Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, June 02, 2009

30 May - 28 Jun : IT Mega Sale @ Mines

20090530-it-mega-sale-mines2

 

30 May to 28 June 2009

IT Mega Sale @ Mines

Best Bargains in Town!

 

IT MEga Sale

Level 4 Centre Court

10am to 10pm

 

Events Happening

Lucky Draw

RM1 Bid

RM1 Great Deal

Free Thumb Drive Giveaway

Challenger Search & Win

and more

 

Location (Tel 603 8949 6333)

Mines Shopping Fair

Jalan Dulang

Mines Resort City

43300 Seri Kembangan

Selangor

Malaysia

Wednesday, May 13, 2009

Malwarebytes musnahkan Perisian Perosak

Malwarebytes

Destroying malware, one byte at a time

http://www.malwarebytes.org/affiliates/g2g/page/download-mbam.php

Perisian Perisik ewtaxv


Perisian Perisik "ewtaxv" mengandungi dua file yang disimpan di dalam direktori "c:\windows\system32\" iaitu:
1) ewtaxv.dll 
2) ewtaxv.key

Program ewtaxv.dll berfungsi untuk merisik aktiviti pengguna komputer terutamanya input yang diterima melalui papan kekunci. Maklumat ini seterusnya disimpan di dalam fail ewtaxv.key.

Untuk membolehkan Program ewtaxv.dll dijalankan serentak dengan Windows, catatan telah dibuat di dalam Windows Registry. Dengan itu program ini berjalan secara tersembunyi sambil menyediakan laporan untuk dihantar kepada perisik yang berkaitan.

Program ini mungkin menukar namanya kepada nama yang lain dan menyukarkan pengguna mencarinya.

Salah satu cara memastikan komputer anda tidak dijangkiti perisian perosak seperti program ini adalah dengan menggunakan Perisian Pengimbas percuma daripada Microsoft.



Wednesday, May 06, 2009

Maksud Computer Software (Perisian Komputer)


(tajuk berkaitan: maksud perisian komputer, maksud computer software, erti perisian komputer, apa itu perisian komputer)

Software (atau "computer program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin komputer.

Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari komponen hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti berikut:

1) Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software)
Perisian ini berkaitan dengan pengendalian mesin komputer. Bermula dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah ia dimatikan, perisian ini bertanggungjawab menyelaraskan perjalanan sistem mesin komputer tersebut. (Baca selanjutnya)

2) Perisian Aplikasi
Perisian ini membantu pengguna akhir komputer melaksanakan tugasan penggunaan (application) yang khusus. (Baca selanjutnya)

3) Pembangunan Aplikasi
Perisian ini membantu pembangun perisian menjalankan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod perisian, penyemakan kod dan penyahpijat dan lain-lain.


Wednesday, April 29, 2009

Maksud "Hard Disk" atau "Cakera Keras"

"Hard Disk Drive" (atau biasa dipanggil "Hard Disk" atau "Hard Drive") adalah peranti ingatan yang menyimpan kod maklumat digital di atas plat cakera berputar yang mempunyai permukaan bermagnet. Ia diperkenalkan pada tahun 1956 sebagai peranti ingatan untuk komputer perakaunan IBM.

Perlu difahami bahawa setiap mekanisma ingatan akan merangkumi dua bahagian:
1) Media - perkakasan untuk menyimpan kod maklumat.
2) Pemacu atau "Drive" - perkakasan untuk menulis atau membaca ingatan.

Walaubagaimanapun, dalam konteks "Hard Disk", perkakasan ini dibina dan dipasarkan sebagai satu pakej. Dalam kata lain setiap unit "Hard Disk" akan mengandungi media dan pemacunya sendiri (lihat gambar).



Diterjemah dari: