Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, January 17, 2012

Apa itu Data, Information, Knowledge, Wisdom?

Data=Fakta asas untuk memproses maklumat
Maklumat=Data yang telah diproses dan berguna untuk menimbang keputusan
Knowledge=Pengetahuan; Keupayaan menyusun dan menggunapakai maklumat
Wisdom=Kebijaksanaan; Gabungan pengetahuan dan pengalaman




Topik berkaitan:

Beza "Software" dan "Program" (Perisian dan Aturcara)

Pada permulaan sejarah komputer, istilah Program (Melayu:Aturcara) digunakan untuk merujuk kepada set arahan yang akan dilaksanakan oleh komputer. Penulis set arahan ini pula dipanggil Programmer (Melayu:Pengaturcara).

Apabila bidang Software Engineering (Melayu:Kejuruteraan Perisian) berkembang, tumpuan System Developer (Melayu:Pembangun Sistem) bukan sahaja tertumpu kepada aturcara tetapi menjangkau kepada data, fail sokongan, dokumentasi sistem dan sebagainya. Satu istilah baru diperlukan untuk mencakupi skop ini.

Institute of Electrical and Electronics Engineers lalu mewartakan perkataan "software" sebagai takrifan yang mewakili:
1) Program
2) Data dan fail sokongan
3) Dokumentasi yang berkaitan

Berdasarkan perkembangan ini, istilah software menjadi "superset" (lebih tinggi) kepada program.

Oleh itu apabila seseorang menyebut perkataan "software" (perisian), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia mewakili tiga juzuk di atas, manakala apabila dia menyebut "program" (aturcara), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia adalah khusus tentang set arahan komputer.

Maksud Asynchronous Digital Subscriber Line (ADSL)

ADSL adalah ringkasan kepada Asynchronous Digital Subscriber Line. Ia adalah teknologi komunikasi jalur lebar (broadband) Digital Subscriber Line (Talian Langganan Digital) yang digunakan untuk sambungan ke Internet. ADSL membolehkan lebih banyak data dihantar melalui talian telefon yang sedia ada berbanding talian modem tradisional iaitu tembaga (copper).

Penapis khas, dipanggil microfilter (Melayu:Penapis Mikro), dipasang pada talian pelanggan ADSL untuk membolehkan perkhidmatan ADSL dan suara (telefon) berjalan serentak.

ADSL memerlukan modem khas dan pelanggan ADSL mestilah berada di lokasi yang berdekatan dengan pusat pembekal ADSL. Kebiasaannya jarak ini adalah dalam lingkungan 2 hingga 2.5 kilometer.

ADSL menyokong kadar data dari 1.5 hingga 9 Mbps apabila menerima data (English:Downstream Rate, Melayu:Kadar Muatturun) dan 16-640 Kbps apabila menghantar data (English:Upstream Rate, Melayu:Kadar Muatnaik)

diekstrak dari: http://www.webopedia.com/TERM/A/ADSL.html

Apa itu Stop Online Piracy Act (SOPA) US

(Keywords: Apa itu SOPA?, Apakah SOPA?, Maksud SOPA? Erti SOPA?)

Diekstrak dari: http://en.wikipedia.org/wiki/Stop_Online_Piracy_Act

Stop Online Piracy Act (SOPA) (Melayu:Akta Menghalang Cetak Rompak Atas Talian), juga dikenali sebagai House Bill 3261 atau H.R 3261, adalah rang undang-undang yang diperkenalkan di Dewan Rakyat Amerika Syarikat pada 26 Oktober, 2011 oleh Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Lamar S. Smith (RTX) dan 12 kumpulan dwi partisan penaja bersama.

Rang undang-undang SOPA ini, jika diluluskan sebagai undang-undang, akan meluaskan lagi keupayaan penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat dan pemegang hak cipta untuk melawan perdagangan atas talian dalam aspek hak cipta intelek dan barangan palsu.

Rang undang-undang SOPA membenarkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, serta pemegang hak cipta, untuk mendapatkan perintah mahkamah terhadap laman web pihak yang dituduh melanggar hak cipta. Perintah mahkamah ini termasuklah sekatan rangkaian pengiklanan atas talian dan pemudah cara pembayaran daripada berurusniaga dengan pihak tertuduh, menghalang enjin carian daripada membina pautan ke laman tertuduh, dan menghendaki pembekal perkhidmatan Internet menghalang capaian ke laman terbabit.

Rang undang-undang SOPA menjadikan penstriman (streaming) kandungan hak cipta tanpa kebenaran sebagai satu jenayah, dengan penalti maksimum 5 tahun penjara bagi sepuluh perlanggaran hak dalam tempoh enam bulan. Rang undang-undang SOPA juga memberi kekebalan kepada pembekal perkhidmatan Internet untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang disyaki.

Penyokong rang undang-undang itu berkata ia melindungi pasaran harta intelek dan industri sepadan, pekerjaan dan pendapatan, dan adalah perlu untuk memperkukuh penguatkuasaan undang-undang hak cipta, terutama terhadap laman web asing

Penentang berkata bahawa ia melanggar Pindaan Pertama, [7] penapisan internet, [8] akan melumpuhkan Internet, [9] dan akan mengancam pemberi maklumat dan lain-lain tindakan kebebasan bersuara.



Topik berkaitan:

Monday, January 16, 2012

Beza Data dan Maklumat

Dalam percakapan biasa, kita kadangkala menyebut istilah data dan maklumat bertukar ganti seolah-olah tidak ada beza antara kedua-dua perkataan tersebut. Dari perspektif pengajian komputer, terdapat perbezaan di antara "Data" dan "Maklumat".

Data ditakrifkan sebagai fakta tentang sesuatu perkara.

Contohnya:
a. kos sepasang kasut adalah RM5,
b. harga jualan sepasang kasut adalah RM10 dan
c. jumlah pasang kasut di dalam stok adalah 3.

Ketiga-tiga pernyataan di atas merujuk kepada fakta yang wujud dalam senario tertentu.

Maklumat ditakrifkan sebagai 1)data yang telah diproses dan menjadi 2)sesuatu yang berguna dalam proses membuat keputusan.

Contohnya dalam senario di atas, antara keputusan penting yang mungkin berkaitan dengan fakta ini adalah "Adakah jual beli kasut menguntungkan?"

Untuk mencapai keputusan "Ya" atau "Tidak", kita perlu memproses data (a,b, dan c) supaya menghasilkan jawapan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajian perniagaan, kita tahu bahawa formula pulangan jualan = kuantiti x ( harga jualan - harga kos). Sekiranya nilai kiraan adalah positif, ia bermakna "untung". Sekiranya sebaliknya, ia bermakna "rugi".

Berdasrkan formula ini, kita akan memproses data seperti berikut:
Pulangan Jualan = 3 x (10-5)
= 15

Angka 15 adalah positif, maka jual beli ini menguntungkan. Lalu, Jawapan kepada soalan asal "Adakah jual beli kasut menguntungkan?" adalah Ya.

Dalam contoh di atas, angka 15 dianggap sebagai "maklumat" kerana angka inilah yang membantu kita menjawab soalan "Adakah jual beli kasut menguntungkan?".