Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, July 07, 2017

Kenapa Yahoo Jatuh?


.
Apabila saya masuk bekerja untuk Yahoo setelah mereka membeli syarikat saya pada tahun 1998, saya rasa seperti berada di tengah dunia. Saya akan jadi tokoh besar. Saya sepatutnya menjadi seperti apa yang Google telah lalui.

Apa silapnya yang sebenar? Masalah Yahoo telah bermula semenjak awal penubuhan syarikat itu lagi. Ia telah kelihatan ketika saya menyertainya pada tahun 1998. Yahoo mempunyai dua masalah yang tidak dihadapi oleh Google; duit mudah (easy money) dan ketidaktentuan (ambivalence) sebagai sebuah syarikat teknologi.

Kali pertama saya bertemu Jerry Yang, kedua-dua kami mempunyai persepsi yang berbeza. Beliau menyangka ia pertemuan untuk menilai sebelum membeli kami. Manakala kami pula menyangka ianya pertemuan untuk menunjukkan teknologi terbaru kami yang dipanggil Revenue Loop.

Revenue Loop ini hampir sama konsepnya dengan algoritma yang digunakan oleh Google.

Jerry seakan tidak peduli pada Revenue Loop. Saya keliru. Adakah saya tidak pandai menerangkannya atau sememangnya Jerry seorang yang tiada perasaan.

Rupanya setelah saya menyertai Yahoo buat beberapa ketika barulah saya tahu bahawa sebab sebenar Yahoo tidak ambil kisah tentang Revenue Loop adalah kerana pelanggan mereka telah membayar caj yang sudah tinggi (overpaying). Jika teknologi Revenue Loop ini digunakan ia akan memberi kesan negatif kepada jualan iklan.

Salah satu lagi hal yang pelik tentang Yahoo adalah mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Media Company". Jika dilihat dari segi tempat kerja, pejabat mereka dipenuhi dengan programmers, product managers dan support people. Tetapi mengapa mereka menggelar diri mereka "Media Company".

Sebab yang pertama, mereka membuat duit dengan menjual iklan.

Sebab yang kedua, mereka cuba mengelak dari bertembung dengan Microsoft. Pada ketika itu Microsoft adalah gergasi teknologi. Microsoft telah memusnahkan Netscape yang cuba menyainginya melalui perlumbaan aplikasi Web Browser. Yahoo tidak mahu dilihat sebagai syarikat teknologi yang akhirnya akan diperangi oleh Microsoft.

Akibat dari anggapan sebagai "Media Company", programmers hanya bekerja untuk menterjemah rekabentuk dan idea dari designers dan product managers. Budaya Hackers atau berfikir "what should we do" digalakkan di Microsoft, Google dan Facebook manakala di Yahoo ia tidak pernah berlaku.

Apabila kualiti programmers menurun, anda memasuki "death spiral" di mana tiada lagi jalan keluar darinya.
.
Diterjemah dan disesuaikan dari tulisan asal http://www.paulgraham.com/yahoo.html

Wednesday, July 05, 2017

Siapa sebenarnya pemilik kereta bersalut emas ini?

Beberapa laman web berita tempatan telah menyertakan pautan berita pemilik misteri kereta bersalut emas yang dilihat di Kuala Lumpur dan London? Benarkah berita ini?





TheMalayMailOnline memaparkan pautan bertajuk 
"The Owner Of These Cars Is The Richest Malaysian..."






Apabila pautan itu diklik, pelayar web akan memaparkan berita "Mystery Kuala Lumpur Gold Supercar Owner Revealed" yang diterbitkan oleh FinanceWatch365.



FinanceWatch365 kata Alex orang Malaysian.





9News.com kata Alex orang Singaporean.




GearHead kata Alex orang British.



villabalisale.com kata Ahmad Sukarno orang Indonesian.



DailyMail kata Turki jutawan orang Saudi Arabian.


SiakapKeli lapor berita jutawan Arab Saudi



Polis Malaysia tahan kereta Lamborghini Aventador dan Rolls Royce milik seorang Dato Seri.




YouTube kata balut aje dengan Gold Wrapper! LOL! :-D



Siapa sebenarnya pemilik kereta bersalut emas ini?
Scammers la kot :-D









Thursday, June 01, 2017

Pernahkah anda dengar "Pemutar Gelisah"?

Seorang remaja mengeluarkan sejenis alat pemutar dan memainkan alat tersebut di hujung jarinya. Seorang pakcik di sebelahnya melihat kehairanan. “Apa benda tu?”
.
Pernahkah anda dengar "Pemutar Gelisah"?
Bunyinya agak pelik kerana itulah terjemahan yang diberikan oleh Google (https://translate.google.com/#en/ms/fidget%20spinner ) buat masa ini terhadap sejenis alat yang diperkenalkan sebagai “Fidget Spinner”. “Fidget Spinner” tiba-tiba menjadi alat permainan popular pada tahun 2017. Toucharchade.com telah membuat perbandingan popularity di antara perkataan “fidget spinner” dan “justin bieber”. Hasilnya, didapati “fidget spinner” telah mengatasi populariti artis tersebut.
Jika anda berkunjung ke kedai alat permainan, besar kemungkinan “Fidget Spinner” ada dijual di sana.

Siapakah pencipta “Fidget Spinner”?

Mengikut Time.com, “Fidget Spinner” dicipta oleh Catherine Hettinger dari Orlando pada tahun 1993 dan kemudiannya mempatenkannya pada tahun 1997. Tujuan asal alat ini dicipta adalah sebagai satu alat permainan yang boleh menenangkan kanak-kanak yang tidak dapat duduk diam. Kemudiannya, beliau mendapati golongan dewasa turut menggemarinya. Beliau berjaya menjual beberapa ribu unit di Florida pada ketika itu.

Tabiat untuk memusingkan sesuatu

Konsep permainan “Fidget Spinner” sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Jika diperhatikan gelagat pelajar suatu ketika dahulu, ada yang gemar memusingkan pen dan buku di jarinya (lihat video di bawah).

Tabiat dalam masyarakat tradisional yang hampir menyamai konsep ini adalah permainan gasing. Walaupun permainan ini sekadar untuk memutarkan gasing dan menunggunya berpusing hingga berhenti, ia menjadi suatu keseronokan apabila pemain dan penontonnya ternanti-nanti bilakah gasing itu akan tamat berpusing.

Adakah tabiat ini bahaya?

Tabiat bermain sesuatu di jari tidak bahaya sekiranya ia dilakukan tanpa mengganggu tumpuan atau kerja yang lain. Ia juga mungkin membantu melegakan rasa gelisah bagi sesetengah orang.
Pada pandangan saya, jika ia boleh mengurangkan ketagihan remaja bermain smartphone atau tablet, apa salahnya bermain “fidget spinner”.
.

Friday, May 05, 2017

Tips Komunikasi Penulisan Berkesan


.

Tips Komunikasi Penulisan Berkesan
Effective Writing Communication Tips

PENYAMPAIAN YANG BERKESAN

Untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan, anda harus menentukan dua perkara berikut iaitu butir maklumat yang jelas dan kaedah yang sesuai dengan penerimaan kumpulan sasaran anda.

FOKUS PADA TUJUAN KOMUNIKASI

Menyampaikan butir maklumat yang jelas adalah sangat kritikal dalam komunikasi. Kerapkali berlaku pihak penerima tidak memahami dengan jelas butir maklumat sebenar. Akibatnya, komunikasi terbantut dan mungkin hubungan anda dan pihak penerima terjejas akibat salah faham ini. Jika anda berniaga, pelanggan mungkin beralih kepada peniaga lain. Jika anda pemimpin, pengikut mungkin mencari pemimpin atau organisasi yang lain. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengelakkan salah faham atau mengganggu emosi pihak penerima. Ingat sepanjang masa bahawa tujuan anda adalah mengajak mereka menerima mesej anda. Kekalkan fokus anda pada tujuan ini.

FIKIR DUA KALI

Senaraikan semua perkara yang anda mahu sampaikan. Mungkin ada 10 perkara yang anda terfikir mahu sampaikan kepada mereka. Kemudian perhatikan setiap perkara ini dan tanya kepada diri sendiri, adakah mereka perlu tahu perkara ini sebelum membuat tindakan atau keputusan? Jika perkara ini tidak diperlukan atau melebihi keperluan, keluarkan ia dari senarai tadi. Akhirnya senarai anda mungkin mengandungi separuh sahaja dari jumlah asalnya. Ia sepatutnya menjadi satu senarai yang padu kerana anda sudah berfikir dua kali (think twice) sebelum menyampaikannya.

KENALPASTI BENTUK RESPON YANG ANDA KEHENDAKI

Apakah tujuan anda berkomunikasi? Adakah untuk menyampaikan maklumat, memberikan arahan, melontarkan pandangan, meminta persetujuan, mengajak bertindak atau menularkan perkhabaran? Sebaiknya, nyatakan hal ini terlebih dahulu supaya penerima dapat menyediakan minda dan emosinya untuk menerima mesej anda. Jika mereka belum bersedia, tangguh dahulu komunikasi ini ke masa lain yang sesuai. Jika anda mahu menerbitkan artikel, pastikan tahap minda dan emosi penerima anda sesuai dengan kandungan anda.

TONA PENULISAN

Tona penulisan bermaksud pemilihan kata-kata yang menggambarkan sikap penulis terhadap perkara yang mahu disampaikan. Perhatikan tajuk berikut:
1) Percutian yang meriangkan (Tona gembira)
2) Melancong sambil melencong (Tona sarkastik)
3) Kembara anak gelandangan (Tona pessimis)
4) Terjah sarang iblis (Tona agresif)
Keempat-empat tajuk di atas memberikan impak emosi yang berbeza kepada penerima. Ia boleh membawa kebaikan atau keburukan dalam komunikasi anda. Mungkin tajuk ini sesuai menyampaikan mesej atau menjadi gimik kepada penyampaian mesej anda. Mungkin ia tidak disukai oleh penerima dan akibatnya mereka menolak untuk membaca mesej anda yang seterusnya. Fokus kepada tujuan anda. Ubah tona jika perlu supaya tujuan anda tercapai.

PEMILIHAN PERKATAAN YANG SESUAI

Pemilihan perkataan yang sesuai boleh membantu anda mencapai objektif komunikasi tanpa perlu bercakap atau menulis panjang. Pilih perkataan yang biasa digunakan oleh kumpulan penerima. Pilih istilah, perkataan pinjaman, laras bahasa dan peribahasa yang boleh difahami oleh mereka. Penggunaan elemen bahasa yang pelik mungkin boleh menjadi gimik tetapi jika ia disalaherti oleh mereka, komunikasi akan terbantut.

KOMBINASI TAJUK, GAMBAR DAN PETIKAN

Deria penerimaan manusia berbeza. Ada yang suka membaca teks sambil menyebutnya. Ada yang mudah terpesona melihat elemen visual. Ada pula yang membaca apabila tersentuh emosinya. Bagaimanakah kita menarik kumpulan yang berbeza ini untuk menerima mesej perbualan atau penulisan kita?
Gabungkan tajuk, gambar dan petikan sebagai permulaan kepada penyampaian komunikasi anda.
Lihat contoh berikut.
TAJUK: Tips Bebas Dari Hutang
GAMBAR: Orang melompat gembira
PETIKAN: “Hutang itu macam hantu! Ayuh lari bebas darinya.”
.

DOWNLOAD

https://www.slideshare.net/notarazi/tips-komunikasi-penulisan-berkesan

Friday, April 28, 2017

9 Nasihat Untuk Java Developer


.
9 NASIHAT UNTUK JAVA DEVELOPER

1) Java Dikatakan "Bad Code". Ia tidak benar. Dengan Java 8, anda boleh menulis "Beautiful Code". Framework dan Language membantu Developer menulis code yang mudah diselenggara dan teguh. Tiada apa yang mahu dimalukan dengan Java kerana ia digunakan oleh syarikat2 dalam senarai Fortune500. Banyak kegunaannnya yang boleh diteroka.

2) Teruskan Belajar. Selagi Java terus digunakan, Java Developer akan selesa. Mereka mungkin akan terasa seperti bekerja di dalam kilang kerana Java mengembang perlahan-lahan. Jangan terperangkap dengan zon selesa. Keluar dari zon ini dan teroka.

3) Terus Berkembang. Pastikan kod-kod anda dikemaskini untuk mengelakkan keluputan. Kongsi tips, teknik dan penemuan dengan komuniti untuk kekal di hadapan.

4) Ikuti Perkembangan Terkini. Ikuti pengumuman di Java One. Tonton video. Guna StackOverflow untuk selesaikan masalah. Ambil manfaat dari perkongsian di dalam komuniti.

6) Jadikan Java Sebagai Kerjaya. Ia mudah dipelajari tetapi mencabar untuk dikuasai. Ambillah masa untuk mempelajarinya dengan betul. Ia ada kelebihan di lapangan tertentu. Cari tempat rujukan dan bimbingan di dalam komuniti.

7) Belajar Kaedah Java Secure Programming. Belajar konsep pertahanan kod dalam Java. Kenalpasti kelemahan sedia ada terutamanya isu SQL Injection. Jangan andaikan Third Party Code sebagai percuma secara mutlak. Kemaskini Code Libraries.

8) Ikut Best Practices. Belajar dari sesiapa sahaja yang mahu membimbing anda.

9) Cari Projek Menarik Dan Kaji. Cari projek, dekonstruk projek dan belajar bagaimana ia dibangunkan. Ia memberikan anda peluang pembelajaran yang lebih bermanfaat dan tidak sekadar kod skrip yang mudah. Bersikaplah dengan lebih terbuka, sentiasa berhubung dan bekerjasama.

Rumusan ini diperolehi hasil soalan tinjauan "What recommendations do you have for developers with regards to Java and the Java ecosystem?" yang ditujukan kepada:

Kehinde Ogunde, Developer, Andela
Eric Shapiro, co-founder and Chief Executive Officer, ArcTouch
Prem Chandrasekaran, V.P. of Software Engineering, Barclaycard
Rajiv Kadayam, Senior Director of Technology Strategy, eGlobalTech
Anders Wallgren, CTO, Electric Cloud
Ray Augé, Senior Software Architect, Liferay
Wayne Citrin, CTO, JNBridge
Kunal Anand, CTO, Prevoty
Tim Jarrett, Director of Product Management, Veracode


Diterjemah dari:
https://dzone.com/articles/developers-and-java?edition=292940

.