Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, August 04, 2009

Laman Web Datin Paduka Seri Rosmah Mansor



Ogos 4, 09 12:26pm

Rosmah lancar laman web peribadi dengan 13 bahasa
kemaskini 3.46pm 
Wanita pertama negara Rosmah Mansor melancarkan laman web peribadinya di alamat Pejabat Perdana Menteri (PMO), dipercayai antaranya untuk menangkis paparan negatif terhadapnya di internet.

Laman webnya di www.pmo.gov.my/datinrosmah memuatkan biodata beliau, berita dan aktiviti bergambar, koleksi teks ucapan, diari, keratan akhbar dan galeri video.

Melalui lama web ini, para pengunjung boleh mengakses beberapa laman web lain pembabitan sosialnya seperti Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Permata Negara, Permata Pintar, Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin (Pemangkin), Yayasan Aids Kebangsaan dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

Dengan laman web Rosmah ini, kali pertama isteri seseorang perdana menteri Malaysia mempunyai seksyen rasmi di laman web Pejabat Perdana Menteri.

Selain dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, laman web itu boleh juga dicapai dalam 11 bahasa utama dunia menggunakan perisian penterjemah automatik di internet.

Laman web yang dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE) PMO itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa, seperti aplikasi interaktif dan maklum
balas, sekiranya terdapat permintaan.

Ketika merasmikan laman web tersebut, Rosmah menyeru pengguna internet supaya bijak menapis maklumat dan tidak mudah
terpengaruh dengan mesej berbau fitnah dan hasutan, laporBernama.

Tambahnya, trend masa kini menunjukkan kemajuan teknologi
maklumat digunakan untuk menyebarkan fitnah dan dakyah.

"Kemajuan teknologi maklumat seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin dan secara bijak untuk dimanfaatkan," beliau dipetik berkata di Putrajaya hari ini. 

Awal Jun lalu, Rosmah menjadi sasaran kempen memburuk-burukkan beliau melalui beberapa klip video dengan menggelarkan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "perempuan puaka" dengan tuduhan-tuduhan berat.

Sebelum itu foto beliau kelihatan bercium pipi dengan bintang filem tersohor Shah Rukh Khan turut disebarkan secara meluas di internet, selain akuan bersumpah dan artikel karya Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Rosmah menafikan pembabitan dengan kes wanita Mongolia itu.

Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor clicking the mouse to launch the web page at Prime Minister Office in Putrajaya Tuesday.

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor has launched her own website for Malaysians to get to know her better in her role and duties as the Prime Minister’s wife.

The website, at www.pmo.gov.my/datinrosmah, includes news, pictures, speeches, newspaper articles and videos.

It is available in Bahasa Malaysia, English and other languages.

Announcing the website, Rosmah urged Malaysians to “filter” the information they get on the Internet and not be “influenced by messages with elements of slander.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/4/nation/20090804113435&sec=nation


Bagaimana menggunakan database

Database amat berguna dalam kerja-kerja mengurus dan mengawal maklumat. Untuk menggunakan database dengan cekap, pengguna perlu memahami gambaran kasar bagaimana database berfungsi.

Terdapat berbagai jenis database; Hirarki, Network dan Relational. Yang popular dan lazim digunakan pada masa sekarang adalah Relational. Kewujudan perisian percuma seperti Linux dan MySQL telah merancakkan lagi penggunaan database di kalangan pengguna Internet.

Maksud Relational adalah database yang mengambil konsep tabular data representation (data disusun dalam bentuk table/jadual, seperti jadual kelas contohnya). Konsep ini bukanlah sesuatu yang asing kepada pengguna komputer di pejabat. Rata-rata pengguna telah biasa menggunakan lampiran kerja MS Excel yang juga berkosepkan tabular data representation.


Di dalam Relational Database, satu table mewakili satu set gabungan data yang membentuk entiti tertentu. Contohnya table 'pelajar' mengandungi lajur yang mewakili ciri-ciri pengenalan pelajar (nama, no ic, alamat, email) dan baris (setiap satu baris mewakili maklumat seorang pelajar berdasarkan ciri-ciri tadi). Satu Relational Database boleh mengandungi banyak table. Contohnya Database bagi Sistem Pendaftaran Pelajar mungkin mengandungi table 'pelajar', 'jurusan', 'kelas' dan sebagainya.

MySQL adalah contoh Relational Database. Dalam sistem database MySQL, satu komputer akan berfungsi sebagai hos dan komputer2 laing yang berhubung dengannya berfungsi sebagai klien.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh mencuba MySQL yang dihoskan secara percuma di http://www.freesql.org/

Pakej perisian MS Office juga mempunyai perisian MS Access yang turut menggunakan konsep Relational Database. Bagaimanapun tujuan asas MS Access adalah untuk pengguna komputer peribadi sahaja. Maka ia tidak direka untuk menampung ramai pengguna dalam sesuatu jaringan komputer.

Walaubagaimanapun sifat MS Access yang mudah dan ramah pengguna menjadikannya popular di kalangan pengguna komputer peribadi dan tidak hairan jika usaha menggabungkan MS Access dan MySQL telah dibuat. Melalui penggunaan perisian pemandu MyODBC, anda boleh menggabungkan MS Access (sebagai Front End) dan MySQL (sebagai Back End).


Maksud Internet



Istilah Internet adalah merujuk kepada Rangkaian Komputer Global (Global connection of computer networks).

Projek Internet sebenarnya bermula seawal tahun 1960an melalui ARPAnet (Advanced Research Project Agency atau Agensi Projek Penyelidikan Termaju), sebuah projek yang mendapat biaya kerajaan US untuk mewujudkan rangkaian komputer di antara empat universiti perintis; Universiti California, Universiti Utah, Universiti California Santa Barbara dan Institut Kajian Stanford (sekarang Universiti Stanford).


Pada tahun 1985, ARPAnet dihubungkan kepada NSFnet (Rangkaian komputer untuk kegunaan kajian sains). Hubungan ini digelar sebagai Internet dan dikatakan sebagai cantuman perkataan Inter dan Network. Rangkaian tersebut terus berkembang dan akronimnya kekal sebagai Internet.

Internet beroperasi menggunakan dua protokol (tatacara komunikasi) utama iaitu TCP dan IP.

TCP maksudnya Transfer Control Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.

IP bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan tersebut.

Secara mudahnya TCP dan IP ibarat Posmen,Surat dan Alamat Rumah. Setiap surat perlu ada nama penerima dan alamatnya. Posmen akan membawa surat melalui apa jua laluan asalkan dapat sampai kepada penerimanya. Jika penerima tidak wujud, posmen akan pulangkan semula surat kepada penghantar atau pejabat pos asalnya.

Topik berkaitan:

Maksud Sistem (System)

Kita lazim mendengar perkataan 'sistem' di dalam perbualan yang berkaitan dengan komputer. Namun seringkali mereka yang mengucapkan perkataan 'sistem' itu sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh perkataan tersebut.

Sistem bermaksud satu himpunan komponen kerja yang saling berkaitan dan bekerjasama untuk mendapai matlamat himpunan mereka.

'System is a collection of components that work together to achieve their common objective'.

Saya gemar memberikan contoh kenderaan untuk memberi kefahaman lanjut pelajar tentang maksud sistem.

Kenderaan contohnya kereta merupakan gabungan komponen tertentu yang membantu membawa manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Secara ringkasnya, ada komponen enjin, komponen tayar, komponen brek, komponen pecutan, komponen gear, komponen lampu, komponen pendingin dan bermacam-macam lagi.

Komponen ini saling bekerjasama, umpamanya apabila pemandu menekan pemacu (accelerator), minyak akan disalurkan ke enjin, enjin akan membakar lebih kuat dan tayar akan bergerak lebih laju. Kesepaduan ini dinamakan 'Goal Congruence'.

Adakalanya sesuatu komponen itu sifatnya melawan sifat komponen yang lain. Contoh yang ketara ialah antara komponen pecutan dan komponen brek. Lazimnya, kaki kita akan menekan salah satu pedal (pecut atau brek) dan bukan kedua-duanya sekali. Apa akan jadi kalau ditekan kedua-duanya sekali? Jadilah 'Goal Conflict'.

Seorang pemandu yang baik tentulah akan memastikan 'Goal Congruence' wujud keseluruhannya. Tanyalah Michael Schumacher bagaimana 'sistem' ini membantunya menjuarai Formula 1.


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Maksud Broadband

Dalam bidang telekomunikasi broadband merujuk kepada kaedah menghantar isyarat menggunakan frekuensi yang bersaiz lebar. Dalam bidang komunikasi data, modem analog yang menggunakan talian telefon berupaya menghantar data 56 kilobit per saat.

Melalui kaedah ADSL (Asynchronous Digital Subscriber Line) contohnya, talian yang sama berupaya membawa data sebesar beberapa megabits per saat.Dalam contoh ini, data telah dipecahkan kepada cebisan-cebisan dan dihantar ke destinasi secara serentak agar kadar pemindahan menjadi lebih effektif. Hasilnya komputer berupaya memindahkan fail bersaiz besar seperti format audio dan video dalam masa yang singkat.