Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, August 03, 2009

Pengenalan-Database System (Sistem Pangkalan Data)


Database bermaksud satu cara menyimpan dan menguruskan data secara terkawal dan berpusat.

Peranan Database menjadi penting apabila organisasi mempunyai data yang banyak dan berkait antara satu sama lain. Antara kelebihan Database:

1) Simpanan dan kawalan data secara berpusat
2) Pengurusan data secara cekap
3) Mengelakkan gejala data yang disimpan berulang2 dan data yang disimpan berselerak
4) Meningkatkan penggunaan data effektif dengan membenarkan data dicapai oleh perisian yang lain.

Perisian Database boleh dijalankan secara standalone (bersendirian) ataupun secara networked (berangkaian). Sistem secara standalone (bersendirian) turut dikenali sebagai desktop database (pangkalan data (komputer)"atas meja"). Sistem berangkaian pula kebiasaanya berdasarkan Client-Server Architecture (Senibina Pelanggan-Pelayan). Pada masa kini, Networked Database System (Sistem Pangkalan Data Berangkaian) digunakan dengan meluas melalui Internet

Antara Desktop Database yang popular adalah Microsoft Access, Foxpro dan File Maker.

Antara Networked Database yang popular adalah Microsoft SQL, MySQL, PostGre dan Oracle.

Pengenalan-File Transfer Protocol (FTP)

File Transfer Protocol (FTP) adalah salah satu perkhidmatan yang terdapat di dalam Internet yang membolehkan fail (data file) dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain. Perkhidmatan FTP bersifat Client-Server iaitu satu komputer berfungsi sebagai hos FTP dan satu (atau banyak) komputer lagi berfungsi sebagai klien.

Sunday, August 02, 2009

Masalah-ada hantu di rumah saya

Biasa kita mendengar kisah orang yang membeli rumah dan kemudiannya mendapati rumah itu dihuni pula makhluk lain. Dilemma melanda samada nak menghalau atau meninggalkan sahaja rumah itu.

Jangan rasa pelik jika komputer juga boleh jadi berhantu. Ya, memang sesuatu yang menyulitkan dan menyusahkan apabila mendapati komputer milik kita dihuni oleh makhluk lain yang hidup dengan caranya sendiri hingga kadang-kadang dan sememangnya mengancam 'private life' kita.

Exterminate-it.com mengklasifikan hantu komputer (atau istilah akademiknya, Malicious Software a.k.a 'Malware') kepada beberapa jenis:

1) Trojan
Trojan adalah Malware yang menyamar sebagai program yang sah tetapi disebalik itu ia melakukan kerja-kerja merosakkan sistem komputer. Ia tidak bercambah tetapi kewujudan seekor dua Trojan dalam sistem komputer sudah cukup untuk melemahkan sistem tersebut.


2) Spyware
Spyware adalah program pengendap yang bertujuan mengumpulkan profil pemilik komputer tersebut. Secara diam-diam Spyware menghantar laporan kepada tuannya. Trojan juga boleh menjadi Spyware jika ia turut membuat hubungan luar dari komputer yang dihuninya dan menyampaikan maklumat berkenaan komputer tersebut.

3) Backdoor
Backdoor, sepertimana namanya, membuka 'pintu belakang' sistem komputer yang dicerobohinya; membolehkan sistem tersebut ditembusi dan 'dianiaya' oleh si penceroboh.


4) RAT
Remote Access Tool adalah program yang membantu penggodam komputer menguasai komputer yang diserangnya seterusnya menjadikan komputer mangsa itu sebagai 'zombie' (mayat hidup). Maksudnya, sistem komputer itu dapat dikawal dan digunakan untuk kegiatan jenayah siber seperti melancarkan serangan ke atas komputer lain ataupun menghantar maklumat propaganda ke jaringan sistem komputer.


5) DOS
Denial Of Service Attack adalah satu bentuk serangan yang bertujuan melemahkan Laman Web dan mengakibatkan sistem pertahanannya ditembusi dan dikuasai oleh penggodam web.


Persoalannya bagaimana program2 ini boleh masuk dan menumpang di dalam komputer kita? Barangkali kita tidak 'mengunci' rumah komputer kita dengan baik dan boleh jadi juga kita leka meluncur di sana sini dalam Internet tanpa sedar laluan yang kita tempuh itu sebenarnya tidak selamat. Samalah halnya seperti periuk api (mines). Kita takkan tahu ada periuk api sehinggalah periuk api itu meletup. Janganlah halnya begitu!

