Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, March 26, 2012

Bagaimana Memasang Windows Server 2008 Langkah Demi Langkah


Diterjemah dari Daniel Petri - January 8, 2009


Memasang Windows Server 2008 adalah mudah sepertimana memasang Windows Vista. Jika anda tidak biasa memasang Vista, kaedah pemasangannya berbeza daripada versi Windows sebelumnya dan lebih mudah. Kaedah ini juga memberi kelebihan terutamanya kepada Sistem Server kerana Administrator dapat membuat partition terhadap Hard Disk semasa proses memasang Windows. Lebih mustahak lagi, mereka dapat memasang driver untuk AHCI atau RAID storage terus dari CD/DVD atau USB. Maka, Floppy Disk langsung tidak diperlukan.

Nota: Windows Server 2008 juga boleh dipasang sebagai Server Core (Server Teras), yang merupakan versi ringkas tanpa GUI. Anda hanya menggunakan command line atau Microsoft Management Console (jika beroperasi secara remote) untuk membuat konfigurasi Windows. Server Core boleh digunakan secara khusus untuk memainkan peranan seperti Domain controller/Active Directory Domain Services, DNS Server, DHCP Server, file server, print server, Windows Media Server, IIS 7 web server and Windows Server Virtualization virtual server. rujuk "Installing Windows Server 2008 Core".

Keperluan hardware bagi Windows 2008:
ComponentRequirement
Processor• Minimum: 1GHz (x86 processor) or 1.4GHz (x64 processor) • Recommended: 2GHz or faster Note: An Intel Itanium 2 processor is required for Windows Server 2008 for Itanium-based Systems
Memory• Minimum: 512MB RAM • Recommended: 2GB RAM or greater • Maximum (32-bit systems): 4GB (Standard) or 64GB (Enterprise and Datacenter) • Maximum (64-bit systems): 32GB (Standard) or 2TB (Enterprise, Datacenter and Itanium-based Systems)
Available Disk Space• Minimum: 10GB • Recommended: 40GB or greater Note: Computers with more than 16GB of RAM will require more disk space for paging, hibernation, and dump files
DriveDVD-ROM drive
Display and Peripherals• Super VGA (800 x 600) or higher-resolution monitor • Keyboard • Microsoft Mouse or compatible pointing device

Nota Upgrade:
Berikut adalah laluan untuk upgrade dari versi Windows terdahulu kepada Windows Server 2008:
If you are currently running:You can upgrade to:
Windows Server 2003 Standard Edition (R2, Service Pack 1 or Service Pack 2)Full Installation of Windows Server 2008 Standard Edition
Full Installation of Windows Server 2008 Enterprise Edition
Windows Server 2003 Enterprise Edition (R2, Service Pack 1 or Service Pack 2)Full Installation of Windows Server 2008 Enterprise Edition
Windows Server 2003 Datacenter Edition (R2, Service Pack 1 or Service Pack 2)Full Installation of Windows Server 2008 Datacenter Edition

Langkah2 memasang Windows Server 2008:

1. Masukkan Windows Server 2008 installation media ke pemain DVD. Sekiranya anda tidak mempunyainya, boleh download edisi percubaan dari Microsoft's Windows 2008 Server Trial website.

2. Reboot komputer.



3. Pilih Bahasa, matawang dan jenis keyboard. Tekan Next.



4. Seterusnya, tekan Install Now untuk memulakan proses pemasangan.


5. Masukkan Product ID dalam Window berikutnya, dan tandakan checkbox jika anda mahu terus aktifkan Windows sejurus selepas pemasangan selesai. Klik Next.


Jika anda tidak mempunyai Product ID, tinggalkan kosong pada kotak tersebut, dan klik Next. Anda akan dikehendaki memasukkan Product ID kemudian, setelah pemasangan selesai. Tekan No.


6. Tanpa ID, proses pemasangan tidak dapat menentukan jenis lesen Windows Server 2008 anda, dan oleh itu anda dikehendaki menjawab select your correct version pada skrin berikutnya.


7. Jika anda mempunyai Product ID, pilih Full version pada jenis versi Windows anda, dan klik Next.


8. Baca dan Terima syarat lesen dengan menanda checkbox dan menekan Next.


9. Pada window "Which type of installation do you want?", pilih option yang tersedia –Custom
(Advanced)


10. Dalam dialog "Where do you want to install Windows?", jika anda memasang pada Hard Disk jenis IDE yang biasa, klik first disk, kebiasaannya Disk 0, dan klik Next.


Jika anda mahu memasang pada Hard Disk yang bersambung pada SCSI controller, klik Load Driver dan masukkan media yang berkaitan.

Jika perlu, klik Drive Options dan cipta secara manual partition pada hard disk sasaran.

11. Pemasangan bermula. Penyalinan setup files dari DVD mengambil masa kira2 seminit. Bagaimanapun, extracting dan uncompressing terhadap files mengambil masa yang lebih panjang. Kira2 selepas 20 minit, system operasi telah siap dipasang. Masa sebenar bergantung kepada spesifikasi hardware anda. Disk yang pantas akan cepat memasangnya … Windows Server 2008 menggunanakan kira2 10 GB.


Proses pemasangan akan reboot komputer, jadi, keluarkan media dari DVD atau pemacu yang lain supaya computer tidak tersangkut dan mengulangi pemasangan.

12. Setelah komputer reboot, anda akan diajukan Skrin Login Windows Server 2008. Tekan CTRL+ALT+DEL untuk log in.

13. Klik Other User.

14. Default Administrator adalah kosong, jadi taipkan Administrator dan tekan Enter.

15. Anda diminta menukar password. Taip dan tekan Ok.

16. Pada bahagian Password asal, tinggalkan default password sebagai kosong (tiada apa-apa karakter), dan masukkan password baru sekurang2nya 7 karakter yang mengandungi gabungan karakter yang pelik, seperti Pa$$w0rd sebanyak dua kali mengikut kotak yang disediakan. Pastikan tidak lupa.

17. Untuk confirmation terhadap penukaran password, tekan Ok.

18. Akhirnya, desktop muncul. Anda akan melihat tetingkap initial server configuration. Anda boleh terus membuat konfigurasi server di sini.

Maklumat rasmi dari Microsoft berkenaan Windows Server 2008 boleh didapati dari Windows Server 2008 homepage.

No comments: