Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Wednesday, August 02, 2017

Game Tersembunyi Dalam Chrome Web Browser

Mungkin ada yang belum tahu bahawa ada satu game tersembunyi yang terdapat pada Chrome Web Browser.

Pengguna Chrome Web Browser sudah biasa melihat ikon raksasa T-Rex apabila sambungan Internet tiada atau terputus. Apa yang tidak diketahui oleh sebahagian pengguna adalah raksasa T-Rex ini boleh dihidupkan dan seterusnya boleh dimainkan seperti permainan Mario.

Jadi, apabila sambungan Internet anda terputus nanti, anda boleh cuba bermain dengan T-Rex ini dengan menekan kunci SPACE BAR untuk menghidupkannya dan menggunakan kunci UP ARROW untuk membuatnya melompat mengelak dari terlanggar pokok berduri.

Bagaimana kalau tak sabar menunggu sambungan Internet terputus untuk bermain T-Rex? Alternatifnya, buka browser tab baru (atau tekan CTRL+T) dan masukkan alamat  chrome://dino/ .


Thursday, June 08, 2017

Bagaimanakah mendapatkan khidmat VPN?

Perkhidmatan Virtual Private Network (VPN) membolehkan anda melayari Internet secara tertutup (private) dan tanpa dikenali identiti (anonymous).


Bagaimanakah mendapatkan khidmat VPN?

Perkhidmatan Virtual Private Network (VPN) membolehkan anda melayari Internet secara tertutup (private) dan tanpa dikenali identiti (anonymous). Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak ketiga yang membenarkan anda menggunakan VPN Server mereka sebagai pengantara di antara komputer anda dengan komputer sasaran yang anda mahu hubungi. Melalui kaedah ini perhubungan di antara komputer anda dan VPN Server ini tidak akan dapat dipintas. Oleh itu pengguna Internet yang lain tidak mungkin dapat mengetahui maklumat komputer sasaran anda mahupun maklumat yang dihantar antara satu sama lain.

Antara perkhidmatan VPN yang telah disenaraikan (oleh top5-vpn.com pada June 2017) adalah seperti berikut:


Monday, June 05, 2017

Panduan Daftar Domain Percuma

Apabila bisnes online makin berkembang, anda tentu mahu mempunyai alamat dotcom sendiri.

Panduan Daftar Domain Percuma


Hosting bermaksud perkhidmatan menyimpan dokumen web anda supaya ia boleh diakses melalui sambungan Internet. Apabila anda melanggan perkhidmatan hosting dari sesebuah syarikat, ia bermakna syarikat tersebut akan menyediakan sebahagian ruang simpanan datanya untuk menempatkan dokumen web anda.

Syarikat ini juga akan menyediakan alamat IP (cth: Alamat IP bagi Google adalah 64.233.160.0 ) supaya pengguna Internet boleh mengakses dokumen web anda melalui alamat IP tersebut. Walaubagaimanapun, sebahagian besar pengguna Internet mungkin tidak menggunakan Alamat IP. Sebaliknya mereka menggunakan Domain Name (cth: Domain Name bagi 64.233.160.0 adalah google.com) sebagai alternatif kepada Alamat IP yang agak sukar untuk diingati.

Cuba dahulu sebelum betul-betul miliki dotcom

Seeloknya, sebelum memiliki alamat dotcom sendiri, anda cuba dahulu menggunakan perkhidmatan hosting percuma. Ini akan memberi anda pengalaman dan kemahiran mengendalikan perkhidmatan hosting. Berdasarkan percubaan ini, anda akan dapat menilai samada mampu atau tidak mengendalikan laman dotcom anda kelak.


Salah satu perkhidmatan hosting yang percuma adalah seperti yang ditawarkan oleh www.hostinger.my

Klik pautan ini, https://www.hostinger.my/web-hosting#plans-pricing, dan pilih pakej percuma.




Selepas pendaftaran hosting percuma anda berjaya, anda akan mendapat Alamat SubDomain percuma. Sebagai contohnya, saya telah memilih Alamat SubDomain www.notarazi.esy.es



Jika saya menggunakan Web Browser dan melayari Alamat SubDomain di atas, saya akan dapat melihat dokumen web yang telah tersedia di alamat tersebut.


Panduan Langkah Demi Langkah


Ikuti panduan langkah demi langkah untuk daftar hosting dan subdomain di sini,


Saturday, June 03, 2017

Bagaimana mengkaji minat pembaca

Sehebat mana kita menulis, pembaca belum tentu mahu membaca jika ia bukan topik yang diminatinya. Bagaimana mengkaji minat mereka?

Bagaimana mengkaji minat pembaca

Ada dua jenis kategori pembaca. 

Kategori pertama ialah mereka yang hanya meninjau bahan bacaan sebelum menetapkan apa yang mahu dibacanya. Jika anda biasa berkunjung ke kios yang menjual akhbar, anda tentu biasa melihat pengunjung yang datang membelek-belek tajuk akhbar atau majalah. Sebahagian daripada mereka akhirnya akan membeli akhbar atau majalah tadi manakala sebahagian yang lain berlalu pergi. 

Adakah peniaga akan kerugian jika pengunjung datang membelek dan kemudiannya berlalu pergi? Dalam jangka masa yang panjang, peniaga tidak mungkin rugi kerana ia adalah sebahagian dari aktiviti promosi. Berbagai keywords (kata kunci) telah diserap oleh pengunjung dalam fikirannya dan keywords bersama kios itu akan muncul semula dalam mindanya apabila diperlukan nanti.

Kategori kedua ialah mereka yang sudah ada perkara yang mahu dicarinya. Mereka akan datang berkunjung ke kedai buku dan terus bertanya kepada penjaga kedai tentang tajuk atau topik yang dikehendakinya. Penjaga kedai yang berpengalaman selalunya sudah tahu di mana letaknya bahan yang dicari. Malah mereka mungkin sudah menyimpan koleksi tambahan bagi tajuk atau topik popular yang diminati pelanggan.

Dunia Internet tidak jauh bezanya dengan kedai buku. Kita juga boleh melihat ragam kedua-dua kategori pembaca di sini.



Ada sebahagian pengguna Internet yang mempunyai tabiat meninjau berita atau tajuk terkini setiap masa.  Mereka mungkin akan bermula dengan laman Facebook, portal berita atau hiburan dan sebagainya. Mereka akan meninjau tajuk, gambar, tags dan lain-lain untuk mendapatkan gambaran tentang perkara terkini yang mahu diketahuinya. Ketika inilah, pengamal media sosial akan mengambil peluang mempromosikan bahan masing-masing sehabis baik melalui pemilihan tajuk, gambar dan lain-lain yang boleh mendorong pengguna Internet untuk membacanya.

Ada sebahagian pengguna Internet pula sudahpun mempunyai persoalan yang mahu dicari jawapannya. Mereka terus mengunjungi laman carian seperti Google dan menaip keywords cariannya.

Contohnya seperti dalam gambar di atas.
...belajar buat scaloop
...baju kurung riau pahang tradisional
...buku cara jahit langsir
...cara buat langsir
...cara buat langsir swag
...cara mengukur scallop
...jubah lelaki yang saiz bahu 15 setengah
...macam mana melipat lopor langsir
...scallop untuk pintu

Contoh ini merupakan keywords carian yang dicari oleh pengguna yang membawa mereka melawat salah satu blog saya. Maklumat ini sangat berguna kerana ia memberitahu saya kandungan tulisan saya yang mana satukah yang sebenarnya dicari dan dibaca oleh pengguna Internet. Sebagai seorang penulis, matlamat saya ialah menulis untuk dibaca. Maka, berdasarkan maklumat ini, saya akan mendapat gambaran bagaimana menghasilkan bahan baru yang akan menarik minat mereka.

Setiap Content Management System (CMS) seperti Wordpress, Drupal, Blogger dan sebagainya mempunyai modul laporan sebegini. Selalunyai dipanggil sebagai Statistics atau Stats. Cuba periksa CMS anda dan kaji apa sebenarnya yang dibaca oleh pengguna Internet selama ini.


Contoh Blogger Stats




Contoh Wordpress Stats



Friday, May 05, 2017

Tips Komunikasi Penulisan Berkesan


.

Tips Komunikasi Penulisan Berkesan
Effective Writing Communication Tips

PENYAMPAIAN YANG BERKESAN

Untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan, anda harus menentukan dua perkara berikut iaitu butir maklumat yang jelas dan kaedah yang sesuai dengan penerimaan kumpulan sasaran anda.

FOKUS PADA TUJUAN KOMUNIKASI

Menyampaikan butir maklumat yang jelas adalah sangat kritikal dalam komunikasi. Kerapkali berlaku pihak penerima tidak memahami dengan jelas butir maklumat sebenar. Akibatnya, komunikasi terbantut dan mungkin hubungan anda dan pihak penerima terjejas akibat salah faham ini. Jika anda berniaga, pelanggan mungkin beralih kepada peniaga lain. Jika anda pemimpin, pengikut mungkin mencari pemimpin atau organisasi yang lain. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengelakkan salah faham atau mengganggu emosi pihak penerima. Ingat sepanjang masa bahawa tujuan anda adalah mengajak mereka menerima mesej anda. Kekalkan fokus anda pada tujuan ini.

FIKIR DUA KALI

Senaraikan semua perkara yang anda mahu sampaikan. Mungkin ada 10 perkara yang anda terfikir mahu sampaikan kepada mereka. Kemudian perhatikan setiap perkara ini dan tanya kepada diri sendiri, adakah mereka perlu tahu perkara ini sebelum membuat tindakan atau keputusan? Jika perkara ini tidak diperlukan atau melebihi keperluan, keluarkan ia dari senarai tadi. Akhirnya senarai anda mungkin mengandungi separuh sahaja dari jumlah asalnya. Ia sepatutnya menjadi satu senarai yang padu kerana anda sudah berfikir dua kali (think twice) sebelum menyampaikannya.

KENALPASTI BENTUK RESPON YANG ANDA KEHENDAKI

Apakah tujuan anda berkomunikasi? Adakah untuk menyampaikan maklumat, memberikan arahan, melontarkan pandangan, meminta persetujuan, mengajak bertindak atau menularkan perkhabaran? Sebaiknya, nyatakan hal ini terlebih dahulu supaya penerima dapat menyediakan minda dan emosinya untuk menerima mesej anda. Jika mereka belum bersedia, tangguh dahulu komunikasi ini ke masa lain yang sesuai. Jika anda mahu menerbitkan artikel, pastikan tahap minda dan emosi penerima anda sesuai dengan kandungan anda.

TONA PENULISAN

Tona penulisan bermaksud pemilihan kata-kata yang menggambarkan sikap penulis terhadap perkara yang mahu disampaikan. Perhatikan tajuk berikut:
1) Percutian yang meriangkan (Tona gembira)
2) Melancong sambil melencong (Tona sarkastik)
3) Kembara anak gelandangan (Tona pessimis)
4) Terjah sarang iblis (Tona agresif)
Keempat-empat tajuk di atas memberikan impak emosi yang berbeza kepada penerima. Ia boleh membawa kebaikan atau keburukan dalam komunikasi anda. Mungkin tajuk ini sesuai menyampaikan mesej atau menjadi gimik kepada penyampaian mesej anda. Mungkin ia tidak disukai oleh penerima dan akibatnya mereka menolak untuk membaca mesej anda yang seterusnya. Fokus kepada tujuan anda. Ubah tona jika perlu supaya tujuan anda tercapai.

PEMILIHAN PERKATAAN YANG SESUAI

Pemilihan perkataan yang sesuai boleh membantu anda mencapai objektif komunikasi tanpa perlu bercakap atau menulis panjang. Pilih perkataan yang biasa digunakan oleh kumpulan penerima. Pilih istilah, perkataan pinjaman, laras bahasa dan peribahasa yang boleh difahami oleh mereka. Penggunaan elemen bahasa yang pelik mungkin boleh menjadi gimik tetapi jika ia disalaherti oleh mereka, komunikasi akan terbantut.

KOMBINASI TAJUK, GAMBAR DAN PETIKAN

Deria penerimaan manusia berbeza. Ada yang suka membaca teks sambil menyebutnya. Ada yang mudah terpesona melihat elemen visual. Ada pula yang membaca apabila tersentuh emosinya. Bagaimanakah kita menarik kumpulan yang berbeza ini untuk menerima mesej perbualan atau penulisan kita?
Gabungkan tajuk, gambar dan petikan sebagai permulaan kepada penyampaian komunikasi anda.
Lihat contoh berikut.
TAJUK: Tips Bebas Dari Hutang
GAMBAR: Orang melompat gembira
PETIKAN: “Hutang itu macam hantu! Ayuh lari bebas darinya.”
.

DOWNLOAD

https://www.slideshare.net/notarazi/tips-komunikasi-penulisan-berkesan

Friday, April 28, 2017

9 Nasihat Untuk Java Developer


.
9 NASIHAT UNTUK JAVA DEVELOPER

1) Java Dikatakan "Bad Code". Ia tidak benar. Dengan Java 8, anda boleh menulis "Beautiful Code". Framework dan Language membantu Developer menulis code yang mudah diselenggara dan teguh. Tiada apa yang mahu dimalukan dengan Java kerana ia digunakan oleh syarikat2 dalam senarai Fortune500. Banyak kegunaannnya yang boleh diteroka.

2) Teruskan Belajar. Selagi Java terus digunakan, Java Developer akan selesa. Mereka mungkin akan terasa seperti bekerja di dalam kilang kerana Java mengembang perlahan-lahan. Jangan terperangkap dengan zon selesa. Keluar dari zon ini dan teroka.

3) Terus Berkembang. Pastikan kod-kod anda dikemaskini untuk mengelakkan keluputan. Kongsi tips, teknik dan penemuan dengan komuniti untuk kekal di hadapan.

4) Ikuti Perkembangan Terkini. Ikuti pengumuman di Java One. Tonton video. Guna StackOverflow untuk selesaikan masalah. Ambil manfaat dari perkongsian di dalam komuniti.

6) Jadikan Java Sebagai Kerjaya. Ia mudah dipelajari tetapi mencabar untuk dikuasai. Ambillah masa untuk mempelajarinya dengan betul. Ia ada kelebihan di lapangan tertentu. Cari tempat rujukan dan bimbingan di dalam komuniti.

7) Belajar Kaedah Java Secure Programming. Belajar konsep pertahanan kod dalam Java. Kenalpasti kelemahan sedia ada terutamanya isu SQL Injection. Jangan andaikan Third Party Code sebagai percuma secara mutlak. Kemaskini Code Libraries.

8) Ikut Best Practices. Belajar dari sesiapa sahaja yang mahu membimbing anda.

9) Cari Projek Menarik Dan Kaji. Cari projek, dekonstruk projek dan belajar bagaimana ia dibangunkan. Ia memberikan anda peluang pembelajaran yang lebih bermanfaat dan tidak sekadar kod skrip yang mudah. Bersikaplah dengan lebih terbuka, sentiasa berhubung dan bekerjasama.

Rumusan ini diperolehi hasil soalan tinjauan "What recommendations do you have for developers with regards to Java and the Java ecosystem?" yang ditujukan kepada:

Kehinde Ogunde, Developer, Andela
Eric Shapiro, co-founder and Chief Executive Officer, ArcTouch
Prem Chandrasekaran, V.P. of Software Engineering, Barclaycard
Rajiv Kadayam, Senior Director of Technology Strategy, eGlobalTech
Anders Wallgren, CTO, Electric Cloud
Ray Augé, Senior Software Architect, Liferay
Wayne Citrin, CTO, JNBridge
Kunal Anand, CTO, Prevoty
Tim Jarrett, Director of Product Management, Veracode


Diterjemah dari:
https://dzone.com/articles/developers-and-java?edition=292940

.

Saturday, February 04, 2012

Belajar menulis aturcara komputer secara online (atas-talian)


Anda mungkin tertanya-tanya soalan berikut:

Bolehkah saya belajar menulis aturcara komputer secara online (atas-talian)?

Bolehkah saya belajar menulis aturcara tanpa memasang (install) apa-apa perisian pembangun aplikasi (application development software).

Pada saat blog ini ditulis, jawapannya adalah ya.

Dengan kemajuan perkhidmatan laman web, telah ada tapak web yang menyediakan persekitaran bersepadu (integrated environment) ; semakan kod sintaks (code syntax checking) , penyahpijatan (debugging) dan pelarian aturcara (program running).

Anda boleh berkunjung ke tapak web ideone.com untuk melihat kemudahan ini secara lebih lanjut.

Di sana, anda akan mendapati persekitaran bersepadu yang menawarkan khidmat suntingan aturcara bagi bahasa aturcara berikut:

Ada
Assembler
Assembler
AWK (gawk)
AWK (mawk)
Bash
bc
Brainf**k
C
C#
C++
C++0x
C99 strict
CLIPS
Clojure
COBOL
COBOL 85
Common Lisp (clisp)
D (dmd)
Erlang
F#
Factor
Falcon
Forth
Fortran
Go
Groovy
Haskell
Icon
Intercal
Java
JavaScript (rhino)
JavaScript (spidermonkey)
Lua
Nemerle
Nice
Nimrod
Objective-C
Ocaml
Oz
Pascal (fpc)
Pascal (gpc)
Perl
Perl 6
PHP
Pike
Prolog (gnu)
Prolog (swi)
Python
Python 3
R
Ruby
Scala
Scheme (guile)
Smalltalk
SQL
Tcl
Text
Unlambda
VB.NET
Whitespace

Tentu sahaja bilangan ini lebih daripada memadai untuk membantu anda meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan komputer.