Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, December 06, 2016

Soalan Asas Linux



1. Apakah Linux?

Linux adalah sejenis Sistem Operasi Komputer berdasarkan UNIX yang diperkenalkan oleh Linus Torvalds. Ia berasaskan Linux Kernel, dan boleh dijalankan di atas berbagai pelantar perkakasan (hardware platform) yang dikeluarkan oleh Intel, MIPS, HP, IBM, SPARC dan Motorola.

2. Apakah jenis pengkelasan Sistem Operasi Linux?

Linux adalah sistem operasi yang menyokong Multi User, Multi Tasking, dan menjalankan pelbagai proses yang melaksanakan berbagai tugas serentak.

3. Apakah perbezaan di antara UNIX dan LINUX?

UNIX berasal dari sistem operasi yang dibangunkan oleh Bell Laboratories, yang kemudiannya berkembang menjadi berbagai versi komersil. Manakala Linux pula adalah percuma, sumber terbuka dan disasarkan untuk menjadi sistem kegunaan semua.

4. Apakah kelebihan Sumber Terbuka?

Sumber terbuka membolehkan kita mengedarkan perisian, termasuk kod sumbernya kepada sesiapa sahaja yang berminat. Pembangun perisian boleh menambahkan ciri-cirinya malah boleh memperbetulkan ralat yang terdapat di dalam kod sumber. Dengan itu, ia memberi manfaat kepada komuniti.

5. Apakah komponen asas Linux?

Komponen asas terdiri daripada: kernel, shell dan GUI, utiliti dan aplikasi. Apa yang membezakan Linux berbanding Sistem Operasi yang lan adalah segenap aspeknya mempunyai ciri tambahan dan kesemua kod program boleh dimuat turun secara percuma.

6. Apakah teras Sistem Operasi Linux?

Teras Linux adalah Kernel.

7. Apakah Linux Kernel?

Linux Kernel adalah perisian paras-rendah (low-level) yang berperanan mengawal perkakasan. Ia juga menyediakan antaramuka untuk interaksi manusia-mesin.

8. Apakah Linux Shell?

Linux shell adalah bahasa arahan interpreter yang melaksanakan arahan yang diterima melalui peranti input (keyboard) atau fail. Shell bukan sebahagian dari Kernel Sistem, tetapi ia menggunakan Kernel Sistem untuk menjalankan perisian, mencipta fail dll.

9. Apakah Linux BASH?

BASH adalah akronim untuk Bourne Again SHell. Ia ditulis oleh Steven Bourne sebagai ganti kepada Bourne Shell (yang diwakili oleh /bin/sh). Ia menggabungkan semua ciri yang ada pada Bourne Shell bersama fungsi tambahan yang lebih mudah dan selesa digunakan. Ia telah diterima sebagai default shell bagi sistem yang menjalankan Linux.

10. Apakah Linux Script?

Script adalah koleksi arahan yang disimpan di dalam fail untuk melaksanakan tugas secara automatik.

11. Apakah CLI?

CLI adalah singkatan kepada Command Line Interface. Ia membantu pengguna memberikan arahan kepada komputer melalui teks yang bersifat deklaratif iaitu gabungan perkataan yang boleh dibaca dan difahami secara literal.

12. Apakah contoh Arahan Linux?

Command [options][arguments]

13. Apakah GUI?

GUI, Antaramuka Grafik Pengguna, menggunakan imej dan ikon yang boleh diklik oleh pengguna sebagai cara pengguna berintreaksi dengan komputer. Pengguna tidak perlu mengingati teks arahan sebaliknya mengecam penggunaan grafik atau ikon sebagai simbol mewakili arahan tertentu.

14. Apakah kaedah alternatif kepada pemasangan Linux secara GUI?

Linux juga boleh dipasang secara arahan teks.

15. Terangkan root account.

Root account adalah seperti akaun pentadbir sistem. Ia membolehkan kita mengawal keseluruhan sistem. Melalui akaun ini, akaun pengguna lain akan dicipta. Root account adalah default account apabila Linux dipasang ke sistem komputer.


Diterjemah dari: http://www.learnitguide.net/2015/11/linux-interview-questions-and-answers-for-beginners.html




1 comment:

Unknown said...

Hi There,

I learnt so much in such little time about "Soalan Asas Linux". Even a toddler could become smart reading of your amazing articles.

I'm fairly new to Linux and currently searching for a distro that comes with a few pre installed games, and a nice 3D desktop. So far, no luck. can make a recommendation, please?

THANK YOU!! This saved my butt today, I’m immensely grateful.

Shukran,
Preethi.