Acer Notebook mempunyai Recovery Partition yang boleh memasang semula Sistem Operasi (Operating System) sebagaimana keadaan asal ketika keluar dari kilang.
1. Jika komputer masih hidup, klik "Start", "Turn Off Computer", dan kemudiannya "Restart". Jika tidak, hidupkannya.
2. Apabila komputer mula "boot" (latarbelakang skrin warna hitam dan keluar logo atau teks pengenalan), tekan Kekunci Fungsi F2 untuk masuk ke BIOS utility.
3. Cari tajuk "Main". Cari tajuk "D2D Recovery". Pastikan status "Enabled".
4. Cari tajuk "Exit". Pilih "Exit saving changes". Keluar dari BIOS utility.
5. Komputer akan "boot" lagi sekali.
6. Tekan "[ALT]+[F10]" serentak. Menu Acer eRecovery Management akan keluar.
7. Ikut arahan pada menu Acer eRecovery Management.
8. Komputer akan diformat semula dan dipasang dengan Sistem Operasi asal. PERHATIAN: LANGKAH INI AKAN MEMADAM SEMUA FAIL SEDIA ADA DI DALAM KOMPUTER TERSEBUT. PASTIKAN ANDA BETUL-BETUL YAKIN BAHAWA ANDA MAHU KOMPUTER INI DIFORMAT SEMULA!
No comments:
Post a Comment