Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, January 11, 2012

Maksud Computer Program

Computer Program (juga disebut "Computer Software") dipanggil Aturcara Komputer (atau Perisian Komputer) dalam bahasa Melayu.

Aturcara Komputer merujuk kepada jujukan (sequence) arahan yang diberikan kepada mesin komputer untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki pengguna. Kewujudan Aturcara Komputer sangat mustahak; tanpanya mesin komputer tidak dapat beroperasi atau tidak dapat memproses maklumat sebagaimana yang dikehendaki pengguna.

Aturcara Komputer disimpan di dalam memori komputer dalam bentuk kod mesin (Machine Code). Apabila Aturcara Komputer dilaksanakan oleh Mesin Komputer, Unit Kawalan Komputer (Control Unit) akan membaca kandungan aturcara, mentafsirkannya, mencapai data yang berkaitan dan menjalankan operasi pemprosesan data yang dikehendaki. Kod Mesin hanya difahami oleh Mesin Komputer sahaja maka adalah rumit untuk menulis kod secara langsung ke dalam bentuk Kod Mesin. Untuk memudahkannya, kaedah pengaturcaraan masakini menggunakan Bahasa Tinggi yang berbentuk gabungan perkataan dalam bahasa pertuturan (Kebanyakannya dipinjam dari perkataan Bahasa Inggeris).



Topik berkaitan:

No comments: