Sebagai contohnya, kita boleh melihat pendekatan terkini membangunkan laman web. Pada masa dahulu, apabila dokumen web dicipta, dokumen ini sarat dengan kod html yang diselitkan pelbagai takrifan struktur, gaya penampilan objek dan skrip aturcara. Pengaturcara html, perekabentuk grafik/multimedia dan pengaturcara skrip pemprosesan bersilih ganti menyunting dokumen yang sama. Akibatnya, dokumen yang terhasil, secara dalamannya, menjadi berserabut dan menyukarkan kerja penyelenggaraan di kemudian hari.
Pada hari ini, kebanyakan projek pembangunan laman web menggunakan pendekatan yang lebih sistematik. Kod HTML hanya digunakan untuk mentakrifkan struktur dokumen. Manakala untuk menggayakan objek, kod CSS (Cascading Style Sheet, Lembaran Gaya Bertindan (?)) digunapakai. Seterusnya, sebahagian besar skrip aturcara diletakkan di luar dari dokumen HTML; skrip dijalankan melalui kaedah include, require, post atau get.
HTML = struktur dokumen
CSS = penggayaan objek dalam dokumen
SKRIP = pemprosesan
Antara skrip yang popular adalah ASP, PHP dan JSP. Masing-masing mempunyai rangkakerja (framework) tersendiri untuk menyokong Senibina ini.
Contohnya,
ASP = .NET Framework
PHP = Yii Framework
JSP = Spring Framework
No comments:
Post a Comment