(Maksud, Erti, Apa Itu, Definisi C#)
C# (disebut sebagai see sharp) adalah sejenis bahasa pengaturcaraan yang dibina oleh Microsoft menerusi inisiatif .NET dan kemudiannya diterima oleh badan penarafan ECMA sebagai ECMA-334 dan ISO/IEC 23270:2006. C# adalah salah satu bahasa yang direka untuk Common Language Infrastructure di dalam .NET.
C# disasarkan untuk menjadi bahasa berorientasikan objek yang moden, pelbagai guna dan mudah. Ia dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh Anders Hejlsberg. Versi terkini adalah C# 5.0 yang dikeluarkan pada 15 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment