Apa itu, Erti Process Virtual Machine (PVM)
Process Virtual Machine atau Application Virtual Machine adalah sejenis perisian yang menjalankan program lain di dalamnya. Tujuan Process Virtual Machine dicipta adalah untuk menjadi perantara di antara program di dalamnya dan operating system yang berada di luar PVM. Melalui kaedah ini, pengaturcara program PVM hanya perlu menulis program yang menepati keperluan PVM manakala PVM akan berinteraksi dengan operating system untuk mendapatkan sumber sistem yang diperlukan oleh program di dalamnya. Oleh itu pengaturcara program tidak perlu menulis pelbagai versi programnya untuk menepati keperluan operating system yang berbeza.
Dua contoh PVM yang berjaya adalah Java Virtual Machine (JVM) dan Dalvik Machine. JVM boleh dijalankan di atas sistem Windows, Linux dan Macintosh. Manakala DM dijalankan khususnya di atas sistem Android; sistem yang digunakan secara meluas untuk mesin tablet dan telefon pintar.
No comments:
Post a Comment