Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label sistem pengendalian. Show all posts
Showing posts with label sistem pengendalian. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Sejarah Linux

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (21/04/2009)

DRAFT = Masih Disunting (still edited) =

Artikel ini adalah sebahagian daripada Projek Buku Teks Linux Malaysia. Sila rujuk bahagian Sejarah Linux untuk perbincangan dan kemas kini.


Unix adalah sebuah sistem operasi yang matang, satu perisian yang mengawal komputer, menjadi orang tengah antara anda dan komputer dan menyediakan alatan daripada segi perisian dalam membantu kerja-kerja anda. Ia direka supaya mudah dikendali, cekap dan mempunyai pelbagai suasana komputer.


Sejarah Unix

http://www.bell-labs.com/history/unix/


Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division of AT&T) berkerjasama dengan General Electric dan Project MAC of MIT untuk menulis sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic. Tidak lama kemudian, menyedari projek itu tidak ke mana Bell Labs membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu. Ini meninggalkan Bell Labs tanpa sebarang sistem operasi.

Ken Thompson, Dennis Ritchie, Doug McIlroy, dan J. F. Ossanna kemudian merangka sebuah sistem operasi yang sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada tahun 1969, Dennis Ritchie dan Ken Thompson menulis semula sebuah permainan komputer "SPACE TRAVEL" daripada GE-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX pun dilahirkan. Seorang penyelidik Bell Labs, Brian Kernighan, memberikan nama sistem ini UNIX.

Untuk layak dipanggil sebagai sistem operasi yang sebenar, sesebuah sistem operasi sekurang-kurangnya mempunyai dua kelayakan. Lebih daripada seorang pengguna dapat menggunakan sistem operasi tersebut dalam satu masa dan ia mampu menjalankan lebih daripada sebuah perisian pada waktu yang sama (multi-user dan multi-tasking) sejak tahun 1970 UNIX telah memenuhi keperluan ini.

Dengan UNIX, setiap penggunanya mempunyai nama kemasukan (login name) mereka sendiri dan sebaiknya setiap pengguna akan mempunyai kata lepas (password). Dengan penggunaan nama kemasukan dan kata lepas, pengguna dapat dikenal pasti sebagai apa yang mereka kenalkan diri mereka kepada sistem (login dan password). Setiap komputer UNIX, pengguna yang memasuki sistem tersebut mempunyai identitinya tersendiri. Sama ada

daripada nama komputer dan sekiranya ia disambungkan kepada rangkaian ia akan mempunyai nombor IP dan nama domain.

Tahun yang paling penting bagi UNIX adalah pada tahun 1973, apabila UNIX ditulis semula dalam bahasa C. Dengan bahasa ini, ia memudahkan UNIX dialihkan kepada pelbagai jenis perkakasan komputer. Kini UNIX telah dijalankan dan dibangunkan kepada hampir kesemua perkakasan komputer yang anda. Daripada Intel, SPARC, Motorola, ARM dan pelbagai lagi.

Pelbagai vendor telah membeli kod asal UNIX dan kemudiannya membangunkan UNIX sesuai dengan keperluan dan perkakas yang mereka keluarkan. IBM dengan UNIX yang dipanggil AIX, HP dengan UNIX yang dipanggil HP-UX, SUN dengan UNIX yang dipanggil Sun Solaris dan pelbagai lagi. Malang sekali tiada pemusatan daripada segi pembangunan UNIX yang mengakibatkan terdapat pelbagai perbezaan di antara UNIX yang dikeluarkan oleh pelbagai vendor. Sehinggalah tahun 1990, apabila sebuah standard untuk UNIX dipersetujui. Pada tahun itu Standard IEEE POSIX.1 diperkenalkan. http://www.pasc.org/

Sekitar tahun 1975, Thompson telah membawa kod-kod UNIX ke Universiti California di Berkeley dan menggalakkan pembangunan UNIX di unversiti itu,http://daemonz.org/bugs/history.html. Di sini lahirlah Unix BSD atau Berkely Software Distribution.

Pada masa ini sistem operasi UNIX mempunyai tiga keluarga yang besar, yang berasaskan kod-kod UNIX keluarga Sistem V (kod-kod yang dibeli daripada AT&T dan kemudiannya milik Unix System Laboratories) dan keluarga BSD (kod-kod berasaskan UNIX yang dibangunkan daripada BSD). Keluarga UNIX yang terakhir, yang kod-kod tiada kaitan dengan kod-kod asal UNIX adalah klon UNIX, Linux. UNIX kini adalah tanda niaga milik The Open Group.

Kelemahan utama UNIX adalah ia kod-kodnya adalah besar (ia dijalankan di dalam sistem-sistem mahal dan mempunyai sumber sistem yang tinggi) dan harganya terlalu mahal. Di

sinilah Linux memainkan peranannya. Linux dibangunkan agar ia kecil, pantas dan murah. Setakat ini pembina Linux masih mengekalkan konsep ini. Linux mampu dijalankan dalam keadaan paling minimum seperti komputer Intel 286, 386 dan 486, komputer yang mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan sistem operasi berasaskan Windows. Sejarah Linux http://www.li.org/linuxhistory.php

Linux (Sebutan "LINN-ooks") asalnya dibina oleh Linus Torvalds daripada Universiti Helsinki di Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC yang dipanggil Minix. Oleh kerana Minix hanya dibina untuk tujuan pengajaran sistem operasi dan kekurangan pelbagai perkara yang ada di dalam Unix, Linus mengambil keputusan menulis semula sistem operasi itu dan ia dinamakan Linux. Yang ditulis pada masa itu di atas komputer "Sinclair QL" dengan memori hanya 4MB. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan kepada umum dan Linus telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan menggalakkan penyebaran dan pembangunan Linux oleh orang lain. Pembangunan Linux terus berkembang dengan diketuai oleh Linus, oleh kumpulan pembangunan sistem Linux yang berada di seluruh dunia melalui Internet.

Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars Episode II - "Attack Of The Clones"). Ia ditulis semula daripada asal dan asas agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System Laboratories dan Universiti California di Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux. Linux adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya yang sedia mematuhi standard yang telah ditetapkan di bawah dokumen POSIX-1 dan POSIX-2.

Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL) salah satu jenis perlesenan dalam Sumber Terbuka. Lesen ini telah ditulis oleh oleh Free Software Foundation (FSF), http://www.opensource.org/ bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan penyebaran kod-kod aplikasi.

Secara ringkasnya, walaupun anda boleh mengenakan bayaran kepada salinan kod-kod yang anda serahkan kepada orang lain, namun anda tidak berhak untuk menghalang orang yang telah anda telah jualkan atau serahkan kod-kod itu daripada menjual atau menyerahkan kod-kod itu kepada orang lain walaupun secara percuma atau dengan harga lain yang telah mereka telah tetapkan. http://www.opensource.org/licenses/index.html

Ini juga bermaksud kod-kod asal perisian di bawah lesen ini boleh didapati secara bebas tanpa halangan. Ini satu berita yang baik untuk pembangun aplikasi, mereka boleh mengubah mana-mana aplikasi di bawah GPL dan masih boleh menyebarkan kod-kod yang mereka ubah dan baiki dengan syarat kod-kod itu juga perlu dilesen di bawah lesen yang sama.

Apa yang dibina oleh Linus hanyalah Kernel kepada Linux. Tanpa perisian-perisian lain, sistem operasi Linux tidak lengkap. Kebanyakan perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux datang daripada FSF dan projek GNU. Projek GNU http://www.gnu.org/ adalah usaha untuk menulis sistem operasi mudah alih dan canggih yang menyerupai UNIX. Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis sistem dan mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi. Sistem Operasi di dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di antara Hurd dan Linux bukan daripada segi antara muka tetapi daripada segi pembangunan. Hurd adalah sistem operasi moden dan Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada Unix.

Aplikasi daripada projek ini tidak perlu ditulis semula untuk Linux. Dengan kompiler C, GCC untuk Linux, maka perisian yang lain dengan mudah dibina semula di dalam Linux tanpa perubahan yang besar.Tanpa GCC dan perpustakaan Linux C, tidak mungkin perkara ini dilakukan. Penghargaan perlu diberikan kepada H. J. Lu dan juga mereka yang terlibat dalam semua projek GNU dan Linux.

Bagi yang berminat rujukan untuk dakwaan SCO mengenai Linux boleh dilihat di laman ini http://www.groklaw.net/

Untuk Runding Cara Unix Dan Linux untuk pelbagai penyelesaian murah untuk "Email", "Web Server", "Internet Proxy" dan pelbagai sila rujukhttp://www.geocities.com/linuxmalaysia/rundingcara-linux.html

[ Nota Untuk Kelas Moodle Linux ] [ Home ]

Laman Ini Di Internet : - http://www.geocities.com/buku_teks_linux_malaysia/sejarah-linux.html Laman Asal ini di Internet Malaysia :-http://www.geocities.com/linuxmalaysia/sejarah.html Laman Cermin Di : http://www.myoss.net/moodle/file.php/2/sejarah-linux.html


--linuxmalaysia 7 Julai 2005 21:20 (UTC) Harisfazillah Bin Jamel linuxmalaysia hafnie

V 2.0 07JUL2005

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2003 2004 2005 http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

http://www.geocities.com/linuxmalaysia http://hafnie.blogspot.com/

Windows Vista

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (21/04/2009)

Windows Vista
(Bahagian daripada keluarga Microsoft Windows)
Tampilan

Tampilan antaramuka Windows Vista Ultimate
Syarikat/Pembangun:
Microsoft
Laman web: Laman web Windows Vista
Maklumat keluaran
Tarikh pelancaran:
Dalam pasaran: 30 Januari 2007,
RTM: 8 November2006,
Vol. Lic.: 30 November2006
Maklumat
Versi sekarang: 6.0 Service Pack 1 (SP1) (Build 6001), 4 Februari 2008 maklumat
Model punca:Sumber tertutup / Sumber berkongsi
Lesen:MS-EULA
Jenis Inti:Inti hibrid
Status penyokongan
Sekarang
Pembacaan lanjut

Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007[1]. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005[2]. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaranMicrosoft Windows.

Windows Vista memberikan banyak taksiran negatif. PC World telah menyeneraikan #1 dari "15 teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak pengguna suka bergantung pada XP, manakala lain-lain yang sudah meningkat telah menjatuhkan semula."[3] Kritikan Windows Vista memasukkan masa pembangunan yang berpanjangan, istilah perlesenan paling terbatas, pemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital baru bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi, kekuranganpemandu bahan untuk sesuatu perkakasan, dan pengguna ciri-ciri baru lain seperti User Account Control.

Isi kandungan


Perkembangan

Microsoft telah memulakan kerjanya di atas Windows Vista, dikenali pada masa itu dengan nama kod "Longhorn" pada Mei 2001[4], lima bulan sebelum keluaran Windows XP.


Edisi Windows Vista

  1. Starter Edition - disasarkan kepada komputer berspesifikasi rendah untuk meningkatkan kadar celik IT terutamanya di kawasan pedalaman serta didapati dalam beberapa bahasa tempatan seperti versi Bahasa Melayu (Windows Vista Starter Edition bahasa Melayu masih belum dilancarkan buat masa ini) Versi Starter Edition tidak dilengkapi antaramuka Aero.
  2. Home Basic - untuk pengguna komputer rumah yang hanya sekadar melepasi keperluan minima Vista Capable dan menggunakan komputer untuk tugasan asas sahaja. Versi Home Basic juga tidak dilengkapi antaramuka Aero.
  3. Home Premium - untuk sebahagian besar pengguna komputer rumah.
  4. Enterprise - untuk perniagaan berskala kecil yang menyertai program Microsoft Software Assurance.
  5. Business - disasarkan untuk semua jenis perniagaan.
  6. Ultimate - merangkumi kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam edisi Home Premium dan Business, disasarkan kepada pengguna komputer yang berkuasa tinggi.

Versi tanpa Windows Media Player bagi edisi-edisi di atas, dikenali sebagai versi N juga didapati di Eropah akibat tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah terhadap Microsoft kerana menyertakan Windows Media Player di dalam Windows.


Ciri-ciri utama Windows Vista

  1. Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas.
  2. Indeks Pengalaman Windows - Indeks Pengalaman Windows adalah satu skema pemarkahan perkakasan oleh Microsoft bagi menguji keupayaan konfigurasi komputer yang digunakan untuk menjalankan Windows Vista. Markah bagi indeks tersebut diambil berdasarkan markah terendah bagi perkakasan yang digunakan. Indeks tersebut berguna sebagai panduan buat pengguna untuk menilai spesifikasi komputer mereka serta merancang naik taraf yang diperlukan sekiranya markah yang diperolehi adalah rendah.
  3. Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3 markah dalam Indeks Pengalaman Windows.
  4. Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows Explorer yang membentuk cangkerang utama dalam Windows kini disepadukan dengan panel kawalan Control Panel serta beberapa perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan serta memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows.
  5. Ease of Access - Bahagian Ease of Access menggantikan Accessibility bagi tujuan membantu orang kurang upaya untuk menggunakan komputer. Di dalam Ease of Access ini, sistem pengecaman suara serta bacaan telah disepadukan sepenuhnya bagi membolehkan pengguna kurang upaya menggunakan komputer dengan lebih mudah.
  6. Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Teknik pencarian sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.
  7. Menu Start yang dikemaskini - Menu Start di dalam Windows Vista dikemaskini dengan menu program berstruktur pohon agar lebih tersusun berbanding versi terdahulu Windows. Selain itu, menu Start di dalam Vista turut dilengkapi enjin pencari bagi membolehkan pengguna mencari program.
  8. User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada sistem komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik komputer sendiri untuk mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini kepada sistem komputer. Bagi mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan menegluarkan tetingkap pertanyaan bagi mengesahkan sebarang perubahan kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan pentadbir boleh melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan kata laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan pengguna akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar membetulkan jam dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun pentadbir dapat mengawal sistem dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko keselamatan.
  9. Ibu jari previu (Preview Thumbnail) - Dengan menggerakkan tetikus ke ikon program yang sedang berjalan pada bar tugasan, pengguna dapat melihat sepintas lalu kandungan program yang dibuka.
  10. Windows Flip 3D - Dengan menekan kombinasi kekunci Windows+Tab, pengguna boleh melihat secara sekali imbas tetingkap program-program yang telah dibuka, berbeza dengan cara lama iaitu kombinasi Alt+Tab yang hanya membolehkan pengguna melihat ikon program yang dibuka.
  11. Windows Defender - Windows Defender adalah perisian antipengintip percuma yang didatangkan bersama Windows Vista untuk melindungi sistem pengendalian daripada serangan perisian pengintip.
  12. Internet Explorer 7 - Internet Explorer 7 ialah versi terbaru pelayar Web keluaran Microsoft. Antara ciri-ciri utamanya termasuklah pelayaran bertab, ejen pencari bersepadu serta pengurusan plug-in.
  13. Windows Media Player 11 - Versi terkini pemain media digital Microsoft ini turut dilengkapi enjin pencari yang mencari fail media sambil pengguna menaip nama fail bagi membolehkan pengguna mencari dan memainkan fail media dengan pantas.
  14. Windows Update - Pada versi terdahulu Windows, Windows Update memerlukan pengguna memasuki laman web Windows Update melalui pelayar Internet Explorer. Malangnya, sesetengah pengguna yang mempunyai masalah dengan pelayar Internet Explorer mereka tidak dapat mengemaskini sistem pengendalian Windows mereka, tambahan pula Windows Update hanya menyokong pelayar Internet Explorer sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel, membolehkan pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu membuka Internet Explorer.
  15. Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows memanfaatkan ruang kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik prestasi ingatan Windows.
  16. Windows Photo Gallery - Windows Photo Gallery adalah perisian pengurusan fail imej bagi menggantikan Windows Image and Fax Viewer dalam Windows XP. Jika dahulunya fungsi Windows Image and Fax Viewer hanya terhad untuk memaparkan imej, Windows Photo Gallery boleh mengimport gambar dari kamera digital serta melakukan sedikit suntingan ringan pada gambar.
  17. Bar tepi (sidebar) - Bar tepi menempatkan beberapa perisian mini yang dipanggil gajet seperti jam, kalendar, nota kecil serta ramalan cuaca.
  18. Windows Ultimate Extras - Windows Ultimate Extras adalah sekumpulan perisian tambahan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Update khusus untuk pengguna Windows Vista Ultimate sahaja.


Gaya visual

Windows Vista mempunyai empat gaya-gaya visual yang berbeza[5].

Windows Aero
Vista's premier visual style, Windows Aero, is built on a new desktop composition engine called Desktop Window Manager. As such, Windows Aero mempunyai keperluan tinggi daripadanya. 128 MB ingatan grafik ialah keperluan minimum, bergantung kepada resolusi digunakan[6]. Windows Aero (termasuklah Windows Flip 3D) tidak didapati di dalam edisi Starter dan Home Basic.


Keperluan sistem

Buat masa kini, keperluan sistem untuk pemasangan Windows Vista boleh dikatakan agak berat. Spesifikasi minimum Windows Vista boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Vista Capabledan Vista Premium Ready. Sesebuah komputer yang melepasi keperluan Vista Premium Ready dapat menikmati ciri-ciri hebat Windows Vista dengan lancar tanpa terasa berat serta dapat menikmati antaramuka Windows Aero. Sungguhpun demikian, sesetengah perisian menyebabkan Windows menggunakan antaramuka asas secara sementara walaupun melepasi spesifikasi Vista Premium Ready dan kembali kepada antaramuka Aero setelah perisian tersebut ditutup.

Keperluan sistem Windows Vista
Vista Capable[6]Vista Premium Ready[6]
Pemproses800 MHz1.0 GHz
Ingatan512 MB RAM1 GB RAM
Kad grafikSerasi DirectX 9GPU serasi DirectX 9 dengan Pembayang Piksel Perkakasan v2.0 dan sokongan pemacu WDDM 1.0
Ingatan grafikN/A128 MB RAM menyokong sehingga 2,756,000 jumlah piksel (1920 × 1200) atau 512 MB+ untuk resolusi lebih tinggi seperti 2560x1600[7]
Kapasiti cakera keras20 GB40 GB
Ruangan bebas cakera keras15 GB15 GB
Pemacu lainCD-ROMDVD-ROM


Service Pack 1

Microsoft sekali-sekali mengeluarkan pek-pek servis untuk sistem pengendalian Windows untuk membaiki masalah-masalah dan menambahkan ciri-ciri. Windows Vista Service Pack 1 (SP1) yang dikeluarkan pada 4 Februari 2008 disertai dengan Windows Server 2008 kepada pengeluar OEM selepas tempoh pengujian beta selama lima tahun. Pelanggan MSDN yang boleh memuat turun SP1 pada 15 Februari 2008. Service Pack 1 akan dikeluar kepada pengguna Windows Vista sekarang pada pertengahan Mac.[8][9][10] Kertas putih diterbitkan oleh Microsoft pada akhir Ogos 2007 menjelaskan tujuan pek servis, mengecamkan tiga kawasan kemajuan major: kebolehpercayaan dan pencapaian, pengalaman pentadbiran dan penyokong untuk perkakasan dan piawai baru.

Service Pack 1 memperkenalkan penyokong untuk penyokongan dan piawai perkakasan dan perisian baru, ketaranya ialah sistem fail exFAT[9], penjaringan 802.11n tanpa wayar[11], IPv6 di atas rangkaian VPN[11], dan Secure Socket Tunneling Protocol. Versi Windows Installer diperbaikan adalah dimasukkan yang memberi penyokongan untuk urus niaga pakej berganda dan membenamkan antara muka pengguna untuk pakej Windows Installer kanak di dalam ibu bapa sesi pemasangan.[12] Memulakan sistem mengunakan Extensible Firmware Interface di sistem x64 juga diperkenalkan[9]; ciri ini asalnya dijangkakan untuk keluaran asal Vista tetapi ditangguhkan kerana tiada perkakasan yang sesuai pada masa itu.

Kawasan sangat berharga ialah pencapaian. Kawasan pembaikan termasuklah pengendalian salinan fail, penghibernatan, log keluar di mesin-mesin disambung kawasan, penghuraian Javascript di Internet Explorer, pelayaran perkongsian fail rangkaian,[9] pengendalian fail Windows Explorer ZIP,[13] dan Windows Disk Defragmenter[14]. Kebolehan memilih pemacu individu untuk depecahkan yang diperkenalkan semula.[9]

Dua kawasan-kawasan yang menunjukkan perubahan di Service Pack 1 yang didatangkan sebagai faedah-faedah sebagai akibat bimbangan dari pengeluar perisian. Satu daripadanya ialah pencarian desktop; pengguna akan menukar program pencarian desktop yang lalai kepada satu dibekalkan oleh majlis ketiga, dan program-program pencarian desktop akan bergabung dengan servis mereka ke dalam sistem pengendalian.[10] Perubahan ini adalah bahagian kerana rungutan dari Google, aplikasi Google Desktop Search mereka yang dihalang oleh kehadiran pencarian desktop Vista. Pada Jun 2007, Google mendakwa bahawa perubahan diperkenalkan untuk Service Pack 1 adalah langkah dalam jalan betul, tetapi patut diperbaikkan untuk memberi pengguna kemudahan kepada pembekal pencarian desktop alternatif[15]. Kawasan lain ialah set API baru yang diperkenalkan untuk perisian antivirus yang sekarang bergantung kepada langkah menampalkan inti yang tidak disokongkan[16][17].

Pembaikan DirectX 10, dinamakan DirectX 10.1,[9] menjadikan ciri-ciri mandatori yang sebelumnya tidak wajib dalam perkakasan Direct3D 10. Papan-papan grafik akan diperlukan untuk menyokong DirectX 10.1.[18] Service Pack 1 mengandungi inti yang adalah sama dengan versi dalam Windows Server 2008.

Group Policy Management Console yang digantikan oleh Group Policy Object Editor. Versi muat turun Group Policy Management Console yang diperbaiki adalah dijangkakan untuk keluaran pada tempoh sama dengan pengeluaran bekas servis.[9]


Kritikan

Rencana utama: Kritikan Windows Vista

Windows Vista memberikan banyak taksiran negatif. Kritikan-kritikan termasuklah masa pembangunan yang berpanjangan, istilah perlesenan yang paling terbatas, pemasukan teknologi bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi[19], dan kegunaan teknologi keselamtan User Account Control baru. Tambahan pula, sesuatu bimbangan yang ditimbul tentang banyak komputer-komputer menemui keperluan "Vista Premium Ready" dan penghargaan Vista. Apabila ditanyakan di Gizmodo CES apa produk Microsoft boleh menggunakan mengilatkan sebelum keluaran, penubuh Microsoft Bill Gates kata, "Ask me after we ship the next version of Windows. Then I'll be more open to give you a blunt answer."[20][21]

Keperluan perkakasan
Menurut Microsoft, "hampir kesemua PC di pasaran sekarang akan menggunakan Windows Vista" dan kebanyakan PC yang dijual selepas tahun 2005 mampu menjalankan Vista[22]. Walau bagaimanapun, keperluan bagi menjalankan ciri-ciri lanjutan, seperti antaramuka Aero, mungkin memberi kesan kepada banyak pengguna. Menurut Elizabeth Judge, kesemua ciri penuh "hanya boleh didapati kurang daripada 5 peratus dalam pasaran PC Britain."[23]
Pengendalian fail lambat
Apabila dikeluarkan, Vista menjalankan pengendalian fail seperti menyalinkan dan memadamkan yang paling lambat berbanding dengan sistem-sistem pengendalian. Salinan besar diperlukan apabila memindahkan dari komputer ke satu sama lain yang amat sukar tanpa menggunakan baris pemerintah. Ini mengakibatkan kritikan yang kuat.[24] Selepas enam bulan, Microsoft mengesahkan masalah-masalah dengan mengeluarkan penaikan khas[25], yang kemudian melalui Windows Update, dan dimasukkan di Service Pack 1.[26]
Pelesenan dan harga
Perkenalan sekatan pelesenan tambahan yang telah dikritikkan.
Pengurusan hak digital
Satu lagi kritikan sama membimbangkan perintegrasian bentuk Pengurusan Hak Digital (DRM) kedalam sistem pengendalian, secara spesifik Protected Video Path (PVP). Reka bentuk ini direkakan supaya "kandungan premium" dari cakera HD DVD atau Blu-ray mungkin mandat bahawa sambungan di antara komponen-komponen PC dilindungi.
Software Protection Platform
Vista termasukkan teknologi-teknologi anti-cetak rompak perisian, berdasarkan WGA dari Windows XP dipanggil Software Protection Platform (SPP)[27]. Komponen major ialah mod fungsi dikurangkan baru, yang Vista masuk apabila ia mengesan bahawa pengguna menggagalkan "pengaktifan produk atau bahawa salinan itu dikesan sebagai tidak tulen",[28] yang dijelaskan dalam kertas putih Microsoft seperti berikut: "The default Web browser will be started and the user will be presented with an option to purchase a new product key. There is no start menu, no desktop icons, and the desktop background is changed to black. [...] After one hour, the system will log the user out without warning".[29] Ini yang dikritikkan,[30][31]terutamanya diberi laporan "positif palsu" oleh SPP yang terdahulu,[32] dan satu kegelapan server pengesahan.[33][34] Microsoft telah memadamkan mod fungsi dikurangkan di Service Pack 1 menyokong notis-notis di sistem-sistem tidak tulen.[35]


Lihat juga


Nota dan rujukan

  1.  Microsoft Launches Windows Vista and the 2007 Office System to ConsumersPressCentre. Microsoft New Zealand (2007-01-30). Dicapai pada 2007-01-30.
  2.  Microsoft (2005-07-22). Media Alert: Microsoft Unveils Official Name for “Longhorn” and Sets Date for First Beta Targeted at Developers and IT Professionals. Dicapai pada 2007-01-02.
  3.  Dan Tynan (2007-12-16). The 15 Biggest Tech Disappointments of 2007PC World. IDG. Dicapai pada 2007-12-18.: senaraikan sebagai #1 dari "The 15 Biggest Tech Disappointments of 2007"
  4.  Galli, Peter (2001-07-30). Pushing Forward - the next version of WindowseWeek. Dicapai pada 2006-07-07.
  5.  VedBrat, Kam. Desktop And Presentation Impact On Hardware Design (Powerpoint presentation)Microsoft. Dicapai pada 2006-09-01.
  6. ↑ 6.0 6.1 6.2 Windows Vista Enterprise Hardware Planning GuidanceTechNet. Microsoft (2006). Dicapai pada 2006-10-26.
  7.  64 MB RAM menyokong Aero sehingga 1,310,720 jumlah piksel (1280 × 1024) tetapi bukan Premium Ready [1]
  8.  "Announcing the RTM of Windows Vista SP1", Microsoft, 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-04. 
  9. ↑ 9.0 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 "Windows Vista Service Pack 1 Beta White Paper", Microsoft, 2007-08-29, pp. 1. Dicapai pada 2007-08-29. 
  10. ↑ 10.0 10.1 "Feb. Launch Now Set for Windows Vista SP1", PC World Magazine, 2008-01-31. Dicapai pada 2008-01-31. 
  11. ↑ 11.0 11.1 Zheng, Long (2007-07-22). Collection of published Vista SP1 API changes from MSDN. Dicapai pada 2007-07-23.
  12.  Windows InstallerMSDN (2007-06-01). Dicapai pada 2007-07-08.
  13.  Mark Russinovich (August 7 2007). The Case of the Failed File CompressionMark's Blog. MSDN Blogs.
  14.  Don’t judge a book by its cover – why Windows Vista Defrag is coolThe Filing Cabinet. MSDN Blogs (January 26 2007). Dicapai pada 2007-04-06.
  15.  Ken Fisher (June 21 2007). Google says Vista search changes not enoughArs Technica. Dicapai pada 2007-10-20.
  16.  Fulton, Scott M., III. "Vista SP1 to Include Common Security APIs for Partners", BetaNews, 2006-10-19. Dicapai pada 2007-06-12. 
  17.  Kernel Patch Protection Criteria Evaluation DocumentMicrosoft (2006-12-19). Dicapai pada 2007-06-12.
  18.  Hruska, Joel (2007-08-09). Microsoft releases information on upcoming D3D 10.1 update. Dicapai pada 2008-08-10.
  19.  Sullivan, John (2007-03-06). What's wrong with Microsoft Windows Vista?. Bad Vista. Dicapai pada 2007-03-24.
  20.  Gates Wishes More Polish Had Gone Into Vista, Sort of Accessed 23 February 2008.
  21.  Holy Crap: Did Bill Gates Just Say Windows Sucks? Accessed 23 February 2008.
  22.  Spooner, John G. (2005-08-05). Will Your PC Run Windows Vista?. eweek.com. Dicapai pada 2006-08-15.
  23.  Judge, Elizabeth (2006-05-20). Windows revamp 'too advanced for most PCs'. The Times. Dicapai pada 2006-08-15.
  24.  calculating time remaining moving, deleting, copying files very slow.
  25.  An update is available that improves the performance and reliability of Windows Vista.
  26.  Windows Vista Service Pack 1 Beta White Paper. (See 'Performance' section)
  27.  Computerworld. The Skinny on Windows SPP and Reduced Functionality in Vista.
  28.  Microsoft PressPass. Microsoft’s Software Protection Platform: Protecting Software and Customers from Counterfeiter.
  29.  White Paper: Microsoft’s Software Protection Platform: Innovations for Windows Vista and Windows Server "Longhorn" (DOC). Microsoft PressPass (2006-10-03).
  30.  Hands On: A Hard Look at Windows Vista (2006-11-10). Dicapai pada 2007-07-19.
  31.  Bott, Ed (2006-10-04). For Vista, WGA gets tougherEd Bott's Microsoft Report. Dicapai pada 2007-07-19.
  32.  Ed Bott (2006-10-04). WGA failures Another wave of WGA failuresEd Bott's Microsoft Report. Dicapai pada 2007-07-19.
  33.  Windows Genuine Advantage suffers worldwide outage, problems galore (updated). Dicapai pada 2007-08-24.
  34.  Update on Validation Issues Update on Validation Issues. Dicapai pada 2007-07-28.
  35.  Fried, Ina. "Microsoft: Vista piracy rate is half that of Windows XP", 2007-12-03. Dicapai pada 2007-12-04. 


Pautan luar

Carilah maklumat lanjut tentang Windows Vista
melalui projek-projek kembar Wikipedia:

   Takrif kamus dari Wiktionary
   Buku teks dari Wikibooks
   Petikan dari Wikiquote
   Teks sumber dari Wikisource
   Imej dan media dari Commons
   Berita dari Wikinews

[sunting]Microsoft


Tonton semula dan tampilan


Kritikan


Sekuriti mudahnya terdedah