Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label istilah. Show all posts
Showing posts with label istilah. Show all posts

Thursday, August 10, 2017

Maksud Cross-Platform


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Cross-Platform, Silang-Pelantar)

Dalam konteks perkomputeran, Cross-Platform (Melayu: Silang-Pelantar) bermaksud sesuatu aplikasi yang boleh dijalankan di atas sistem pelantar yang berbeza.

Sistem pelantar adalah sistem yang mengawal mesin secara keseluruhan contohnya Windows, Linux, Macintosh, Android, iOS, PS dan CBox. Sistem pelantar juga dikenali sebagai Operating System (Melayu: Sistem Operasi).





Maksud System Software


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Operating System, System Software, Perisian Sistem)

System Software (Melayu:Perisian Sistem) adalah sejenis himpunan arahan yang mengawal sesebuah sistem komputer. Ia merupakan perantara di antara manusia, perisian aplikasi dan mesin. Terdapat dua jenis Perisian Sistem iaitu Operating System (Melayu:Sistem Operasi) dan Utility Software (Melayu:Perisian Utiliti).

Maksud Software


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, software, perisian, program, aplikasi)

Software (Melayu: Perisian) juga disebut Program (Melayu:Aturcara). Ia bermaksud satu himpunan arahan komputer untuk melakukan sesuatu tugasan. Arahan ini memberitahu langkah-langkah yang perlu dilakukan komputer bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Manusia berinteraksi dengan Perisian melalui User Interface (Melayu: Antaramuka Pengguna). Terdapat beberapa jenis Antaramuka seperti  Text Command (Melayu:Arahan Teks) dan Graphical User Interface (Melayu:Antaramuka Grafik). Teknologi Mobile terkini pula telah memperkenalkan Touch Interface (Melayu: Antaramuka Sesentuh). Setiap jenis Antaramuka ini mempunyai kelebihan tersendiri dan digunakan dalam kebanyakan sistem komputer pada hari ini.

Baca seterusnya: http://notarazi.blogspot.my/2009/05/maksud-perisian-komputer.html

Wednesday, August 09, 2017

Maksud Identity Theft


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Identity Theft, Kecurian Identiti)

Maksud Identity Theft

Maksud Kecurian Identiti


Identity Theft (Melayu: Kecurian Identiti) bermaksud pencurian maklumat peribadi seseorang yang selalunya berkaitan dengan akses kepada perbankan atau perkhidmatan lain yang khusus untuk seseorang individu.

Pada hari ini, penjenayah siber menggunakan teknik yang dipanggil phishing iaitu penyamaran sebagai pihak berkuasa atau pentadbir akaun yang menghubungi mangsa kononnya meminta maklumat identiti untuk pengesahan, kemaskini atau siasatan akaun. Mangsa yang tidak menyedari dirinya ditipu akan memberi maklumat ini kepada penjenayah tadi. Apabila maklumat ini diperolehi, penjenayah akan mengakses akaun peribadi mangsa dan mengeksploitasinya seperti mengeluarkan wang atau maklumat berharga dari akaun yang telah diceroboh.

Maksud Web


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Web, World Wide Web, Jaringan Web Sedunia)

Maksud Web

Web adalah singkatan bagi World Wide Web (Melayu: Jaringan Web Sedunia) iaitu sejenis perkhidmatan perkongsian dokumen elektronik melalui rangkaian Internet (baca maksud Internet di sini).

Teknologi Web dirintis pada tahun 1990. Pada ketika itu ia digunakan untuk memudahkan saintis mencari dokumen elektronik yang berkaitan dengan sesuatu kajian.

Web pada asasnya menggunakan kaedah hyperlink iaitu sejenis teks yang dihubungkan dengan mana-mana sumber dokumen elektronik. Apabila teks ini diklik, komputer akan menghubungi sumber dokumen tersebut, mendapatkannya dan memaparkannya menerusi perisian yang dipanggil Web Browser (Melayu: Pelayar Web). Hal inilah yang dimaksudkan dengan perkataan hyperlink iaitu pautan yang boleh membawa kita melompat dari satu halaman dokumen ke halaman dokumen yang lain.

Maksud Rangkaian Internet

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Internet Network, Rangkaian Internet) 

Maksud Rangkaian Internet

Maksud Internet Network


Internet adalah sejenis rangkaian komputer yang meliputi seluruh dunia. Ia menghubungkan rangkaian perniagaan, agensi kerajaan, akademik dan orang perseorangan.

Teknologi Internet mula dirintis pada tahun 1969 untuk tujuan kajian akademik dan ketenteraan. Pada tahun 1990 ia dibuka kepada orang awam dan pada tahun 1995 ia dibuka untuk aktiviti komersil.

Dengan itu, ia menjadi satu rangkaian komputer yang sangat penting dalam masyarakat modenyang menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan, pentadbiran, pengajian ataupun persendirian.

Maksud Computer Networks

Maksud Computer Networks

Maksud Rangkaian Komputer


Computer Networks (Melayu: Rangkaian Komputer) bermaksud himpunan komputer dan peranti elektronik yang dirangkaikan bersama melalui teknologi komunikasi samada melalui sambungan wayar(English:wired) atau wayarles (English:wireless).

Apabila komputer atau peranti ini terhubung dengan rangkaian, ia dikatakan online. Sebaliknya, jika terputus atau tiada hubungan, ia dikatakan offline.

Rangkaian Komputer membolehkan komputer atau peranti berkongsi sumber seperti perkakasan, perisian, data dan maklumat. Perkongsian ini menjimatkan waktu dan wang kerana ia membantu mempercepatkan aktiviti pemprosesan maklumat.

Apakah Komponen Komputer?

Apakah Komponen Komputer?


Komputer mengandungi banyak komponen elektrik, elektronik dan mekanikal yang dikenali sebagai perkakasan (English:hardware).

Komponen ini boleh dibahagikan mengikut peranan seperti:
Peranti Input
Peranti Output
Unit Sistem
Peranti Storan
Peranti Komunikasi

Maksud Information Processing Cycle


Maksud Information Processing Cycle

Maksud Kitaran Pemprosesan Maklumat


Kitaran Pemprosesan Maklumat adalah satu proses berulang yang terdiri dari aktiviti input-proses-ouput. Input bermaksud aktiviti memberikan komputer data yang diperlukan untuk pemprosesan. Proses bermaksud aktiviti mengubah data menjadi maklumat. Output bermaksud mengembalikan maklumat yang terhasil kepada pengguna. Maklumat yang terhasil ini mungkin akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan atau disebarkan kepada pengguna lain melalui rangkaian komputer.

Wednesday, August 02, 2017

Maksud Logical Topology dan Physical Topology


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Topology, Topologi)

Dalam dunia perkomputeran, topology (Melayu:topologi) bermaksud kaedah hubungan element (Melayu: unsur) dalam sesuatu rangkaian komputer. Huraian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Logical Topology dan Physical Topology.

Logical Topology menghuraikan bagaimana data harus dipindahkan dari satu elemen kepada elemen yang lain. Terdapat dua contoh Logical Topology:

1. Bus Topology - Mengikut kaedah ini, sesuatu komputer akan menghantar isyarat data kepada semua komputer dalam rangkaian. Setiap komputer yang menerimanya akan memeriksa isyarat tersebut samada isyarat itu ditujukan kepadanya atau tidak.

2. Ring Topology - Mengikut kaedah ini, hanya satu komputer boleh menghantar isyarat data dalam sesuatu masa. Komputer tersebut akan memperolehi token kebenaran dari rangkaian, menghantar isyarat data dan kemudiannya memulangkan token tersebut kepada rangkaian.

Physical Topology menghuraikan bagaimana setiap komputer harus disambungkan secara fizikal. Contohnya dalam Star Topology, setiap komputer disambungkan dengan kabel Ethernet kepada satu alat yang dinamakan hub. Alat ini akan mengendalikan pergerakan isyarat data di antara komputer tadi.

Rujukan:

https://www.pcmag.com/encyclopedia/term/46301/logical-vs-physical-topology

http://www.webopedia.com/TERM/L/logical_topology.html

https://www.techopedia.com/definition/25890/logical-topology

https://www.computerhope.com/jargon/t/topology.htm

Maksud Spam Message (Mesej Spam)


.

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Spam)

Maksud Spam Message (Mesej Spam)

Spam bermaksud membanjiri rangkaian Internet dengan pengulangan mesej yang sama dengan tujuan memaksa pengguna Internet menerima mesej tersebut. Hal ini dilakukan ke atas sasaran penerima yang kebiasaannya akan mengabaikan mesej seperti ini. Jika mesej yang sama dihantar berulang kali kepada penerima tadi, ia lambat-laun akan "memaksa" penerima melihatnya walaupun hal ini menyakitkan hati.

Rujukan: http://spam.abuse.net/overview/whatisspam.shtml

.

Thursday, June 08, 2017

Apakah maksud Virtual Private Network (VPN)?

VPN merahsiakan maklumat perhubungan pengguna ketika menggunakan sambungan awam seperti Internet.

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, VPN, Virtual Private Network, TOR)
Apakah maksud Virtual Private Network (VPN)?

Virtual Private Network (Rangkaian Tertutup Maya) ialah sejenis rangkaian komputer yang menyambungkan sesebuah komputer/rangkaian dengan komputer/rangkaian yang lain melalui sambungan Internet secara tertutup. Komputer/rangkaian yang berhubung melalui VPN akan dilindungi dengan mekanisma keselamatan seperti data encryption. Data yang dihantar melalui rangkaian ini tidak boleh dipintas. Oleh itu VPN merupakan satu pilihan bagi organisasi atau individu yang mahu merahsiakan maklumat perhubungan mereka ketika menggunakan sambungan awam seperti Internet.

Monday, March 19, 2012

Maksud Model-View-Controller


Model-View-Controller (MVC) adalah sejenis Senibina Perisian (Software Architecture). MVC diilhamkan dengan tujuan memisahkan logik perisian (BUSINESS LOGIC) dari antaramuka-pengguna perisian (USER INTERFACE) agar pembangunan perisian dapat dibuat secara berasingan seterusnya memudahkan kerja pembinaan, pengujian dan penyelenggaraan komponen perisian.



Sebagai contohnya, kita boleh melihat pendekatan terkini membangunkan laman web. Pada masa dahulu, apabila dokumen web dicipta, dokumen ini sarat dengan kod html yang diselitkan pelbagai takrifan struktur, gaya penampilan objek dan skrip aturcara. Pengaturcara html, perekabentuk grafik/multimedia dan pengaturcara skrip pemprosesan bersilih ganti menyunting dokumen yang sama. Akibatnya, dokumen yang terhasil, secara dalamannya, menjadi berserabut dan menyukarkan kerja penyelenggaraan di kemudian hari.

Pada hari ini, kebanyakan projek pembangunan laman web menggunakan pendekatan yang lebih sistematik. Kod HTML hanya digunakan untuk mentakrifkan struktur dokumen. Manakala untuk menggayakan objek, kod CSS (Cascading Style Sheet, Lembaran Gaya Bertindan (?)) digunapakai. Seterusnya, sebahagian besar skrip aturcara diletakkan di luar dari dokumen HTML; skrip dijalankan melalui kaedah include, require, post atau get.

HTML = struktur dokumen
CSS = penggayaan objek dalam dokumen
SKRIP = pemprosesan

Antara skrip yang popular adalah ASP, PHP dan JSP. Masing-masing mempunyai rangkakerja (framework) tersendiri untuk menyokong Senibina ini.

Contohnya,
ASP = .NET Framework
PHP = Yii Framework
JSP = Spring Framework

Maksud System Architecture

Setiap jenis senibina memberikan takrifan yang berbeza tentang binaan sesebuah sistem

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, System Architecture, Senibina Sistem)
.

Maksud System Architecture


System Architecture (Senibina Sistem) bermaksud Model Konsep yang mentakrifkan struktur, tindaktanduk dan rupabentuk terhadap sesebuah sistem. Istilah ini boleh diperjelaskan lagi melalui analogi rumah.

Analogi Rumah
Umum mengetahui bahawa rumah adalah tempat tinggal manusia. Rumah boleh dibina menurut beberapa senibina iaitu BUNGALOW, TERRACE atau CONDOMINIUM.
BUNGALOW = rumah tunggal
TERRACE = rumah berderetan
CONDOMINIUM = rumah sebagai unit dalam binaan yang lebih besar (kompleks)

Kesemua senibina ini mencapai maksud sebuah tempat tinggal tetapi struktur, sifat dan bentuknya berbeza.

Jurubina sistem perlu memahami keadaan senibina ini untuk memudahkannya mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk membangunkan sistem yang dikehendaki.

Contoh Senibina yang biasa digunakan adalah Client-Server dan 3-Tier

Saturday, March 17, 2012

Maksud Computer Hardware

computer

Computer Hardware adalah
merujuk kepada komponen fizikal sesebuah mesin komputer. Ia merangkumi Peranti
Input (Input Device), Peranti Output (Output Device), Pemprosesan Utama (Central
Processing Unit, CPU), Memori Utama (Primary Memory), Memori Sekunder (Secondary
Memory, Atau Secondary Storage)
Lawan kepada Computer Hardware adalah Computer Software.

Tuesday, February 28, 2012

Maksud Cross-Platform Network Administrator

Cross Platform merujuk kepada sifat perkakasan dan perisian sistem komputer yang dapat dijalankan di atas pelbagai platform tetapi mengekalkan ciri-cirinya yang serupa. Network Administrator merujuk kepada peranan pentadbir rangkaian komputer. Di dalam konteks Cross Platform Application, Network Administrator perlu tahu keperluan pengguna supaya beliau dapat menyediakan infrastruktur yang berkaitan.

Antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang Network Administrator untuk menyokong Cross Platform Application adalah seperti berikut:

1) Rangkaian komputer.

2) Memasang Windows Server.
Pada ketika ini Windows Server yang telah banyak diuji dan diberi liputan adalah Windows Server 2003.

3) Memasang Linux (Slackware)
Terdapat berbagai Linux Distribution yang boleh dimuatturun dari Internet. Linux Distribution yang dipilih adalah Slackware (Superb Mini Server, SMS) kerana saiznya kecil tetapi aplikasinya padat.

4) Membuat ujian Cross Platform Application.
Ujian Cross Platform Application diadakan untuk memastikan aplikasi seperti Web-based application berjalan tanpa sebarang masalah. Web-based Application kebiasaannya melibatkan application processing server (seperti IIS dan Apache) dan database server (seperti MS SQL dan MySQL). Secara amnya, IIS menyokong bahasa pengaturcaraan ASP dan Apache menyokong bahasa pengaturcaraan PHP. Pengetahuan lanjut di dalam IIS, Apache, ASP, PHP, MS SQL dan MySQL akan memudahkan Cross Platform Network Administrator mengadakan ujian.

Antara ujian yang boleh dijalankan:





Maksud Active Directory

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Maksud, Makna, Erti, Active Directory)

Active Directory
Active Directory adalah pangkalan data khusus (english:special-purpose database) yang menyimpan maklumat kawalan setiap komputer dan peranti yang berada di dalam rangkaian komputer (Microsoft Windows, selepas ini disebut WINDOWS).

Figure 23-2 Domain-based network

Windows Server
Active Directory mula diperkenalkan oleh Microsoft di dalam versi Windows Server 2000. Keupayaannya mengawal dan memelihara aspek keselamatan rangkaian komputer (WINDOWS) menyebabkan ia menerima sambutan yang baik dari kalangan pengguna terutamanya sektor korporat. Semenjak itu, Active Directory terus dipertingkatkan mutunya melalui keluaran Windows Server 2003 dan Windows Server 2008.

Lightweight Directory Access Protocol (LDAP)
Active Directory menggunakan protokol Lightweight Directory Access Protocol (LDAP), iaitu satu protokol yang digunakan bagi mencapai dan menyelenggara perkhidmatan direktori maklumat (english: directory information services) yang tersebar di dalam rangkaian komputer berasaskan Protokol Internet (english: Internet Protocol, IP).

From X500 to LDAP

Object, Attributes, Schema
Struktur dalaman Active Directory berbentuk susunan objek secara hirarki yang boleh dikategorikan mengikut aspek sumber dan keselamatan. Contoh objek di dalam Active Directory termasuklah users, computers, groups, sites, services, printers dan lain-lain. Setiap objek dianggap entiti yang mempunyai sifat atau atribut (english:attribute) tersendiri. Maklumat am Object dan Attributes disimpan oleh Active Directory di dalam bentuk yang dipanggil Schema.


Active Directory Framework
Rangka Kerja (english:Framework) Active Directory dibahagikan mengikut tahap (english:level). Tahap ini dikenali sebagai Forest, Tree dan Domain. Tahap-tahap ini diperkenalkan bersesuaian dengan tahap keselamatan yang diperlukan di setiap peringkat organisasi.




Domain, Tree dan Forest
Domain adalah tahap terendah dalam rangkaian komputer. Ia ditakrifkan menerusi Domain Name Structure, DNS. Tree adalah himpunan Domain manakala Forest adalah himpunanTree. Gabungan ketiga-tiga tahap ini membentuk struktur piramid.


Organizational Unit,OU
Objects yang terdapat dalam rangkaian pada tahap Domain dipecahkan pula mengikut kumpulan Organizational Unit, OU. Menerusi OU inilah, tugas pentadbiran Objectsdilaksanakan. Objects boleh ditadbir mengikut struktur jabatan, struktur geografi atau apa-apa struktur logikal lain yang sesuai. Pentadbiran setiap OU dilaksanakan mengikut Group Policy Objects (GPO) masing-masing.

Sites
Setiap Domain dikawal oleh Domain Controller, DC. DC mestilah wujud secara fizikal dan ia disebut sebagai Sites. Di sinilah Active Directory disimpan dan polisinya dilaksanakan. Apabila wujud banyak Domain dari kelompok yang sama, DC bagi setiap Domain ini akan menyimpan Active Directory yang sama dan proses Active Directory Replication akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan keseragaman maklumat. Selalunya proses ini dijalankan apabila sesuatu Object dicipta, diubah atau dihapuskan.


(diadaptasi dari:
dan
)


TOPIK SETERUSNYA: Bagaimana Mewujudkan Active Directory Di Dalam Windows Server


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Bagaimana Mewujudkan Active Directory Di Dalam Windows Server

(Tajuk Berkaitan: Apa Itu, Maksud, Makna, Erti, Setting Up Active Directory In Windows Server)

Kewujudan Active Directory (Apakah Maksud Active Directory?) telah memudahkan tugas Pentadbir Rangkaian Komputer (english: Computer Network Administrator). Walaubagaimanapun, aspek teknikal dan logikal ketika mewujudkannya perlu diperhatikan dengan teliti agar tidak timbul masalah pengurusan ketika ia dilaksanakan kelak.

Teknikal = Langkah-langkah di dalam proses mewujudkan Active Directory.
Logikal = Susunan Objects dan kaitannya dengan organisasi pemilik Active Directory.

Berikut adalah panduan untuk Pentadbir Rangkaian yang mahu Mewujudkan Active Directory Yang Baru menggunakan Sistem Windows Server 2003. Dengan sedikit pengubahsuaian, panduan ini boleh juga digunapakai untuk Sistem Windows Server 2000 dan Sistem Windows Server 2008.

1. Server ini akan sekaligus menjadi Domain Controller(DC) dan DNS Server. Maka ia akan diberikan Static IP Address.
2. Klik Start/Control Panel/Network Connections. Pilih Network Connection anda.
3. Klik Properties.

4. Klik Internet Protocol (TCP/IP) dan klik Properties.

5. Masukkan Maklumat Static IP Address dan Preferred DNS Server. Pastikan alamat bagi kedua-duanya adalah sama.

6. Klik OK.

7. Tutup tetingkap Internet Protocol (TCP/IP) Properties.

8. Tutup tetingkap Local Area Connection Properties.

9. Klik Start. Klik-Kanan My Computer dan pilih Properties.

10. Klik Computer Name Tab.

11. Klik More Button.

12. Masukkan nama Domain yang dikehendaki pada ruang Primary DNS suffix of this computer.

13. Klik OK.

14. Klik OK. Sahkan untuk Reboot dan klik OK.

15. Klik Yes jika anda ditanya untuk Reboot.





16. Pada Tetingkap Dialog Manage Your Server, pilih Add or Remove a role.

17. Klik Next.


18. Klik DNS Server dan klik Next.

19. Klik Next.

20. Ikut arahan Windows. Sediakan Setup CD.

21. Tunjukkan arah ke folder i386 dan klik OK.


22. Klik Next untuk memulakan DNSWizard.


23. Klik Next untuk mencipta forward lookup zone.

24. Klik Next.


25. Berikan nama zon domain anda. Klik Next.

26. Terima pilihan default.

27. Klik Allow both nonsecure and secure dynamic updates. Klik Next.


28. Tentukan "whether or not this DNS server should forward queries". Jika anda menggunakan ISP untuk mendapatkan khidmat DNS, masukkan DNS Server untuk ISP pada pilihan pertama. Jika tidak, ambil pilihan kedua. Klik Next.

29. Klik Finish.

30. Klik Finish.

Tuesday, February 07, 2012

Pengenalan ASP.net 2.0

(tajuk berkaitan: Apa itu, maksud, makna erti, What is Active Server Pages)

ASP adalah singkatan kepada Active Server Pages, iaitu teknologi penghasilan perisian aplikasi web berdasarkan senibina Pelanggan-Pelayan. (english: Client-Server Architecture).

Maksud Program Development Life Cycle

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Maksud, Makna, Erti, Program Development Life Cycle, Kitaran Hayat Pembangunan Program)


Saya selesai menulis tentang maksud Program Development Life Cycle. Kadang-kadang istilah ini ditukarganti dengan istilah System Development Life Cycle dan Software Development Life Cycle. Meskipun ketiga-tiganya berkait rapat, skop mereka berbeza. (Lihat maksud System, Software dan Program)

Artikel yang saya tulis ini khusus untuk menjelaskan kitaran hayat bagi skop Cmputer Program (melayu:Aturcara Komputer). (Baca Selanjutnya...)