih mudah. Kaedah ini juga memberi kelebihan terutamanya kepada Sistem Server kerana Administrator dapat membuat partition terhadap Hard Disk semasa proses memasang Windows. Lebih mustahak lagi, mereka dapat memasang driver untuk AHCI atau RAID storage terus dari CD/DVD atau USB. Maka, Floppy Disk langsung tidak diperlukan.

Nota: Windows Server 2008 juga boleh dipasang sebagai Server Core (Server Teras), yang merupakan versi ringkas tanpa GUI. Anda hanya menggunakan command line atau Microsoft Management Console (jika beroperasi secara remote) untuk membuat konfigurasi Windows. Server Core boleh digunakan secara khusus untuk memainkan peranan seperti Domain controller/Active Directory Domain Services, DNS Server, DHCP Server, file server, print server, Windows Media Server, IIS 7 web server and Windows Server Virtualization virtual server. rujuk "Installing Windows Server 2008 Core".

Keperluan hardware bagi Windows 2008:
ComponentRequirement
Processor• Minimum: 1GHz (x86 processor) or 1.4GHz (x64 processor) • Recommended: 2GHz or faster Note: An Intel Itanium 2 processor is required for Windows Server 2008 for Itanium-based Systems
Memory• Minimum: 512MB RAM • Recommended: 2GB RAM or greater • Maximum (32-bit systems): 4GB (Standard) or 64GB (Enterprise and Datacenter) • Maximum (64-bit systems): 32GB (Standard) or 2TB (Enterprise, Datacenter and Itanium-based Systems)
Available Disk Space• Minimum: 10GB • Recommended: 40GB or greater Note: Computers with more than 16GB of RAM will require more disk space for paging, hibernation, and dump files
DriveDVD-ROM drive
Display and Peripherals• Super VGA (800 x 600) or higher-resolution monitor • Keyboard • Microsoft Mouse or compatible pointing device

Nota Upgrade:
Berikut adalah laluan untuk upgrade dari versi Windows terdahulu kepada Windows Server 2008:
If you are currently running:You can upgrade to:
Windows Server 2003 Standard Edition (R2, Service Pack 1 or Service Pack 2)Full Installation of Windows Server 2008 Standard Edition
Full Installation of Windows Server 2008 Enterprise Edition
Windows Server 2003 Enterprise Edition (R2, Service Pack 1 or Service Pack 2)Full Installation of Windows Server 2008 Enterprise Edition
Windows Server 2003 Datacenter Edition (R2, Service Pack 1 or Service Pack 2)Full Installation of Windows Server 2008 Datacenter Edition

Langkah2 memasang Windows Server 2008:

1. Masukkan Windows Server 2008 installation media ke pemain DVD. Sekiranya anda tidak mempunyainya, boleh download edisi percubaan dari Microsoft's Windows 2008 Server Trial website.

2. Reboot komputer.



3. Pilih Bahasa, matawang dan jenis keyboard. Tekan Next.



4. Seterusnya, tekan Install Now untuk memulakan proses pemasangan.


5. Masukkan Product ID dalam Window berikutnya, dan tandakan checkbox jika anda mahu terus aktifkan Windows sejurus selepas pemasangan selesai. Klik Next.


Jika anda tidak mempunyai Product ID, tinggalkan kosong pada kotak tersebut, dan klik Next. Anda akan dikehendaki memasukkan Product ID kemudian, setelah pemasangan selesai. Tekan No.


6. Tanpa ID, proses pemasangan tidak dapat menentukan jenis lesen Windows Server 2008 anda, dan oleh itu anda dikehendaki menjawab select your correct version pada skrin berikutnya.


7. Jika anda mempunyai Product ID, pilih Full version pada jenis versi Windows anda, dan klik Next.


8. Baca dan Terima syarat lesen dengan menanda checkbox dan menekan Next.


9. Pada window "Which type of installation do you want?", pilih option yang tersedia –Custom
(Advanced)


10. Dalam dialog "Where do you want to install Windows?", jika anda memasang pada Hard Disk jenis IDE yang biasa, klik first disk, kebiasaannya Disk 0, dan klik Next.


Jika anda mahu memasang pada Hard Disk yang bersambung pada SCSI controller, klik Load Driver dan masukkan media yang berkaitan.

Jika perlu, klik Drive Options dan cipta secara manual partition pada hard disk sasaran.

11. Pemasangan bermula. Penyalinan setup files dari DVD mengambil masa kira2 seminit. Bagaimanapun, extracting dan uncompressing terhadap files mengambil masa yang lebih panjang. Kira2 selepas 20 minit, system operasi telah siap dipasang. Masa sebenar bergantung kepada spesifikasi hardware anda. Disk yang pantas akan cepat memasangnya … Windows Server 2008 menggunanakan kira2 10 GB.


Proses pemasangan akan reboot komputer, jadi, keluarkan media dari DVD atau pemacu yang lain supaya computer tidak tersangkut dan mengulangi pemasangan.

12. Setelah komputer reboot, anda akan diajukan Skrin Login Windows Server 2008. Tekan CTRL+ALT+DEL untuk log in.

13. Klik Other User.

14. Default Administrator adalah kosong, jadi taipkan Administrator dan tekan Enter.

15. Anda diminta menukar password. Taip dan tekan Ok.

16. Pada bahagian Password asal, tinggalkan default password sebagai kosong (tiada apa-apa karakter), dan masukkan password baru sekurang2nya 7 karakter yang mengandungi gabungan karakter yang pelik, seperti Pa$$w0rd sebanyak dua kali mengikut kotak yang disediakan. Pastikan tidak lupa.

17. Untuk confirmation terhadap penukaran password, tekan Ok.

18. Akhirnya, desktop muncul. Anda akan melihat tetingkap initial server configuration. Anda boleh terus membuat konfigurasi server di sini.

Maklumat rasmi dari Microsoft berkenaan Windows Server 2008 boleh didapati dari Windows Server 2008 homepage.