Thursday, July 30, 2009

Bagaimana menggunakan Windows Registry

Pengenalan

Semenjak Windows 95, Sistem Pengendalian Windows menggunakan pangkalan data hirarki untuk menyimpan maklumat system setting, hardware configurations dan user preferences. Pangkalan Data ini dinamakan Windows Registry ataupun biasanya dipanggil Registry. Apabila ada hardware baru yang dipasang pada komputer, apabila pengguna menukar pilihan latarbelakang desktop, ataupun apabila pengguna install software yang baru, maklumat berkenaannya disimpan di dalam Registry. Maklumat ini kemudiannya menjadi rujukan Windows. Pendedahan tentang Registry akan memberikan pengetahuan dan peluang kepada pengguna untuk menguruskan sendiri Windows dengan lebih cekap namun kesilapan mengubahsuai Registry boleh mendatangkan masalah yang besar ke atas Windows.

Struktur

Struktur Registry berbentuk hirarki, sama seperti struktur direktori fail dalam komputer. Terdapat Main Key, atau Hive, bersama Keys, Subkeys dan Values.

Hives - Hives adalah bahagian tertinggi dalam hirarki. Bergantung pada versi Windows yang digunakan, kebiasaannya terdapat 5 atau 6 hives seperti berikut:

HKEY_CURRENT_USER (HKCU) -
This Hive contains the preferences and configuration for the particular user who is currently logged in. If a different user is logged onto the same machine, then the information in this Hive would change corresponding to that particular user's configuration.
HKEY_LOCAL_MACHINE (HKLM) -
This Hive contains the configuration for the actual computer. The information in this Hive remains the same regardless of the user currently logged on.
HKEY_CLASSES_ROOT (HKCR) -
This Hive contains the information for that pertains to the core user interface such as file associations and shortcuts.
HKEY_USERS (HKU) -
This Hive contains the user information for all the users that have ever logged onto this computer.
HKEY_CURRENT_CONFIG (HKCC) -
This Hive contains the information about current hardware configuration. This Hive is linked to the HKLM Hive.
HKEY_DYN_DATA (HKDD) -
This Hive is found only on Windows 95/98/ME. It contains information about hardware Plug and Play. This Hive is linked to the HKLM Hive.

Keys - Keys adalah seperti folders yang mana ia boleh mengandungi Subkeys atau Values.

Values - Data yang tersimpan di dalam Key atau SubKey. Biasanya ia terdiri dalam bentuk format binary, strings atau DWORD.

Contoh Registry key adalah seperti berikut:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main\\Start Page

When we break this Key down to its components we can see the following:

HKEY_CURRENT_USER is the Hive that this key is associated with.
Software is a Key
Microsoft - This is a Subkey
Internet Explorer - This is a Subkey
Main - This is a Subkey
Start Page - This is the Value that the actual data is stored in. For this particular Value, the data will be the start page that you want Internet Explorer to use.

Menyunting Registry

Untuk mengubah Values di dalam Registry, anda memerlukan program sunting seperti Registry Editor (ataupun panggilan Regedit). Windows mempunyai program regedit.exe yang memainkan peranan ini. Untuk membuka program ini, Klik Start/Run dan taipkan "regedit". 

Apabila Program Registry Editor dilancarkan, ia akan memaparkan dua panel. Panel kiri adalah untuk navigasi. Tanda "+" maksudnya ada lagi struktur data yang tersimpan dibawah sesuatu data. Klik "+" dan anda akan melihat data ini. Klik "-" untuk meringkaskan semula pandangan struktur data tersebut.

Screenshot di bawah memaparkan Registry Editor khususnya untuk nilai
HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Colors

Registry Editor






Masalah - Kenapa komputer saya lambat?


Masalah komputer menjadi lambat (secara umumnya, lambat memberi respon, lambat memproses dan hal seumpamanya) adalah fenomena biasa yang boleh terjadi walaupun sejurus selepas komputer itu baru dibeli. Perkara ini dapat diselesaikan secara berperingkat:

1) Memori
2) Pogram Installation dan Program Uninstallation
3) Malware (dan Troubleware?)
4) Hardware


1) Memori

Sistem Windows memerlukan memori sementara untuk memproses data yang dipanggil RAM (Random Access Memory, Melayu:Ingatan Capaian Rawak). Memori RAM dikendalikan oleh kepingan hardware yang turut dipanggil RAM card. Memori ini kecil dan berbentuk gandaan kuasa 2 seperti 128MB, 256MB, 512MB dan 1GB. Untuk melancarkan lagi perjalanan operasinya, Windows turut mengambil sebahagian daripada ruang storan Hard Disk bagi dijadikan RAM tambahan yang dikenali sebagai Virtual Memory (Ingatan Maya). Mudahnya, semakin besar saiz RAM, semakin tinggi keupayaan komputer memproses data.

Apabila pengguna komputer menyimpan dan mengemaskini data, ruang storan Hard Disk akan digunakan sedikit demi sedikit. Ruang-ruang ini juga kadangkala menjadi berselerak di seluruh trek Hard Disk kerana operasi simpan,sunting dan padam yang silih berganti. Akhirnya ruang yang digunakan oleh Windows sebagai Virtual memory tadi akan terjejas. Akibatnya, keupayaan pemprosesan data akan terganggu.

Langkah pertama menyelesaikan masalah ini ialah dengan menyemak saiz Hard Disk.

Klik Start/MyComputer.
Lihat ikon "(C:)".
Right Hand Click dan pilih menu "Properties".
Semak "Used Space" dan "Free Space".

checkharddisksize.png

Sebaiknya Hard Disk perlu mempunyai ruang lebihan (kosong) sekurang-kurangnya 300MB. (anda boleh semak keperluan ini dengan cara i) Klik Start/MyComputer + RightHandClick "Properties" ii) Pilih Tab "Advanced" iii) Pilih butang "setting" di bawah tajuk "Performance" iv) Klik "Advanced" v) Anda akan melihat tajuk Virtual Memory bersama jumlah saiznya).

virtualmemory.png



Sekiranya Hard Disk anda mempunyai ruang storan yang mencukupi, langkah seterusnya ialah melakukan Disk Defragmentation. Dalam bahasa mudah, menyatukan semula cebisan data yang berselerak dan menghimpunkan ruang kosong ke dalam satu blok yang tersendiri. Hal ini akan mempercepatkan Windows mencipta Virtual memory.

Untuk Defrag, rujuk gambar pertama. Tekan tab "Tools" dan klik butang "Defragment Now". Selebihnya akan diuruskan oleh Windows.

2) Program Installation dan Uninstallation

Antara akitiviti yang rancak dibuat oleh pengguna sejurus selepas membeli komputer baru ialah Program Installation. Perlu difahami bahawa Program Installation bukan sahaja menyalin data dan fail ke dalam Hard Disk malah ia turut mengubah maklumat Windows Registry, iaitu satu tempat rujukan utama Windows.

Seterusnya, pengguna juga pasti akan melaksanakan Program Uninstallation apabila sudah tidak mahu lagi menyimpan sesetengah Program. Ada sebahagian Program yang mempunyai Uninstaller yang kurang cekap; apabila program dibuang dari Windows, failnya masih dibiarkan wujud di dalam Hard Disk dan maklumat settingnya juga dibiarkan di dalam Windows Registry.

Dua keadaan di atas akan menyebabkan prestasi Windows terganggu. Seorang pakar komputer berkemungkinan akan memadam tinggalan fail di dalam Hard Disk dan mengemaskini Windows Registry secara manual (boleh saya cuba kemaskini Windows Registry sendiri?). Walaupun ianya boleh dilakukan, tugas ini rumit dan membuang masa. Anda perlukan program bantuan.

Anda boleh gunakan program RegCure. Program ini akan menyemak dan mengemaskini Windows Registry secara automatik.

3) Malware (dan mungkin juga TroubleWare)

Malware adalah singkatan dari Malicious Software, iaitu software yang dicipta untuk tujuan menyusahkan mangsa dan berkemungkinan juga menguntungkan penciptanya. Malware juga mengambil ruang storan Hard Disk dan lebih bahaya daripada itu ia mengubahsuai Windows Registry sehingga ke tahap ia boleh menguasai sistem Komputer itu sendiri.

Anda memerlukan Program Anti Virus seperti Avira ataupun Program Anti Malware seperti Malware Bytes. Program seperti ini dicipta khusus untuk mengesan dan menggagalkan aktiviti Malware.

Program yang pada asalnya bukan Malware boleh juga akhirnya menyusahkan anda dan wajar digelar TroubleWare. Contohnya program pemain video yang adakalanya tidak dapat memainkan video format tertentu, meminta anda download codec dari Internet, membayar caj dan sebagainya. Akhirnya apabila di uninstall, kesan tinggalannya masih wujud. Bukankah ianya menyusahkan sahaja? Saya sarankan anda gunakan Program VLC untuk memainkan video. Setakat ini ia tidak bermasalah untuk memainkan apa jua format.

4) Masalah Hardware.

Seandainya ketiga-tiga perkara di atas telah dicuba namun komputer masih lembap, ada kemungkinan ia mengalami masalah hardware. Semak status komputer anda. Sekiranya masih ada tempoh warranty, jangan segan-silu untuk di bawa kepada penjual asalnya. Seandainya tempoh warranty tamat, carilah mana-mana kedai membaiki komputer yang boleh dipercayai. Semak juga berapa anggaran kosnya. Kalau terlalu mahal (atau komputer itu sendiripun sudah dimakan usia) lebih baik diganti dengan komputer yang baru sahaja ;-)