Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Friday, April 17, 2009

Sejarah Perkembangan Komputer Yang Awal

dari:http://mpk.rmp.gov.my/nota/literasi/sejarah-awal.htm





Abakus

Bermula di negeri China dan dikenali dengan nama abakus atau cipoa. Digunakan untuk membuat penambahan dan penolakan dan terdiri daripada beberapa biji bebola kayu yang boleh digerakkan.


Mesin Kira Al-kashi

Dicipta oleh ahli astronomi Muslim bernama Jamshid bin Mas’ud bin Mahmud Ghiathuddin al-Kashi (1393-1449). Memudahkan pengiraan yang berkaitan dengan masa-masa penting mengenai gerhana bulan, dan mengira kedudukan garis bujur bulan, matahari dan planet.


Mesin Kira Pascal

Ahli Matematik bangsa Perancis bernama Blaise Pascal (1623-1662) yang juga telah mengemukakan segi tiga Pascal. Sama seperti odometer di dalam sebuah kereta iaitu mengira bilangan putaran roda-roda yang bersambung.


Mesin Kira Lebnitz

Leibnitz telah mengubahsuai mesin Pascal sehingga mesin ini boleh digunakan untuk melakukan pendaraban dan pembahagian.


Mesin Analaitik Babbage

Diperkenalkan oleh Babbage pada tahun 1791-1871 yang membolehkan mesin mekanikal ini dijalankan secara automatik dengan menggunakan jujukan arahan yang tersimpan. Malangnya, mesin ini tidak dapat disiapkan.


Mesin Tebuk Hollerith

Dicipta oleh Dr.Herman Hollerith pada tahun 1880 yang digunakan untuk memproses hasil banci di Amerika Syarikat



No comments: