Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, February 13, 2012

Maksud Hub, Switch dan Router

(tajuk berkaitan: Apa itu, makna, maksud, erti, arti, beza, beda Hub, Switch dan Router)

Ketiga-tiga Hub, Switch dan Router kelihatan seakan-akan serupa fizikal dan fungsinya. Kesemuanya dilihat secara fizikal mempunyai port (soket sambungan di mana kabel rangkaian boleh dicucuk padanya). Kesemuanya sering disebut-sebut apabila rangkaian komputer mahu dibina. Adakah mereka serupa?



Hub adalah alat untuk menyambungkan peranti di dalam rangkaian komputer. Hub kebiasaannya digunakan untuk menyambungkan sebahagian segmen daripada rangkaian LAN (Local Area Network). Apabila isyarat paket data (english:data packet) tiba pada satu port, isyarat ini akan disalin ke port-port yang lain agar semua port menerima isyarat ini. Walaupun semua port menerima isyarat ini, hanya port yang bersambung dengan peranti destinasi data sahaja yang akan menerima dan menghantar isyarat ini ke destinasi tersebut.


Sifat hub yang mengulangi isyarat ke semua port menjadikan ia tidak cekap kerana hal ini akan mengakibatkan laluan data menjadi sesak.



Switch adalah alat yang boleh menapis (english:filter) dan menghantar (english:forward) isyarat paket data di antara segmen rangkaian LAN. Switch beroperasi pada lapisan hubungan data paras 2 (english:data link level, layer2) dan adakalanya pada lapisan rangkaian paras 3 (english:network level, layer 3) di dalam Model OSI (Open Standard Interconnectivity). Rangkaian LAN yang menggunakan switch dipanggil Switched LAN atau (jika rangkaian ini berdasarkan Rangkaian Ethernet) disebut juga EThernet LAN.


Switch lebih cekap berbanding Hub kerana ia tidak mengulangi isyarat ke semua port. Sebaliknya ia memilih port destinasi sahaja dan menghantar isyarat data ke destinasi melalui port tersebut.

Router adalah alat yang menghantar (english:forward) paket data di antara rangkaian komputer. Router disambungkan sekurang-kurangnya pada dua rangkaian, kebiasaannya di antara LAN-LAN, atau LAN-WAN atau LAN-ISP. Router Rangkaian terletak pada Gerbang Rangkaian (english:Network Gateway) iaitu tempat di mana dua rangkaian berhubung. Router mempunyai senarai rujukan headers dan forwarding untuk menentukan laluan isyarat paket data yang diterimanya.


Pada hari ini kebanyakan Router dilengkapkan fungsi serbaguna. Ia mengandungi fungsi Switch dan fungsi-fungsi yang lain seperti Network Address Translator (NAT), Dynamic Host Configuration (DHCP) server, Domain Name Service (DNS) proxy server dan Hardware Firewall.

Ringkasnya, sebagai pilihan yang mudah, pembina rangkaian biasanya memilih samada kombinasi Router-Switch atau Router yang dilengkapkan dengan Switch.

sumber: http://ask-leo.com/whats_the_difference_between_a_hub_a_switch_and_a_router.html


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

7 comments:

Unknown said...

tq 4 sharing..

Unknown said...

thanks for information

Unknown said...

thanks for information

Anonymous said...

thank you

Unknown said...

tq 4 sharing

missyMM said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ni. selamat berpuasa :)

Unknown said...

Terima kasih kerana kongsi ilmu