Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Thursday, June 08, 2017

Bagaimanakah mendapatkan khidmat VPN?

Perkhidmatan Virtual Private Network (VPN) membolehkan anda melayari Internet secara tertutup (private) dan tanpa dikenali identiti (anonymous).


Bagaimanakah mendapatkan khidmat VPN?

Perkhidmatan Virtual Private Network (VPN) membolehkan anda melayari Internet secara tertutup (private) dan tanpa dikenali identiti (anonymous). Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak ketiga yang membenarkan anda menggunakan VPN Server mereka sebagai pengantara di antara komputer anda dengan komputer sasaran yang anda mahu hubungi. Melalui kaedah ini perhubungan di antara komputer anda dan VPN Server ini tidak akan dapat dipintas. Oleh itu pengguna Internet yang lain tidak mungkin dapat mengetahui maklumat komputer sasaran anda mahupun maklumat yang dihantar antara satu sama lain.

Antara perkhidmatan VPN yang telah disenaraikan (oleh top5-vpn.com pada June 2017) adalah seperti berikut:


Apakah maksud Virtual Private Network (VPN)?

VPN merahsiakan maklumat perhubungan pengguna ketika menggunakan sambungan awam seperti Internet.

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, VPN, Virtual Private Network, TOR)
Apakah maksud Virtual Private Network (VPN)?

Virtual Private Network (Rangkaian Tertutup Maya) ialah sejenis rangkaian komputer yang menyambungkan sesebuah komputer/rangkaian dengan komputer/rangkaian yang lain melalui sambungan Internet secara tertutup. Komputer/rangkaian yang berhubung melalui VPN akan dilindungi dengan mekanisma keselamatan seperti data encryption. Data yang dihantar melalui rangkaian ini tidak boleh dipintas. Oleh itu VPN merupakan satu pilihan bagi organisasi atau individu yang mahu merahsiakan maklumat perhubungan mereka ketika menggunakan sambungan awam seperti Internet.

Monday, June 05, 2017

Panduan Daftar Domain Percuma

Apabila bisnes online makin berkembang, anda tentu mahu mempunyai alamat dotcom sendiri.

Panduan Daftar Domain Percuma


Hosting bermaksud perkhidmatan menyimpan dokumen web anda supaya ia boleh diakses melalui sambungan Internet. Apabila anda melanggan perkhidmatan hosting dari sesebuah syarikat, ia bermakna syarikat tersebut akan menyediakan sebahagian ruang simpanan datanya untuk menempatkan dokumen web anda.

Syarikat ini juga akan menyediakan alamat IP (cth: Alamat IP bagi Google adalah 64.233.160.0 ) supaya pengguna Internet boleh mengakses dokumen web anda melalui alamat IP tersebut. Walaubagaimanapun, sebahagian besar pengguna Internet mungkin tidak menggunakan Alamat IP. Sebaliknya mereka menggunakan Domain Name (cth: Domain Name bagi 64.233.160.0 adalah google.com) sebagai alternatif kepada Alamat IP yang agak sukar untuk diingati.

Cuba dahulu sebelum betul-betul miliki dotcom

Seeloknya, sebelum memiliki alamat dotcom sendiri, anda cuba dahulu menggunakan perkhidmatan hosting percuma. Ini akan memberi anda pengalaman dan kemahiran mengendalikan perkhidmatan hosting. Berdasarkan percubaan ini, anda akan dapat menilai samada mampu atau tidak mengendalikan laman dotcom anda kelak.


Salah satu perkhidmatan hosting yang percuma adalah seperti yang ditawarkan oleh www.hostinger.my

Klik pautan ini, https://www.hostinger.my/web-hosting#plans-pricing, dan pilih pakej percuma.




Selepas pendaftaran hosting percuma anda berjaya, anda akan mendapat Alamat SubDomain percuma. Sebagai contohnya, saya telah memilih Alamat SubDomain www.notarazi.esy.es



Jika saya menggunakan Web Browser dan melayari Alamat SubDomain di atas, saya akan dapat melihat dokumen web yang telah tersedia di alamat tersebut.


Panduan Langkah Demi Langkah


Ikuti panduan langkah demi langkah untuk daftar hosting dan subdomain di sini,


Saturday, June 03, 2017

Bagaimana mengkaji minat pembaca

Sehebat mana kita menulis, pembaca belum tentu mahu membaca jika ia bukan topik yang diminatinya. Bagaimana mengkaji minat mereka?

Bagaimana mengkaji minat pembaca

Ada dua jenis kategori pembaca. 

Kategori pertama ialah mereka yang hanya meninjau bahan bacaan sebelum menetapkan apa yang mahu dibacanya. Jika anda biasa berkunjung ke kios yang menjual akhbar, anda tentu biasa melihat pengunjung yang datang membelek-belek tajuk akhbar atau majalah. Sebahagian daripada mereka akhirnya akan membeli akhbar atau majalah tadi manakala sebahagian yang lain berlalu pergi. 

Adakah peniaga akan kerugian jika pengunjung datang membelek dan kemudiannya berlalu pergi? Dalam jangka masa yang panjang, peniaga tidak mungkin rugi kerana ia adalah sebahagian dari aktiviti promosi. Berbagai keywords (kata kunci) telah diserap oleh pengunjung dalam fikirannya dan keywords bersama kios itu akan muncul semula dalam mindanya apabila diperlukan nanti.

Kategori kedua ialah mereka yang sudah ada perkara yang mahu dicarinya. Mereka akan datang berkunjung ke kedai buku dan terus bertanya kepada penjaga kedai tentang tajuk atau topik yang dikehendakinya. Penjaga kedai yang berpengalaman selalunya sudah tahu di mana letaknya bahan yang dicari. Malah mereka mungkin sudah menyimpan koleksi tambahan bagi tajuk atau topik popular yang diminati pelanggan.

Dunia Internet tidak jauh bezanya dengan kedai buku. Kita juga boleh melihat ragam kedua-dua kategori pembaca di sini.



Ada sebahagian pengguna Internet yang mempunyai tabiat meninjau berita atau tajuk terkini setiap masa.  Mereka mungkin akan bermula dengan laman Facebook, portal berita atau hiburan dan sebagainya. Mereka akan meninjau tajuk, gambar, tags dan lain-lain untuk mendapatkan gambaran tentang perkara terkini yang mahu diketahuinya. Ketika inilah, pengamal media sosial akan mengambil peluang mempromosikan bahan masing-masing sehabis baik melalui pemilihan tajuk, gambar dan lain-lain yang boleh mendorong pengguna Internet untuk membacanya.

Ada sebahagian pengguna Internet pula sudahpun mempunyai persoalan yang mahu dicari jawapannya. Mereka terus mengunjungi laman carian seperti Google dan menaip keywords cariannya.

Contohnya seperti dalam gambar di atas.
...belajar buat scaloop
...baju kurung riau pahang tradisional
...buku cara jahit langsir
...cara buat langsir
...cara buat langsir swag
...cara mengukur scallop
...jubah lelaki yang saiz bahu 15 setengah
...macam mana melipat lopor langsir
...scallop untuk pintu

Contoh ini merupakan keywords carian yang dicari oleh pengguna yang membawa mereka melawat salah satu blog saya. Maklumat ini sangat berguna kerana ia memberitahu saya kandungan tulisan saya yang mana satukah yang sebenarnya dicari dan dibaca oleh pengguna Internet. Sebagai seorang penulis, matlamat saya ialah menulis untuk dibaca. Maka, berdasarkan maklumat ini, saya akan mendapat gambaran bagaimana menghasilkan bahan baru yang akan menarik minat mereka.

Setiap Content Management System (CMS) seperti Wordpress, Drupal, Blogger dan sebagainya mempunyai modul laporan sebegini. Selalunyai dipanggil sebagai Statistics atau Stats. Cuba periksa CMS anda dan kaji apa sebenarnya yang dibaca oleh pengguna Internet selama ini.


Contoh Blogger Stats




Contoh Wordpress Stats



Thursday, June 01, 2017

Pernahkah anda dengar "Pemutar Gelisah"?

Seorang remaja mengeluarkan sejenis alat pemutar dan memainkan alat tersebut di hujung jarinya. Seorang pakcik di sebelahnya melihat kehairanan. “Apa benda tu?”
.
Pernahkah anda dengar "Pemutar Gelisah"?
Bunyinya agak pelik kerana itulah terjemahan yang diberikan oleh Google (https://translate.google.com/#en/ms/fidget%20spinner ) buat masa ini terhadap sejenis alat yang diperkenalkan sebagai “Fidget Spinner”. “Fidget Spinner” tiba-tiba menjadi alat permainan popular pada tahun 2017. Toucharchade.com telah membuat perbandingan popularity di antara perkataan “fidget spinner” dan “justin bieber”. Hasilnya, didapati “fidget spinner” telah mengatasi populariti artis tersebut.
Jika anda berkunjung ke kedai alat permainan, besar kemungkinan “Fidget Spinner” ada dijual di sana.

Siapakah pencipta “Fidget Spinner”?

Mengikut Time.com, “Fidget Spinner” dicipta oleh Catherine Hettinger dari Orlando pada tahun 1993 dan kemudiannya mempatenkannya pada tahun 1997. Tujuan asal alat ini dicipta adalah sebagai satu alat permainan yang boleh menenangkan kanak-kanak yang tidak dapat duduk diam. Kemudiannya, beliau mendapati golongan dewasa turut menggemarinya. Beliau berjaya menjual beberapa ribu unit di Florida pada ketika itu.

Tabiat untuk memusingkan sesuatu

Konsep permainan “Fidget Spinner” sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Jika diperhatikan gelagat pelajar suatu ketika dahulu, ada yang gemar memusingkan pen dan buku di jarinya (lihat video di bawah).

Tabiat dalam masyarakat tradisional yang hampir menyamai konsep ini adalah permainan gasing. Walaupun permainan ini sekadar untuk memutarkan gasing dan menunggunya berpusing hingga berhenti, ia menjadi suatu keseronokan apabila pemain dan penontonnya ternanti-nanti bilakah gasing itu akan tamat berpusing.

Adakah tabiat ini bahaya?

Tabiat bermain sesuatu di jari tidak bahaya sekiranya ia dilakukan tanpa mengganggu tumpuan atau kerja yang lain. Ia juga mungkin membantu melegakan rasa gelisah bagi sesetengah orang.
Pada pandangan saya, jika ia boleh mengurangkan ketagihan remaja bermain smartphone atau tablet, apa salahnya bermain “fidget spinner”.
.