Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label network. Show all posts
Showing posts with label network. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Simple Way Draw Computer Network Diagram



Cara Mudah Melukis Diagram Rangkaian Komputer

Network Notepad Freeware Edition

Network Notepad is a freeware app for creating interactive network diagrams.
  • Runs on Microsoft Windows 9x, NT, 2K, XP, Vista
  • Point-and-Click Telnet/ Browse/ User-definable Network Management.
  • Simple Drag and Drop interface.
  • Open, Text Based File Format.
  • Printing.
  • Linked Diagrams.
  • Flow Charts.
Version 4.6.9 is now available. Download.

Saturday, November 24, 2012

Easy Way To Learn IP Addressing

Cara Mudah Belajar IP Addressing
Cara Mudah Belajar Alamat IP

https://edelivery.oracle.com/EPD/Download/get_form?egroup_aru_number=15213239


http://subnet-calculator.samuraj-cz.com/


http://www.ciscopress.com/articles/article.asp?p=348253&seqNum=6


http://cisco.iphelp.ru/faq/5/ch01lev1sec1.html


http://aftab-tekdad.hubpages.com/hub/ip-tutorial-subnetting


http://www.tcpipguide.com/free/t_IPAddressing.htm


http://www.dslreports.com/faq/8426


https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=https%3A%2F%2Flearningnetwork.cisco.com%2Fservlet%2FJiveServlet%2Fdownload%2F193061-46962%2FSubnetting.pdf&ei=6eawULvOBMXyrQeIloGoCA&usg=AFQjCNEWr0rktU_RwdjCDMB7XCIBwZIYGQ&sig2=vbgUlT0JlGXsXlarWILIkQ






Tuesday, February 28, 2012

Maksud Cross-Platform Network Administrator

Cross Platform merujuk kepada sifat perkakasan dan perisian sistem komputer yang dapat dijalankan di atas pelbagai platform tetapi mengekalkan ciri-cirinya yang serupa. Network Administrator merujuk kepada peranan pentadbir rangkaian komputer. Di dalam konteks Cross Platform Application, Network Administrator perlu tahu keperluan pengguna supaya beliau dapat menyediakan infrastruktur yang berkaitan.

Antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang Network Administrator untuk menyokong Cross Platform Application adalah seperti berikut:

1) Rangkaian komputer.

2) Memasang Windows Server.
Pada ketika ini Windows Server yang telah banyak diuji dan diberi liputan adalah Windows Server 2003.

3) Memasang Linux (Slackware)
Terdapat berbagai Linux Distribution yang boleh dimuatturun dari Internet. Linux Distribution yang dipilih adalah Slackware (Superb Mini Server, SMS) kerana saiznya kecil tetapi aplikasinya padat.

4) Membuat ujian Cross Platform Application.
Ujian Cross Platform Application diadakan untuk memastikan aplikasi seperti Web-based application berjalan tanpa sebarang masalah. Web-based Application kebiasaannya melibatkan application processing server (seperti IIS dan Apache) dan database server (seperti MS SQL dan MySQL). Secara amnya, IIS menyokong bahasa pengaturcaraan ASP dan Apache menyokong bahasa pengaturcaraan PHP. Pengetahuan lanjut di dalam IIS, Apache, ASP, PHP, MS SQL dan MySQL akan memudahkan Cross Platform Network Administrator mengadakan ujian.

Antara ujian yang boleh dijalankan:





Maksud Active Directory

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Maksud, Makna, Erti, Active Directory)

Active Directory
Active Directory adalah pangkalan data khusus (english:special-purpose database) yang menyimpan maklumat kawalan setiap komputer dan peranti yang berada di dalam rangkaian komputer (Microsoft Windows, selepas ini disebut WINDOWS).

Figure 23-2 Domain-based network

Windows Server
Active Directory mula diperkenalkan oleh Microsoft di dalam versi Windows Server 2000. Keupayaannya mengawal dan memelihara aspek keselamatan rangkaian komputer (WINDOWS) menyebabkan ia menerima sambutan yang baik dari kalangan pengguna terutamanya sektor korporat. Semenjak itu, Active Directory terus dipertingkatkan mutunya melalui keluaran Windows Server 2003 dan Windows Server 2008.

Lightweight Directory Access Protocol (LDAP)
Active Directory menggunakan protokol Lightweight Directory Access Protocol (LDAP), iaitu satu protokol yang digunakan bagi mencapai dan menyelenggara perkhidmatan direktori maklumat (english: directory information services) yang tersebar di dalam rangkaian komputer berasaskan Protokol Internet (english: Internet Protocol, IP).

From X500 to LDAP

Object, Attributes, Schema
Struktur dalaman Active Directory berbentuk susunan objek secara hirarki yang boleh dikategorikan mengikut aspek sumber dan keselamatan. Contoh objek di dalam Active Directory termasuklah users, computers, groups, sites, services, printers dan lain-lain. Setiap objek dianggap entiti yang mempunyai sifat atau atribut (english:attribute) tersendiri. Maklumat am Object dan Attributes disimpan oleh Active Directory di dalam bentuk yang dipanggil Schema.


Active Directory Framework
Rangka Kerja (english:Framework) Active Directory dibahagikan mengikut tahap (english:level). Tahap ini dikenali sebagai Forest, Tree dan Domain. Tahap-tahap ini diperkenalkan bersesuaian dengan tahap keselamatan yang diperlukan di setiap peringkat organisasi.




Domain, Tree dan Forest
Domain adalah tahap terendah dalam rangkaian komputer. Ia ditakrifkan menerusi Domain Name Structure, DNS. Tree adalah himpunan Domain manakala Forest adalah himpunanTree. Gabungan ketiga-tiga tahap ini membentuk struktur piramid.


Organizational Unit,OU
Objects yang terdapat dalam rangkaian pada tahap Domain dipecahkan pula mengikut kumpulan Organizational Unit, OU. Menerusi OU inilah, tugas pentadbiran Objectsdilaksanakan. Objects boleh ditadbir mengikut struktur jabatan, struktur geografi atau apa-apa struktur logikal lain yang sesuai. Pentadbiran setiap OU dilaksanakan mengikut Group Policy Objects (GPO) masing-masing.

Sites
Setiap Domain dikawal oleh Domain Controller, DC. DC mestilah wujud secara fizikal dan ia disebut sebagai Sites. Di sinilah Active Directory disimpan dan polisinya dilaksanakan. Apabila wujud banyak Domain dari kelompok yang sama, DC bagi setiap Domain ini akan menyimpan Active Directory yang sama dan proses Active Directory Replication akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan keseragaman maklumat. Selalunya proses ini dijalankan apabila sesuatu Object dicipta, diubah atau dihapuskan.


(diadaptasi dari:
dan
)


TOPIK SETERUSNYA: Bagaimana Mewujudkan Active Directory Di Dalam Windows Server


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Bagaimana Mewujudkan Active Directory Di Dalam Windows Server

(Tajuk Berkaitan: Apa Itu, Maksud, Makna, Erti, Setting Up Active Directory In Windows Server)

Kewujudan Active Directory (Apakah Maksud Active Directory?) telah memudahkan tugas Pentadbir Rangkaian Komputer (english: Computer Network Administrator). Walaubagaimanapun, aspek teknikal dan logikal ketika mewujudkannya perlu diperhatikan dengan teliti agar tidak timbul masalah pengurusan ketika ia dilaksanakan kelak.

Teknikal = Langkah-langkah di dalam proses mewujudkan Active Directory.
Logikal = Susunan Objects dan kaitannya dengan organisasi pemilik Active Directory.

Berikut adalah panduan untuk Pentadbir Rangkaian yang mahu Mewujudkan Active Directory Yang Baru menggunakan Sistem Windows Server 2003. Dengan sedikit pengubahsuaian, panduan ini boleh juga digunapakai untuk Sistem Windows Server 2000 dan Sistem Windows Server 2008.

1. Server ini akan sekaligus menjadi Domain Controller(DC) dan DNS Server. Maka ia akan diberikan Static IP Address.
2. Klik Start/Control Panel/Network Connections. Pilih Network Connection anda.
3. Klik Properties.

4. Klik Internet Protocol (TCP/IP) dan klik Properties.

5. Masukkan Maklumat Static IP Address dan Preferred DNS Server. Pastikan alamat bagi kedua-duanya adalah sama.

6. Klik OK.

7. Tutup tetingkap Internet Protocol (TCP/IP) Properties.

8. Tutup tetingkap Local Area Connection Properties.

9. Klik Start. Klik-Kanan My Computer dan pilih Properties.

10. Klik Computer Name Tab.

11. Klik More Button.

12. Masukkan nama Domain yang dikehendaki pada ruang Primary DNS suffix of this computer.

13. Klik OK.

14. Klik OK. Sahkan untuk Reboot dan klik OK.

15. Klik Yes jika anda ditanya untuk Reboot.





16. Pada Tetingkap Dialog Manage Your Server, pilih Add or Remove a role.

17. Klik Next.


18. Klik DNS Server dan klik Next.

19. Klik Next.

20. Ikut arahan Windows. Sediakan Setup CD.

21. Tunjukkan arah ke folder i386 dan klik OK.


22. Klik Next untuk memulakan DNSWizard.


23. Klik Next untuk mencipta forward lookup zone.

24. Klik Next.


25. Berikan nama zon domain anda. Klik Next.

26. Terima pilihan default.

27. Klik Allow both nonsecure and secure dynamic updates. Klik Next.


28. Tentukan "whether or not this DNS server should forward queries". Jika anda menggunakan ISP untuk mendapatkan khidmat DNS, masukkan DNS Server untuk ISP pada pilihan pertama. Jika tidak, ambil pilihan kedua. Klik Next.

29. Klik Finish.

30. Klik Finish.

Monday, February 13, 2012

Maksud Hub, Switch dan Router

(tajuk berkaitan: Apa itu, makna, maksud, erti, arti, beza, beda Hub, Switch dan Router)

Ketiga-tiga Hub, Switch dan Router kelihatan seakan-akan serupa fizikal dan fungsinya. Kesemuanya dilihat secara fizikal mempunyai port (soket sambungan di mana kabel rangkaian boleh dicucuk padanya). Kesemuanya sering disebut-sebut apabila rangkaian komputer mahu dibina. Adakah mereka serupa?



Hub adalah alat untuk menyambungkan peranti di dalam rangkaian komputer. Hub kebiasaannya digunakan untuk menyambungkan sebahagian segmen daripada rangkaian LAN (Local Area Network). Apabila isyarat paket data (english:data packet) tiba pada satu port, isyarat ini akan disalin ke port-port yang lain agar semua port menerima isyarat ini. Walaupun semua port menerima isyarat ini, hanya port yang bersambung dengan peranti destinasi data sahaja yang akan menerima dan menghantar isyarat ini ke destinasi tersebut.


Sifat hub yang mengulangi isyarat ke semua port menjadikan ia tidak cekap kerana hal ini akan mengakibatkan laluan data menjadi sesak.



Switch adalah alat yang boleh menapis (english:filter) dan menghantar (english:forward) isyarat paket data di antara segmen rangkaian LAN. Switch beroperasi pada lapisan hubungan data paras 2 (english:data link level, layer2) dan adakalanya pada lapisan rangkaian paras 3 (english:network level, layer 3) di dalam Model OSI (Open Standard Interconnectivity). Rangkaian LAN yang menggunakan switch dipanggil Switched LAN atau (jika rangkaian ini berdasarkan Rangkaian Ethernet) disebut juga EThernet LAN.


Switch lebih cekap berbanding Hub kerana ia tidak mengulangi isyarat ke semua port. Sebaliknya ia memilih port destinasi sahaja dan menghantar isyarat data ke destinasi melalui port tersebut.

Router adalah alat yang menghantar (english:forward) paket data di antara rangkaian komputer. Router disambungkan sekurang-kurangnya pada dua rangkaian, kebiasaannya di antara LAN-LAN, atau LAN-WAN atau LAN-ISP. Router Rangkaian terletak pada Gerbang Rangkaian (english:Network Gateway) iaitu tempat di mana dua rangkaian berhubung. Router mempunyai senarai rujukan headers dan forwarding untuk menentukan laluan isyarat paket data yang diterimanya.


Pada hari ini kebanyakan Router dilengkapkan fungsi serbaguna. Ia mengandungi fungsi Switch dan fungsi-fungsi yang lain seperti Network Address Translator (NAT), Dynamic Host Configuration (DHCP) server, Domain Name Service (DNS) proxy server dan Hardware Firewall.

Ringkasnya, sebagai pilihan yang mudah, pembina rangkaian biasanya memilih samada kombinasi Router-Switch atau Router yang dilengkapkan dengan Switch.

sumber: http://ask-leo.com/whats_the_difference_between_a_hub_a_switch_and_a_router.html


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

Maksud Communication Channel

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Maksud, Makna, Erti Communication Channel, Saluran Komunikasi)

Communication Channel (melayu:Saluran Komunikasi) bermaksud medium saluran yang dilalui data semasa ia dipindahkan di dalam rangkaian komputer.

Maksud Network Topology

(Tajuk berkaitan: APa itu, Makna, Maksud, Erti, Network Topology, Topologi Rangkaian)

Network Topology (melayu:topologi rangkaian) bermaksud corak susunatur (english:layout pattern) pelbagai elemen yang terdapat di dalam rangkaian komputer. Topologi boleh bersifat logikal atau fizikal. Topologi Logikal berkaitan dengan pemindahan data secara logikal manakala Topologi Fizikal berkaitan dengan rekabentuk fizikal rangkaian termasuklah lokasi dan pemasangan peranti dan kabel.


Antara contoh topologi adalah:
  • Bus
  • Ring
  • Mesh
  • Star
  • Fully Connected
  • Line
  • Tree
  • Line


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.



Maksud Communication Protocol

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Communication Protokol, Protokol Komunikasi)

Communication Protokol (melayu: Protokol Komunikasi) bermaksud sistem, peraturan atau format pertukaran mesej di antara mesin di dalam rangkaian komputer. Protokol biasanya meliputi isyarat, pengesahan dan pengesanan ralat. Protokol boleh membabitkan samada perisian atau perkakasan.

Antara protokol utama yang terdapat di dalam hubungan Internet:
  • Transmission Control Protocol (TCP)
  • User Datagram Protocol (UDP)
  • Internet Control Message Protocol (ICMP)
  • Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
  • Post Office Protocol (POP3)
  • File Transfer Protocol (FTP)
  • Internet Message Access Protocol (IMAP)


Maksud Communication Media

(Tajuk berkaitan: Apa Itu, Maksud, Makna, Erti Communication Media, Media Komunikasi)

Communication Media (melayu:Media Komunikasi) bermaksud saluran, peralatan atau perkakasan yang digunakan untuk pemindahan atau simpanan data khususnya di dalam Rangkaian Komputer (english: Computer Networks).

Pada hari ini Media Komunikasi secara mudahnya boleh dibahagikan kepada dua kategori; wayar atau wayarles (english: wired or wireless).

Teknologi popular yang digunakan bagi kategori wayar adalah ethernet. Manakala teknologi popular bagi kategori wayarles adalah Bluetooth, Wifi (Wireless Fidelity) dan WiMAX (Worldwide Interoperability for Microwave Access).




Maksud Computer Network

(tajuk berkaitan: Apa Itu, Maksud, Makna, Erti Computer Network, Rangkaian, Jaringan Komputer)

Computer Network (melayu:Rangkaian Komputer) bermaksud himpunan (english:collection) mesin komputer yang saling berinteraksi melalui saluran komunikasi (english:Communication Channel) yang membolehkan setiap mesin menghantar dan menerima maklumat.

Rangkaian ini boleh dikelaskan mengikut pelbagai ciri. Antaranya mengikut jenis medium pembawa data, protokol komunikasi yang digunakan, skala rangkaian, topologi rangkaian dan skop organisasi di mana rangkaian ini berfungsi.

Bidang ini secara amnya membabitkan pengetahuan di dalam bidang kejuruteraan elektrik, telekomunikasi, sains komputer, teknologi maklumat dan kejuruteraan komputer kerana pengetahuan di dalam setiap bidang ini membentuk teori dan praktis bagi rangkaian komputer.



Contoh Rangkaian Komputer (Computer Network) ringkas yang terdapat di kebanyakan pejabat atau rumah pada hari ini