Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Friday, April 28, 2017

9 Nasihat Untuk Java Developer


.
9 NASIHAT UNTUK JAVA DEVELOPER

1) Java Dikatakan "Bad Code". Ia tidak benar. Dengan Java 8, anda boleh menulis "Beautiful Code". Framework dan Language membantu Developer menulis code yang mudah diselenggara dan teguh. Tiada apa yang mahu dimalukan dengan Java kerana ia digunakan oleh syarikat2 dalam senarai Fortune500. Banyak kegunaannnya yang boleh diteroka.

2) Teruskan Belajar. Selagi Java terus digunakan, Java Developer akan selesa. Mereka mungkin akan terasa seperti bekerja di dalam kilang kerana Java mengembang perlahan-lahan. Jangan terperangkap dengan zon selesa. Keluar dari zon ini dan teroka.

3) Terus Berkembang. Pastikan kod-kod anda dikemaskini untuk mengelakkan keluputan. Kongsi tips, teknik dan penemuan dengan komuniti untuk kekal di hadapan.

4) Ikuti Perkembangan Terkini. Ikuti pengumuman di Java One. Tonton video. Guna StackOverflow untuk selesaikan masalah. Ambil manfaat dari perkongsian di dalam komuniti.

6) Jadikan Java Sebagai Kerjaya. Ia mudah dipelajari tetapi mencabar untuk dikuasai. Ambillah masa untuk mempelajarinya dengan betul. Ia ada kelebihan di lapangan tertentu. Cari tempat rujukan dan bimbingan di dalam komuniti.

7) Belajar Kaedah Java Secure Programming. Belajar konsep pertahanan kod dalam Java. Kenalpasti kelemahan sedia ada terutamanya isu SQL Injection. Jangan andaikan Third Party Code sebagai percuma secara mutlak. Kemaskini Code Libraries.

8) Ikut Best Practices. Belajar dari sesiapa sahaja yang mahu membimbing anda.

9) Cari Projek Menarik Dan Kaji. Cari projek, dekonstruk projek dan belajar bagaimana ia dibangunkan. Ia memberikan anda peluang pembelajaran yang lebih bermanfaat dan tidak sekadar kod skrip yang mudah. Bersikaplah dengan lebih terbuka, sentiasa berhubung dan bekerjasama.

Rumusan ini diperolehi hasil soalan tinjauan "What recommendations do you have for developers with regards to Java and the Java ecosystem?" yang ditujukan kepada:

Kehinde Ogunde, Developer, Andela
Eric Shapiro, co-founder and Chief Executive Officer, ArcTouch
Prem Chandrasekaran, V.P. of Software Engineering, Barclaycard
Rajiv Kadayam, Senior Director of Technology Strategy, eGlobalTech
Anders Wallgren, CTO, Electric Cloud
Ray Augé, Senior Software Architect, Liferay
Wayne Citrin, CTO, JNBridge
Kunal Anand, CTO, Prevoty
Tim Jarrett, Director of Product Management, Veracode


Diterjemah dari:
https://dzone.com/articles/developers-and-java?edition=292940

.

Friday, December 09, 2016

Maksud Linux Kernel



Secara literal, kernel bermaksud bahagian dalam buah bercengkerang seperti buah kelapa sawit. Isinya lembut dan sedikit sahaja tapi di situlah letaknya nilai buah tersebut.

Demikian juga halnya dengan Linux Kernel. Ia adalah bahagian perisian (software) teras yang menjadi perantara di antara mesin komputer dan perisian pengguna yang lain. Sebagai contohnya, pakej Red Hat Linux yang bersaiz sebesar 2.5++ GB sebenarnya mengandungi 47MB sahaja perisian Linux Kernel iaitu kira-kira 2% dari keseluruhan pakej tersebut.  Selebihnya adalah perisian tambahan yang dikenali sebagai perisian pengguna.



Gambarajah di atas menunjukkan peranan Linux Kernel di dalam sistem komputer. Linux Kernel menyediakan khidmat menghubungkan perisian pengguna dengan peranti komputer melalui pintu masuk yang dipanggil System Call

Dari perspektif pengaturcara, System Call kelihatan seperti Function Call sahaja. Namun realitinya ia berbeza sama sekali kerana System Call melibatkan peralihan dari ruang pengguna (user space) kepada ruang kernel (kernel space). Perisian yang membuat System Call tidak perlu mengetahui bagaimana isyarat dihantar kepada atau diterima daripada peranti. Sebaliknya adalah memadai bagi perisian pengguna menggunakan arahan System Call yang disediakan oleh Linux Kernel. Konsep abstraction ini dikenali sebagai Linux Virtual Machine.

Linux Kernel juga bersifat modular; modul boleh ditambah atau dibuang secara dinamik. Hal ini membolehkan saiz Linux Kernel diminimakan dan ia boleh menerima/membuang modul tanpa perlu dihidupkan semula atau reboot.



Terdapat beberapa bentuk nama fail Linux Kernel seperti ditunjukkan di atas. Gambar di atas menunjukkan nama fail Linux Kernel ie vmlinuz; vm membawa maksud virtual memory dan z membawa maksud ianya adalah sejenis compressed format.

Thursday, December 08, 2016

Maksud Linux Initial Ram Disk (initrd)


Linux Initial RAM disk (initrd) adalah akar sistem fail permulaan (inital root file system) yang dipasang (mounted) ke dalam memori komputer untuk digunakan dalam First-stage Boot Loader. initrd mengandungi set minimal File Directory dan Executable yang diperlukan bagi menjalankan proses boot.

Setelah proses boot selesai initrd mungkin akan terus berjalan atau tamat bergantung kepada sistem yang menjadi host. Jika sistem ini dijalankan di dalam Desktop atau Server, peranan initrd adalah sekadar menghubungkan kepada root file system yang sebenar. Ia akan berhenti sebaik sahaja root file system dijalankan. Walaubagaimanapun, jika sistem ini djalankan di dalam embedded system yang tidak mempunyai storan, initrd akan terus berjalan sehingga sistem itu dimatikan.

Disesuaikan dari: https://www.ibm.com/developerworks/library/l-initrd/

Maksud Linux Boot Process (bootstrapping)


Bootstrapping bermaksud menghidupkan mesin komputer. Pada zaman dahulu, ia melibatkan proses mekanikal iaitu memasukkan kertas tape yang mengandungi arahan komputer. Sebaliknya, pada masa kini, kaedah bootstrapping banyak melibatkan proses elektronik.

Apabila sistem komputer dihidupkan buat pertama kali atau sesudah reset, ia akan mencari kod permulaan arahan di tempat tertentu yang telah diketahui. Contohnya, memori Basic Input/Output System (BIOS) iaitu memori yang tersimpan di dalam Flash Memory di atas Motherboard. Dari sini proses boot terbahagi kepada dua peringkat iaitu First-stage Boot Loader dan Second-stage Boot Loader. BIOS akan memindahkan First-stage Boot Loader ke RAM dan menjalankannya. First-stage Boot Loader pula kemudiannya akan memanggil Second-stage Boot Loader. Saiznya kurang daripada 512 bytes.

Apabila Second-stage Boot Loader, ia akan memaparkan splash screen dan Linux bersama Initial RAM Disk, initrd (sejenis sistem fail sementara) akan dipindah masuk ke dalam memori. Setelah kedua-duanya selesai dipindahmasuk, Second-stage Boot Loader akan menyerahkan kawalan kepada Kernel Image. Second-stage Boot Loader juga akan mengenalpasti hardware devices, memasang root device, dan memindahmasuk kernel modules. Apabila proses ini selesai, program pertama user-space (init) akan dijalankan dan high-level system akan di mulakan.

Disesuaikan dari: http://www.ibm.com/developerworks/library/l-linuxboot/






Tuesday, December 06, 2016

Soalan Asas Linux



1. Apakah Linux?

Linux adalah sejenis Sistem Operasi Komputer berdasarkan UNIX yang diperkenalkan oleh Linus Torvalds. Ia berasaskan Linux Kernel, dan boleh dijalankan di atas berbagai pelantar perkakasan (hardware platform) yang dikeluarkan oleh Intel, MIPS, HP, IBM, SPARC dan Motorola.

2. Apakah jenis pengkelasan Sistem Operasi Linux?

Linux adalah sistem operasi yang menyokong Multi User, Multi Tasking, dan menjalankan pelbagai proses yang melaksanakan berbagai tugas serentak.

3. Apakah perbezaan di antara UNIX dan LINUX?

UNIX berasal dari sistem operasi yang dibangunkan oleh Bell Laboratories, yang kemudiannya berkembang menjadi berbagai versi komersil. Manakala Linux pula adalah percuma, sumber terbuka dan disasarkan untuk menjadi sistem kegunaan semua.

4. Apakah kelebihan Sumber Terbuka?

Sumber terbuka membolehkan kita mengedarkan perisian, termasuk kod sumbernya kepada sesiapa sahaja yang berminat. Pembangun perisian boleh menambahkan ciri-cirinya malah boleh memperbetulkan ralat yang terdapat di dalam kod sumber. Dengan itu, ia memberi manfaat kepada komuniti.

5. Apakah komponen asas Linux?

Komponen asas terdiri daripada: kernel, shell dan GUI, utiliti dan aplikasi. Apa yang membezakan Linux berbanding Sistem Operasi yang lan adalah segenap aspeknya mempunyai ciri tambahan dan kesemua kod program boleh dimuat turun secara percuma.

6. Apakah teras Sistem Operasi Linux?

Teras Linux adalah Kernel.

7. Apakah Linux Kernel?

Linux Kernel adalah perisian paras-rendah (low-level) yang berperanan mengawal perkakasan. Ia juga menyediakan antaramuka untuk interaksi manusia-mesin.

8. Apakah Linux Shell?

Linux shell adalah bahasa arahan interpreter yang melaksanakan arahan yang diterima melalui peranti input (keyboard) atau fail. Shell bukan sebahagian dari Kernel Sistem, tetapi ia menggunakan Kernel Sistem untuk menjalankan perisian, mencipta fail dll.

9. Apakah Linux BASH?

BASH adalah akronim untuk Bourne Again SHell. Ia ditulis oleh Steven Bourne sebagai ganti kepada Bourne Shell (yang diwakili oleh /bin/sh). Ia menggabungkan semua ciri yang ada pada Bourne Shell bersama fungsi tambahan yang lebih mudah dan selesa digunakan. Ia telah diterima sebagai default shell bagi sistem yang menjalankan Linux.

10. Apakah Linux Script?

Script adalah koleksi arahan yang disimpan di dalam fail untuk melaksanakan tugas secara automatik.

11. Apakah CLI?

CLI adalah singkatan kepada Command Line Interface. Ia membantu pengguna memberikan arahan kepada komputer melalui teks yang bersifat deklaratif iaitu gabungan perkataan yang boleh dibaca dan difahami secara literal.

12. Apakah contoh Arahan Linux?

Command [options][arguments]

13. Apakah GUI?

GUI, Antaramuka Grafik Pengguna, menggunakan imej dan ikon yang boleh diklik oleh pengguna sebagai cara pengguna berintreaksi dengan komputer. Pengguna tidak perlu mengingati teks arahan sebaliknya mengecam penggunaan grafik atau ikon sebagai simbol mewakili arahan tertentu.

14. Apakah kaedah alternatif kepada pemasangan Linux secara GUI?

Linux juga boleh dipasang secara arahan teks.

15. Terangkan root account.

Root account adalah seperti akaun pentadbir sistem. Ia membolehkan kita mengawal keseluruhan sistem. Melalui akaun ini, akaun pengguna lain akan dicipta. Root account adalah default account apabila Linux dipasang ke sistem komputer.


Diterjemah dari: http://www.learnitguide.net/2015/11/linux-interview-questions-and-answers-for-beginners.html