Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Sunday, August 28, 2016

Kenapakah Ionic Popular?


.
KENAPA IONIC? DI MANAKAH IA DIGUNAKAN?

Ionic adalah sejenis Framework untuk pembangunan aplikasi mobile berdasarkan HTML5 Framework yang mana sasarannya adalah untuk menghasilkan Hybrid Mobile Apps.

Hybrid Mobile Apps bermaksud website kecil yang dijalankan melalui browser shell di dalam Mobile Apps yang mampu mengakses fungsi native sesebuah mobile platform. Hybrid Mobile Apps mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari segi sokongan platform, kepantasan pembangunan dan capaian kepada 3rd party code.

Bayangkan Ionic sebagai satu front-end framework yang menguruskan look-and-feel dan UI interactions yang diperlukan oleh Mobile Apps anda supaya ia menarik. Hal ini seumpama "Bootstrap untuk Native", tetapi pada masa yang sama masih mempunyai sokongan dari berbagai native mobile components, animasi yang lancar dan rekabentuk yang cantik.

Berbeza dengan Responsive Framework, Ionic mempunyai paparan yang sama seperti native-styled mobile UI dan layout. Namun demikian, oleh kerana Ionic masih lagi sejenis HTML5 Framework, ia memerlukan Native Wrapper seperti Cordova atau PhoneGap untuk membolehkan ia berfungsi seperti mana sifat Native Mobile Apps. Pencipta Ionic mengesyorkan pembangun menggunakan Cordova.


KENAPA IONIC DIBINA?

Ionic dibina kerana penciptanya percaya bahawa HTML5 akan mendominasi persekitaran mobile pada suatu hari nanti sepertimana hal yang berlaku pada persekitaran desktop. Apabila komputer desktop mempunyai keupayaan yang tinggi dan teknologi browser semakin maju, hampir setiap orang menghabiskan masanya dengan browser dan pembangun perisian berlumba-lumba membangunkan aplikasi berasaskan Web. Dengan meningkatnya keupayaan mobile technology, smartphones dan tablets, hal yang sama akan berlaku di sini pada suatu hari nanti.

Dengan Ionic, penciptanya mahu membina HTML5 Mobile Development Framework yang memberi tumpuan kepada Native atau Hybrid Apps dan bukan Mobile Websites, kerana pembangunan website kini sudahpun mempunyai tools yang hebat. Maknanya, Ionic tidak dihasratkan untuk dijalankan di dalam mobile browser app seperti Chrome atau Safari sebaliknya di dalam low-level browser shell seperti UIWebView dalam iOS atau WebView dalam Android yang akan dibalut (wrap) oleh teknologi seperti Cordova/PhoneGap.

Penciptanya juga mahukan Ionic menjadi sumber terbuka dengan disokong oleh pembangunan komersil dan terbuka serta menyediakan komuniti yang kuat bagi projek ini. Sudah terdapat beberapa framework sumber terbuka mirip Ionic di pasaran tetapi hakikatnya mereka masih menghendaki pembangun membeli Lesen Komersil untuk meraih semua manfaatnya.

MEMBINA HYBRID APPS DENGAN IONIC

Mereka yang sudah biasa dengan pembangunan akan mendapati struktur ionic mudah. Pada dasarnya, ia adalah web page yang dijalankan di dalam native app shell! Ini bermakna kita akan menggunakan apa sahaja kaedah HTML, CSS dan JavaScript yang kita kehendaki. Bezanya, tanpa membangunkan website kebiasaan, kita membina aplikasi mobile yang tersendiri.

Hampir kebanyakan kod ditulis dalam HTML, JavaScript dan CSS. Jika pembangun berminat, mereka boleh turut melihat native code di dalam Plugin Cordova (tetapi tanpa berbuat demikianpun anda masih boleh menjadi pembangun Ionic yang hebat).

Ionic juga menggunakan AngularJS Framework sebagai terasnya. Walaupun anda boleh mengelak dari menggunakan kod AngilarJS di dalam projek anda, adalah disyorkan ia turut disekalikan kerana ia adalah antara kaedah terbaik bagi membina aplikasi berdasarkan browser pada hari ini.


Artikel ini disesuaikan dari kandungan asal di http://ionicframework.com/docs/guide/preface.html





No comments: