Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, February 28, 2012

Maksud Active Directory

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Maksud, Makna, Erti, Active Directory)

Active Directory
Active Directory adalah pangkalan data khusus (english:special-purpose database) yang menyimpan maklumat kawalan setiap komputer dan peranti yang berada di dalam rangkaian komputer (Microsoft Windows, selepas ini disebut WINDOWS).

Figure 23-2 Domain-based network

Windows Server
Active Directory mula diperkenalkan oleh Microsoft di dalam versi Windows Server 2000. Keupayaannya mengawal dan memelihara aspek keselamatan rangkaian komputer (WINDOWS) menyebabkan ia menerima sambutan yang baik dari kalangan pengguna terutamanya sektor korporat. Semenjak itu, Active Directory terus dipertingkatkan mutunya melalui keluaran Windows Server 2003 dan Windows Server 2008.

Lightweight Directory Access Protocol (LDAP)
Active Directory menggunakan protokol Lightweight Directory Access Protocol (LDAP), iaitu satu protokol yang digunakan bagi mencapai dan menyelenggara perkhidmatan direktori maklumat (english: directory information services) yang tersebar di dalam rangkaian komputer berasaskan Protokol Internet (english: Internet Protocol, IP).

From X500 to LDAP

Object, Attributes, Schema
Struktur dalaman Active Directory berbentuk susunan objek secara hirarki yang boleh dikategorikan mengikut aspek sumber dan keselamatan. Contoh objek di dalam Active Directory termasuklah users, computers, groups, sites, services, printers dan lain-lain. Setiap objek dianggap entiti yang mempunyai sifat atau atribut (english:attribute) tersendiri. Maklumat am Object dan Attributes disimpan oleh Active Directory di dalam bentuk yang dipanggil Schema.


Active Directory Framework
Rangka Kerja (english:Framework) Active Directory dibahagikan mengikut tahap (english:level). Tahap ini dikenali sebagai Forest, Tree dan Domain. Tahap-tahap ini diperkenalkan bersesuaian dengan tahap keselamatan yang diperlukan di setiap peringkat organisasi.




Domain, Tree dan Forest
Domain adalah tahap terendah dalam rangkaian komputer. Ia ditakrifkan menerusi Domain Name Structure, DNS. Tree adalah himpunan Domain manakala Forest adalah himpunanTree. Gabungan ketiga-tiga tahap ini membentuk struktur piramid.


Organizational Unit,OU
Objects yang terdapat dalam rangkaian pada tahap Domain dipecahkan pula mengikut kumpulan Organizational Unit, OU. Menerusi OU inilah, tugas pentadbiran Objectsdilaksanakan. Objects boleh ditadbir mengikut struktur jabatan, struktur geografi atau apa-apa struktur logikal lain yang sesuai. Pentadbiran setiap OU dilaksanakan mengikut Group Policy Objects (GPO) masing-masing.

Sites
Setiap Domain dikawal oleh Domain Controller, DC. DC mestilah wujud secara fizikal dan ia disebut sebagai Sites. Di sinilah Active Directory disimpan dan polisinya dilaksanakan. Apabila wujud banyak Domain dari kelompok yang sama, DC bagi setiap Domain ini akan menyimpan Active Directory yang sama dan proses Active Directory Replication akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan keseragaman maklumat. Selalunya proses ini dijalankan apabila sesuatu Object dicipta, diubah atau dihapuskan.


(diadaptasi dari:
dan
)


TOPIK SETERUSNYA: Bagaimana Mewujudkan Active Directory Di Dalam Windows Server


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

1 comment:

Unknown said...

find more details about active directory Powershell scripting here on
http://www.powershelltutorial.net