Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, April 29, 2009

Maksud Multitasking


"Multitasking" bermaksud kaedah di mana pelbagai tugas, atau proses, dijalankan dengan berkongsi sumber pemprosesan yang sama. Bagi komputer yang mempunyai satu CPU, hakikatnya hanya satu tugas sahaja yang dapat dijalankan pada sesuatu masa. Melalui kaedah multitasking, beberapa tugas yang "kononnya" mahu dijalankan serentak akan digilirkan. Olehkerana penggiliran tugas ini berlaku begitu pantas, komputer ini kelihatan seolah-olah melakukan pelbagai tugas serentak dalam satu masa.

Strategi Penggiliran (Scheduling Strategy) terbahagi kepada beberapa kategori:
1) Dalam "Multiprogramming" - tugas akan dilaksana secara berterusan sehinggalah apabila ia tiba ke operasi yang memerlukan "event" luar. Multiprogramming direka untuk memaksimakan penggunaan CPU.

2) Sistem "Time-Sharing" - direka untuk membenarkan beberapa program dilaksanakan secara serentak. Kebiasaannya istilah "Time-Sharing" merujuk kepada sistem komputer menggunakan terminal seperti IBM TSO dan VM/CS

3) Sistem "Real-Time" - merujuk kepada tugas yang menunggu isyarat "event" luar sebelum ia dilaksanakan. Kebiasaannya ia direka untuk mengawal peranti mekanikal seperti robot industri yang memerlukan pemprosesan berdasarkan masa.

Diterjemahkan dari:


Gallery: fb.me/NotaMotivasi - Koleksi Motivasi, Kata Mutiara dan Kata Minda.

No comments: