Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, April 29, 2009

Maksud "Hard Disk" atau "Cakera Keras"

"Hard Disk Drive" (atau biasa dipanggil "Hard Disk" atau "Hard Drive") adalah peranti ingatan yang menyimpan kod maklumat digital di atas plat cakera berputar yang mempunyai permukaan bermagnet. Ia diperkenalkan pada tahun 1956 sebagai peranti ingatan untuk komputer perakaunan IBM.

Perlu difahami bahawa setiap mekanisma ingatan akan merangkumi dua bahagian:
1) Media - perkakasan untuk menyimpan kod maklumat.
2) Pemacu atau "Drive" - perkakasan untuk menulis atau membaca ingatan.

Walaubagaimanapun, dalam konteks "Hard Disk", perkakasan ini dibina dan dipasarkan sebagai satu pakej. Dalam kata lain setiap unit "Hard Disk" akan mengandungi media dan pemacunya sendiri (lihat gambar).



Diterjemah dari:

Maksud "Event"

Dalam perkomputeran, "event" adalah tindakan/peristiwa yang berlaku di luar skop program tetapi diuruskan oleh kod yang terdapat di dalam program tersebut. Secara tipikalnya, event berjalan selari dengan aliran program di mana terdapat tempat-tempat khas yang memerlukan tindakbalas antara program dan event. Antara punca tipikal adalah datangnya dari pengguna komputer itu sendiri, contohnya, tindakan menekan butang pada papan kekunci akan mewujudkan "event" yang akan dikesan oleh program dan seterusnya melaksanakan kod-kod tertentu sebagai tindakbalasnya. Program komputer yang mampu menukar sifatnya apabila bertindakbalas dengan event digelar "event-driven" yang selalunya bermatlamat menghasilkan sistem interaktif.

Diterjemahkan dari:
http://en.wikipedia.org/wiki/Event_(computing)

Maksud Multitasking


"Multitasking" bermaksud kaedah di mana pelbagai tugas, atau proses, dijalankan dengan berkongsi sumber pemprosesan yang sama. Bagi komputer yang mempunyai satu CPU, hakikatnya hanya satu tugas sahaja yang dapat dijalankan pada sesuatu masa. Melalui kaedah multitasking, beberapa tugas yang "kononnya" mahu dijalankan serentak akan digilirkan. Olehkerana penggiliran tugas ini berlaku begitu pantas, komputer ini kelihatan seolah-olah melakukan pelbagai tugas serentak dalam satu masa.

Strategi Penggiliran (Scheduling Strategy) terbahagi kepada beberapa kategori:
1) Dalam "Multiprogramming" - tugas akan dilaksana secara berterusan sehinggalah apabila ia tiba ke operasi yang memerlukan "event" luar. Multiprogramming direka untuk memaksimakan penggunaan CPU.

2) Sistem "Time-Sharing" - direka untuk membenarkan beberapa program dilaksanakan secara serentak. Kebiasaannya istilah "Time-Sharing" merujuk kepada sistem komputer menggunakan terminal seperti IBM TSO dan VM/CS

3) Sistem "Real-Time" - merujuk kepada tugas yang menunggu isyarat "event" luar sebelum ia dilaksanakan. Kebiasaannya ia direka untuk mengawal peranti mekanikal seperti robot industri yang memerlukan pemprosesan berdasarkan masa.

Diterjemahkan dari:


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Thursday, April 23, 2009

(FREE) Grubba - Online Database Anda

clientscrm

Grubba adalah 'online database' alternatif kepada MS Access dan Filemake pro. Pilih 'template' atau bina 'form' anda sendiri beserta 'database' yang sesuai. Boleh digunakan oleh pengguna baru atau pengguna mahir.


Wednesday, April 22, 2009

Default password for all TMNet Streamyx supported modem.

Default password for all TMNet Streamyx supported modem.

  1. ZTE modem
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: ADSL
      Password: expert03
    • Username: ZXDSL
      Password: ZXDSL
    • Username: admin
      Password: telekomst
  2. KASDA modem:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: telekomst
  3. ArtNet modem:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: telekomst
    • Username: admin
      Password: admin
    • Username: admin
      Password: password
  4. Triz modem:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: aaaaaaaa
  5. Aztech modem:
    • IP Address: 10.0.0.2 OR 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: blank
    • Username: admin
      Password: password
    • Username: admin
      Password: admin
  6. Billion modem:
  7. Huawei modem:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: admin
  8. Hyundai HSE-220 Modem:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: ADSL
      Password: ADSL
    • Username: admin
      Password: ADSL
    • Username: root
      Password: root
  9. Riger DB102:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: tmadmin
      Password: tmadmin
  10. TP-LINK MODEM / ADSL2 / ROUTER:
    • IP Address: 192.168.1.1
    • Username: admin
      Password: admin