Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, August 23, 2017

Tips Menulis Tajuk Yang Mencapai Rating Tinggi


.
Tips Menulis Tajuk: Bayangkan bagaimana pengguna mencari tajuk artikel anda
Tajuk adalah elemen terpenting bagi sesebuah artikel. Ia adalah elemen permulaan yang akan dicari dan dinilai pembaca sebelum mereka melihat elemen lain seperti gambar atau petikan.
Untuk memudahkan pengguna mencari artikel anda, fikirkan perkataan-perkataan yang mungkin timbul di fikiran mereka ketika membuat carian samada melalui Google atau Facebook. Gunakan perkataan yang biasa digunakan dalam bidang yang anda tulis. Elakkan perkataan yang jarang digunakan atau istilah paras tinggi yang mungkin wujud dalam bidang tersebut tetapi kurang digunakan.
Fokus utama kita menyediakan tajuk adalah untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapat gambaran keseluruhan tentang apa yang kita tulis. Oleh itu pilihlah tajuk yang mudah difahami pembaca dan bukan tajuk yang kita seorang sahaja faham atau suka.
Di bawah ini adalah contoh tajuk yang saya sediakan bagi kandungan teknikal untuk blog www.Programming-Steps.blogspot.com (Perhatikan tajuknya yang sudah memberi gambaran tentang kandungan blog tersebut)
Tajuk-tajuk yang digunakan adalah ringkas sahaja. Tajuk yang ringkas akan lebih mudah dijumpai kerana perkataan-perkataan yang digunakan hampir menyamai apa yang terlintas untuk ditaip oleh pengunjung di dalam Carian Google atau Facebook.
Jika anda lawat artikel bertajuk Hello World Program Flow Chart, anda akan dapati kandungannya sedikit sahaja. Pengajarannya, tajuk yang ‘power’ berupaya menarik perhatian pembaca dan menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 1,470,000 bertarikh 24 Ogos 2017).

Saya dapati laman aplikasi diagram Creately.com cuba mengambil kesempatan di atas populariti artikel ini dengan menyelitkan pautan kepada www.creately.com dalam komen seorang pengunjung. (Lihat screenshot di bawah). Nakal juga mereka ini.😂


Tajuk artikel kedua iaitu Modular Program Flow Chart menduduki tempat pertama dalam ranking Carian Google dari sejumlah 6,210,000 artikel yang berkaitan bertarikh 24 Ogos 2017. Setiap perkataan dalam tajuk ini mempunyai pemberatnya (kerap dicari) maka sebab itu jumlah artikel yang berkaitan sangat tinggi.

Jika anda perhatikan tajuk artikel ketiga pula iaitu Edit Array Values Program Flow Chart, sebenarnya ia adalah gabungan dua tajuk iaitu  “Edit Array Values” dan “Program Flow Chart”. Pengajarannya, tajuk bagi artikel yang disiarkan di Internet tidak semestinya tajuk yang lengkap atau sempurna tatabahasanya. Perkataan kata sendi seperti “and” atau “the” dan simbol seperti “,” atau “:” atau “;” akan disisihkan oleh Enjn Carian. Asalkan perkataan atau frasa itu munasabah untuk dicari dan difahami, ia akan mudah menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 2,650,000 bertarikh 24 Ogos 2017).
.

Saturday, August 19, 2017

MariaFirdaus.com atau MariaFirdz.com? Apa sebenarnya yang berlaku?

Kes ini hampir sama dengan kes yang berlaku kepada sahabat saya Hasrizal Jamil yang mengendalikan blog www.saifulislam.com pada satu ketika dahulu.


Hari ini saya terjumpa satu blog yang memakai nama MariaFirdz. Saya menyangka sahabat saya Maria dan Firdaus sudah menukar nama baru mereka dari laman asal http://www.mariafirdaus.com.my/ kepada  http://www.mariafirdz.com/ . Tapi rupa-rupanya laman asal masih ada dan masih memaparkan dengan tepat segala maklumat mereka.

Sebaliknya laman MariaFirdz pula merahsiakan diri mereka sekadar memberitahu maklumat seperti berikut:




Serupa tapi tak sama rupa-rupanya. Barangkali berlaku secara kebetulan.

Kes ini hampir sama dengan kes yang pernah berlaku kepada sahabat saya Hasrizal Jamil yang mengendalikan blog www.saifulislam.com. Kebetulan selepas itu muncul pula satu laman web lain yang bernama www.saifulsham.com. Hari ini www.saifulsham.com sudah tidak wujud lagi tetapi anda boleh melihat screenshot laman mereka di Internet Archive (klik).






Tidak ada masalah dengan nama yang hampir serupa jika ia berlaku secara kebetulan. Yang menjadi masalah jika salah satu daripadanya mengambil kesempatan di atas populariti nama tersebut. Dalam bidang pengajian e-commerce, terdapat beberapa kes popular seperti www.juliaroberts.com, www.airfrance.com dan www.arifrance.com serta www.disney.com dan www.dinsey.com. Kes seperti ini digelar Cyber Squatters.

Thursday, August 17, 2017

Ancaman Serangan Terhadap Rangkaian Komputer dan Internet

Ancaman terhadap Rangkaian Komputer dan Internet


Komputer yang bersambung dengan rangkaian (online) akan berhadapan dengan risiko keselamatan yang lebih tinggi berbanding komputer yang tidak bersambung (offline). Ancaman akan mudah tersebar ke serata komputer di dalam rangkaian. Manakala rangkaian komputer yang bersambung dengan Internet akan berhadapan dengan risiko yang berganda. Ancaman boleh jadi datang dari mana-mana bahagian dunia pada bila-bila masa sahaja.

Antara ancaman kepada rangkaian komputer dan Internet termasuklah Virus, Worms, Trojan dan Rootkits.

Apakah Virus, Worms, Trojan dan Rootkits?


Virus adalah sejenis skrip atau program yang boleh mengganggu komputer dengan mengubahsuai tetapan atau program yang terpasang padanya. Ia juga boleh menyalin dirinya ke medium storan komputer termasuk storan mudah alih seperti storan USB. Hal ini mendedahkan kepada risiko tersebarnya serangan virus kepada komputer lain melalui perkongsian storan mudah alih tadi.

Worm adalah skrip atau program yang boleh menyalin dirinya berulang kali dan memenuhi storan komputer atau menyesakkan perhubungan data dalam rangkaian. Akibatnya sistem komputer atau rangkaian akan terganggu seperti menjadi perlahan atau tidak responsif.

Trojan adalah sejenis skrip atau program jahat yang berupa seperti perisian yang sah atau berguna. Trojan akan melancarkan serangan terhadap komputer atau rangkaian apabila tiba masa yang telah diaturkan oleh penciptanya. Trojan tidak akan menyalin dan menyebarkan dirinya ke komputer lain.

Rootkit adalah program yang menyorok di dalam komputer dengan tujuan untuk dioperasikan secara jarak jauh. Apabila ia berjaya menyerang sesebuah sistem atau rangkaian, penghantarnya berupaya menjalankan program, menukar tetapan, memantau aktiviti dan mencapai fail mangsa.

Virus, Worm, Trojan dan Rootkit diklasifikasikan sebagai malware iaitu singkatan kepada malicious software (Melayu: perisian jahat) yang ringkasnya beroperasi tanpa pengetahuan pengguna dan boleh mengubahsuai sistem komputer atau rangkaian tanpa kebenaran pemiliknya.

Apabila sistem komputer atau rangkaian dijangkiti oleh serangan skrip atau program ini, pengguna boleh mengesan tanda-tandanya seperti

1. Operasi menjadi perlahan.
2. Sistem tidak responsif.
3. Fail rosak.
4. Keluar paparan mesej yang pelik.
5. Sistem berhenti secara tiba-tiba.

Bagaimana mengelakkan ancaman Virus, Worm, Trojan dan Rootkit?

1. Jangan amalkan perkongsian storan mudah alih.
2. Jika perlu berkongsi, scan dahulu storan mudah alih dengan perisian anti malware.
3. Jangan sambung komputer ke rangkaian Internet jika tidak perlu.
4. Apabila bersambung ke rangkaian komputer atau Internet, lawat atau guna sumber yang diketahui sah dan selamat sahaja.
5. Elakkan dari download fail yang tidak diketahui kesahihan kandungannya.
6. Kawal dari mengunjungi atau download dari pautan yang ditawarkan dengan ciri-ciri yang terlalu menarik.




Tuesday, August 15, 2017

Kad Debit Maybank tidak diterima untuk Online Payment? Apa yang harus dilakukan?

Mulai 3hb Ogos 2017, apabila transaksi NON-3D ditolak oleh sistem pada kali pertama ia dilakukan, pemegang kad debit dan prepaid Maybank boleh mengaktifkannya setelah menerima SMS automatik dari sistem pelayan perkhidmatan tersebut. Sila rujuk gambar.

Jika masih tidak berjaya, hubungi 1-300-88-6688.

Sumber: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?cntTypeId=1&cntKey=PRO07.30&programId=HI-Highlights&newsCatId=/mbb/Highlights/2017&chCatId=/mbb/Personal

Thursday, August 10, 2017

Objektif Menggunakan Database


Database (Melayu:Pangkalan Data) digunakan sebagai satu kaedah menyimpan data yang lebih bersistematik.

Melalui Database, kita akan mendapat faedah berikut:

1. Menyimpan data mengikut aturan yang boleh mengelakkan ralat.

2. Menyimpan data dalam bentuk yang mudah untuk diproses selanjutnya.

3. Menyimpan data dalam bentuk yang mudah untuk difahami.

4. Menyimpan data dalam bentuk yang mudah untuk dianalisa.

Maksud Cross-Platform


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Cross-Platform, Silang-Pelantar)

Dalam konteks perkomputeran, Cross-Platform (Melayu: Silang-Pelantar) bermaksud sesuatu aplikasi yang boleh dijalankan di atas sistem pelantar yang berbeza.

Sistem pelantar adalah sistem yang mengawal mesin secara keseluruhan contohnya Windows, Linux, Macintosh, Android, iOS, PS dan CBox. Sistem pelantar juga dikenali sebagai Operating System (Melayu: Sistem Operasi).





Maksud System Software


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Operating System, System Software, Perisian Sistem)

System Software (Melayu:Perisian Sistem) adalah sejenis himpunan arahan yang mengawal sesebuah sistem komputer. Ia merupakan perantara di antara manusia, perisian aplikasi dan mesin. Terdapat dua jenis Perisian Sistem iaitu Operating System (Melayu:Sistem Operasi) dan Utility Software (Melayu:Perisian Utiliti).

Maksud Software


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, software, perisian, program, aplikasi)

Software (Melayu: Perisian) juga disebut Program (Melayu:Aturcara). Ia bermaksud satu himpunan arahan komputer untuk melakukan sesuatu tugasan. Arahan ini memberitahu langkah-langkah yang perlu dilakukan komputer bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Manusia berinteraksi dengan Perisian melalui User Interface (Melayu: Antaramuka Pengguna). Terdapat beberapa jenis Antaramuka seperti  Text Command (Melayu:Arahan Teks) dan Graphical User Interface (Melayu:Antaramuka Grafik). Teknologi Mobile terkini pula telah memperkenalkan Touch Interface (Melayu: Antaramuka Sesentuh). Setiap jenis Antaramuka ini mempunyai kelebihan tersendiri dan digunakan dalam kebanyakan sistem komputer pada hari ini.

Baca seterusnya: http://notarazi.blogspot.my/2009/05/maksud-perisian-komputer.html

Wednesday, August 09, 2017

Maksud Identity Theft


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Identity Theft, Kecurian Identiti)

Maksud Identity Theft

Maksud Kecurian Identiti


Identity Theft (Melayu: Kecurian Identiti) bermaksud pencurian maklumat peribadi seseorang yang selalunya berkaitan dengan akses kepada perbankan atau perkhidmatan lain yang khusus untuk seseorang individu.

Pada hari ini, penjenayah siber menggunakan teknik yang dipanggil phishing iaitu penyamaran sebagai pihak berkuasa atau pentadbir akaun yang menghubungi mangsa kononnya meminta maklumat identiti untuk pengesahan, kemaskini atau siasatan akaun. Mangsa yang tidak menyedari dirinya ditipu akan memberi maklumat ini kepada penjenayah tadi. Apabila maklumat ini diperolehi, penjenayah akan mengakses akaun peribadi mangsa dan mengeksploitasinya seperti mengeluarkan wang atau maklumat berharga dari akaun yang telah diceroboh.

Maksud Web


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Web, World Wide Web, Jaringan Web Sedunia)

Maksud Web

Web adalah singkatan bagi World Wide Web (Melayu: Jaringan Web Sedunia) iaitu sejenis perkhidmatan perkongsian dokumen elektronik melalui rangkaian Internet (baca maksud Internet di sini).

Teknologi Web dirintis pada tahun 1990. Pada ketika itu ia digunakan untuk memudahkan saintis mencari dokumen elektronik yang berkaitan dengan sesuatu kajian.

Web pada asasnya menggunakan kaedah hyperlink iaitu sejenis teks yang dihubungkan dengan mana-mana sumber dokumen elektronik. Apabila teks ini diklik, komputer akan menghubungi sumber dokumen tersebut, mendapatkannya dan memaparkannya menerusi perisian yang dipanggil Web Browser (Melayu: Pelayar Web). Hal inilah yang dimaksudkan dengan perkataan hyperlink iaitu pautan yang boleh membawa kita melompat dari satu halaman dokumen ke halaman dokumen yang lain.

Maksud Rangkaian Internet

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Internet Network, Rangkaian Internet) 

Maksud Rangkaian Internet

Maksud Internet Network


Internet adalah sejenis rangkaian komputer yang meliputi seluruh dunia. Ia menghubungkan rangkaian perniagaan, agensi kerajaan, akademik dan orang perseorangan.

Teknologi Internet mula dirintis pada tahun 1969 untuk tujuan kajian akademik dan ketenteraan. Pada tahun 1990 ia dibuka kepada orang awam dan pada tahun 1995 ia dibuka untuk aktiviti komersil.

Dengan itu, ia menjadi satu rangkaian komputer yang sangat penting dalam masyarakat modenyang menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan, pentadbiran, pengajian ataupun persendirian.

Maksud Computer Networks

Maksud Computer Networks

Maksud Rangkaian Komputer


Computer Networks (Melayu: Rangkaian Komputer) bermaksud himpunan komputer dan peranti elektronik yang dirangkaikan bersama melalui teknologi komunikasi samada melalui sambungan wayar(English:wired) atau wayarles (English:wireless).

Apabila komputer atau peranti ini terhubung dengan rangkaian, ia dikatakan online. Sebaliknya, jika terputus atau tiada hubungan, ia dikatakan offline.

Rangkaian Komputer membolehkan komputer atau peranti berkongsi sumber seperti perkakasan, perisian, data dan maklumat. Perkongsian ini menjimatkan waktu dan wang kerana ia membantu mempercepatkan aktiviti pemprosesan maklumat.

Apakah keburukan komputer?

Apakah keburukan komputer?

1. Risiko Ketagihan. Penggunaan komputer yang melampau boleh mengakibatkan ketagihan. Ada pengguna yang ketagih bermain computer games, ada yang ketagih menonton video, ada yang ketagih bekerja dan sebagainya.

2. Risiko Anti sosial. Penggunaan komputer yang melampau boleh membuatkan pengguna seronok menghabiskan masa dengan komputer dan kurang berinteraksi dengan manusia lain.

3. Risiko pelanggaran hak privasi manusia. Perkongsian maklumat melalui komputer boleh membawa risiko kebocoran maklumat iaitu maklumat disebarkan kepada penerima yang tidak dikehendaki. Ia boleh membawa kesudahan buruk terhadap diri seseorang.

4. Risiko kesihatan. Penggunaan komputer yang melampau boleh membawa risiko kesihatan pada mata, jari, tulang belakang atau anggota badan yang lain.

5. Risiko pengangguran Penggunaan komputer yang meluas di pejabat atau kilang boleh mengakibatkan peranan manusia digantikan oleh komputer atau robot. Ia akan menaikkan kadar pengangguran.

Apakah kelebihan komputer?


Apakah kelebihan komputer?

1. Pantas. Komputer menggunakan litar elektronik. Oleh itu data, arahan dan maklumat dapat bergerak dan diproses dengan pantas dengan kada trillion operasi sesaat.

2. Kebolehbergantungan (English:Reliability). Komputer menjalankan operasi mengikut arahan yang berdasarkan algoritma atau formula yang telah ditetapkan. Ia akan menghasilkan output yang boleh dipercayai.

3. Konsisten (English:Consistent). Komputer memproses data menggunakan kaedah aritmetik dan logik. Kaedah aritmetik dan logik adalah konsisten sepanjang masa.

4. Ruang simpanan yang besar. Secara perbandingan, sekeping cip storan elektronik mampu menyimpan berjuta imej imbasan helaian kertas yang mungkin akan memerlukan sebuah bilik yang besar untuk menyimpan kertas-kertas ini.

5. Komunikasi.  Komputer pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai peranti komunikasi seperti serial port, vga/hdmi port, usb port, bluetooth port, lan port dan wifi port. Ia membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan komputer lain dengan mudah.

Apakah Komponen Komputer?

Apakah Komponen Komputer?


Komputer mengandungi banyak komponen elektrik, elektronik dan mekanikal yang dikenali sebagai perkakasan (English:hardware).

Komponen ini boleh dibahagikan mengikut peranan seperti:
Peranti Input
Peranti Output
Unit Sistem
Peranti Storan
Peranti Komunikasi

Maksud Information Processing Cycle


Maksud Information Processing Cycle

Maksud Kitaran Pemprosesan Maklumat


Kitaran Pemprosesan Maklumat adalah satu proses berulang yang terdiri dari aktiviti input-proses-ouput. Input bermaksud aktiviti memberikan komputer data yang diperlukan untuk pemprosesan. Proses bermaksud aktiviti mengubah data menjadi maklumat. Output bermaksud mengembalikan maklumat yang terhasil kepada pengguna. Maklumat yang terhasil ini mungkin akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan atau disebarkan kepada pengguna lain melalui rangkaian komputer.

Tuesday, August 08, 2017

Anda mangsa Ah Long?

ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa masalah

Anda Mangsa Ahlong?

Sekiranya anda atau kenalan terjebak dengan Ahlong, segeralah bertindak. Mangsa Ahlong boleh melaporkan aduan kepada kami di PPIM bagi mendapatkan bantuan. Berdasarkan pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa masalah. Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk terus memerangkap mangsanya. Ugutan serta faedah yang tidak masuk akal menyebabkan mangsa akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya. PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai puluhan juta ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu pihak berkuasa membanteras Ahlong. Bantuan yang kami berikan meliputi semua lapisan masyarakat tanpa sebarang batasan.

LAPOR


Laporkan aduan anda di Ibu Pejabat PPIM @ No 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Pastikan anda telah mendapatkan tarikh temu janji bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk sebarang pertanyaan dan tetapan temu janji, sila hubungi no hotline Unit Banteras Ceti Haram PPIM ditalian 013 3071 999 / 019 3458 444.

SIASAT


Pihak pengadu diwajibkan untuk memberi maklumat serta butiran lengkap Ahlong. Pegawai penyiasat akan mendalami dan meniliti kes berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak pengadu.

Penjenayah Scam Sasar Maybank

Maybank telah menerima laporan tentang panggilan scam dari China

Pesanan dari Maybank:

We have received several reports on phone call scams originating from China.
The usual modus operandi of the syndicates involves two scammers, one would be impersonating as a representative from Embassy of China and another as a police officer from Shanghai Police Department.
The scam starts off with the victim being accused with a criminal offence involving black money syndicate. The victim is then required to follow the instructions and reveal his or her Internet Banking details through the phone. Shortly after, the victim will receive an SMS or WhatsApp message containing a malicious link to download a mobile app. If downloaded and installed, this malicious app would be able to intercept any SMS text messages sent to your mobile phone, which means the syndicate, would be able to obtain your TAC number to perform internet banking transactions without your knowledge.
We strongly advice against revealing any banking details through phone calls or downloading any mobile app from unverified sources. If encountered with this situation, we would advice you to hang up the call immediately and make an official report with us. You may contact our Fraud Hotline at +603-5891 4744 to lodge your report.


Terjemahan Bahasa Melayu:

Kami telah menerima beberapa laporan berkenaan panggilan scam yang datangnya dari negara China.

Modus operandi sindiket biasanya melibatkan dua pemanggil, seorang akan berlakon sebagai wakil kedutaan China manakala seorang lagi sebagai pegawai polis dari Jabatan Polis Shanghai.

Scam bermula dengan tuduhan bahawa mangsa melakukan kesalahan melibatkan sindiket Black Money. Mangsa kemudiannya diminta mengikut arahan dan mendedahkan maklumat Perbankan Internet melalui telefon. Tidak lama selepas itu, mangsa akan menerima mesej SMS atau WhatsApp mengandungi pautan untuk download mobile app. Jika di download dan install, app ini akan memintas mesej SMS yang dihantar ke mobile phone anda, yang bermakna sindiket tersebut akan dapat memperolehi nombor TAC dan melakukan perbankan Internet menggunakan akaun anda tanpa disedari.

Kami nasihatkan supaya jangan dedahkan sebarang maklumat perbankan melalui panggilan telefon atau download sebarang mobile app dari sumber yang tidak dikenali. Jika anda berhadapan dengan situasi ini, kami nasihatkan agar putuskan panggilan tersebut serta-merta dan lapor kepada kami. Sila hubungi Fraud Hotline di +603-5891 4744 untuk membuat laporan.


Wednesday, August 02, 2017

Maksud Logical Topology dan Physical Topology


(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Topology, Topologi)

Dalam dunia perkomputeran, topology (Melayu:topologi) bermaksud kaedah hubungan element (Melayu: unsur) dalam sesuatu rangkaian komputer. Huraian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Logical Topology dan Physical Topology.

Logical Topology menghuraikan bagaimana data harus dipindahkan dari satu elemen kepada elemen yang lain. Terdapat dua contoh Logical Topology:

1. Bus Topology - Mengikut kaedah ini, sesuatu komputer akan menghantar isyarat data kepada semua komputer dalam rangkaian. Setiap komputer yang menerimanya akan memeriksa isyarat tersebut samada isyarat itu ditujukan kepadanya atau tidak.

2. Ring Topology - Mengikut kaedah ini, hanya satu komputer boleh menghantar isyarat data dalam sesuatu masa. Komputer tersebut akan memperolehi token kebenaran dari rangkaian, menghantar isyarat data dan kemudiannya memulangkan token tersebut kepada rangkaian.

Physical Topology menghuraikan bagaimana setiap komputer harus disambungkan secara fizikal. Contohnya dalam Star Topology, setiap komputer disambungkan dengan kabel Ethernet kepada satu alat yang dinamakan hub. Alat ini akan mengendalikan pergerakan isyarat data di antara komputer tadi.

Rujukan:

https://www.pcmag.com/encyclopedia/term/46301/logical-vs-physical-topology

http://www.webopedia.com/TERM/L/logical_topology.html

https://www.techopedia.com/definition/25890/logical-topology

https://www.computerhope.com/jargon/t/topology.htm

Maksud Spam Message (Mesej Spam)


.

(Tajuk berkaitan: Apa itu, Makna, Maksud, Erti, Spam)

Maksud Spam Message (Mesej Spam)

Spam bermaksud membanjiri rangkaian Internet dengan pengulangan mesej yang sama dengan tujuan memaksa pengguna Internet menerima mesej tersebut. Hal ini dilakukan ke atas sasaran penerima yang kebiasaannya akan mengabaikan mesej seperti ini. Jika mesej yang sama dihantar berulang kali kepada penerima tadi, ia lambat-laun akan "memaksa" penerima melihatnya walaupun hal ini menyakitkan hati.

Rujukan: http://spam.abuse.net/overview/whatisspam.shtml

.

Game Tersembunyi Dalam Chrome Web Browser

Mungkin ada yang belum tahu bahawa ada satu game tersembunyi yang terdapat pada Chrome Web Browser.

Pengguna Chrome Web Browser sudah biasa melihat ikon raksasa T-Rex apabila sambungan Internet tiada atau terputus. Apa yang tidak diketahui oleh sebahagian pengguna adalah raksasa T-Rex ini boleh dihidupkan dan seterusnya boleh dimainkan seperti permainan Mario.

Jadi, apabila sambungan Internet anda terputus nanti, anda boleh cuba bermain dengan T-Rex ini dengan menekan kunci SPACE BAR untuk menghidupkannya dan menggunakan kunci UP ARROW untuk membuatnya melompat mengelak dari terlanggar pokok berduri.

Bagaimana kalau tak sabar menunggu sambungan Internet terputus untuk bermain T-Rex? Alternatifnya, buka browser tab baru (atau tekan CTRL+T) dan masukkan alamat  chrome://dino/ .