Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, January 18, 2012

Pengkelasan komputer

(tajuk berkaitan: classification of computers, jenis-jenis komputer, kategori komputer, pembahagian jenis komputer)

Pada awalnya, komputer ditakrifkan sebagai mesin yang memproses data untuk menghasilkan maklumat yang berguna untuk membuat keputusan. Apabila teknologi pembuatan komputer semakin maju, mesin komputer telah menggunapakai berbagai teknologi dan rekacipta sehingga muncul berbagai bentuk komputer. Agak rumit untuk mengkelaskan setiap mesin komputer yang ada kerana ia sentiasa berubah.

Secara tradisinya, komputer dikelaskan mengikut saiz dan fungsi.

Pengkelasan mengikut saiz:

1. Micro Computer (Melayu: Komputer Mikro).
Komputer Mikro lebih dikenali sebagai Personal Computer atau PC (Melayu:Komputer Peribadi).

2. Mini Computer

3. Mainframe Computer

4. Super Computer

Pengkelasan mengikut fungsi:

1. Server (Melayu:Pelayan)

2. Work Stations (Melayu:Stesen Kerja)

3. Information Appliances (Melayu:Peralatan Maklumat)

4. Embedded Computer (Melayu:Komputer Terbenam)


Perisian Sistem yang terdapat di pasaran

(tajuk berkaitan: System softwares that are available in the market, perisian pengoperasian sistem, jenis perisian sistem)

Perisian Sistem (English:System software) adalah sejenis perisian komputer yang berkaitan dengan pengendalian mesin komputer.

Pada amnya, Perisian Sistem dibangunkan secara khusus untuk mesin tertentu. Sebagai contohnya Perisian Sistem Microsoft Windows dipasang pada sebahagian besar mesin komputer serasi-IBM (IBM PC). Di samping itu, teknologi perisian pada hari ini juga membenarkan Perisian Sistem yang tidak serasi dengan sesebuah mesin komputer dipasang secara 'maya' melalui perisian PC Maya (Virtual PC). Oleh itu, pengguna komputer mempunyai peluang lebih banyak untuk mencuba Perisian Sistem yang ada di pasaran.

Antara Perisian Sistem yang pernah berada di pasaran adalah seperti berikut:
  • Keluarga Microsoft DOS: DOS 5, DOS 6
  • Keluarga IBM OS/2
  • Keluarga Microsoft Windows: Windows 95, 98, 2000, Me, XP, Vista, 7, 8
  • Keluarga Apple: OSX
  • Varian Linux: Red Hat, SUSE, Ubuntu
  • Keluarga Amiga
  • Keluarga Atari
  • Keluarga Symbian
  • Keluarga Android
* Perkataan "keluarga" digunakan untuk mewakili kumpulan Perisian Sistem di atas kerana selalunya versi terkemudian daripada keluarga yang sama bersifat serasi sistem terkebelakang (backward compatibility). Perkataan "varian" digunakan mewakili kumpulan khususnya Linux di mana semua varian berasal dari punca yang sama tetapi kemudiannya mempunyai orientasi tersendiri dan mungkin tidak serasi dengan varian yang lain.

Maksud Application Development Software (Perisian Pembangunan Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian pembangunan aplikasi, erti perisian pembangunan aplikasi, apa itu perisian pembangunan aplikasi)

Application Development Software (Melayu:Perisian Pembangunan Aplikasi) adalah sejenis perisian komputer yang membantu pembangun perisian menjalan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod sumber, penyahpijatan, pengkompilan dan sebagainya.

Terdapat berbagai jenis produk Perisian Pembangunan Aplikasi di pasaran. Antaranya:
1) Microsoft Visual Studio
2) Sun Eclipse
3) Dev
4) Borland

Maksud Perisian Aplikasi

Lihat http://notarazi.blogspot.com/2012/01/maksud-application-software-perisian.html

Maksud Application Software (Perisian Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi, definisi perisian aplikasi)

Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputer di mana perisian tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.