Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Saturday, August 29, 2015

Belum ada rezeki dengan e-rezeki :-)



The requested service is temporarily unavailable. It is either overloaded or under maintenance. Please try later.


Laman Web Rasmi Pdrm Ditutup Sementara Selepas Cubaan Godam


.

Laman Web Rasmi Pdrm Ditutup Sementara Selepas Cubaan Godam


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laman web rasminya tidak dapat diakses seketika bermula lewat petang tadi apabila ditutup disebabkan wujudnya cubaan menggodam.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata laman web berkenaan ditutup sementara bagi proses baik pulih.

"Kita terpaksa tutup dulu untuk buat proses baik pulih dan mengukuhkan tembok api kami," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Sabtu.

Bernama menyedari laman web berkenaan tidak dapat diakses kira-kira 8.20 malam.

Bagaimanapun, semakan semula Bernama mendapati laman web berkenaan dapat diakses semula kira-kira 9.34 malam.

-- BERNAMA
.

Tuesday, August 11, 2015

Maksud Big Data


Apa Itu Big Data | Erti Big Data | Definisi Big Data | Pengenalan Big Data
-
Maksud Big Data

1) Big Data adalah satu istilah yang merujuk kepada data gergasi samada berstruktur atau tidak berstruktur. Saiznya terlalu besar sehingga sukar untuk diproses menggunakan pangkalan data atau perisian tradisional.

2) Sungguhpun demikian, Big Data sangat berguna kepada organisasi melakukan kajian kerana ia dapat meningkatkan operasi dan kecekapan kerja di samping membantu membuat keputusan yang lebih bijaksana.

3) Istilah Big Data juga adakalanya diertikan oleh para pembekal sebagai satu teknologi iaitu gabungan alat (tools) dan proses yang diperlukan oleh organisasi untuk menguruskan data gergasi dan keperluan storannya.

4) Berkemungkinan juga kemunculan istilah Big Data berkait dengan kegiatan syarikat Enjin Carian yang berhadapan dengan cabaran melakukan Query terhadap pelbagai data yang ada di dalam World Wide Web, atau Web.

5) Contoh Big Data adalah seperti data bersaiz petabyte (1,024 terabytes) atau exabytes (1,024 petabytes) yang mengandungi maklumat berjuta manusia yang berpunca dari pelbagai sumber seperti Laman Web, Buku Kontak, Media Sosial dan lain-lain. Selalunya data seperti ini tidak tersusun dengan kemas, tidak lengkap atau sebahagiannya tidak dapat diakses.

6) Apabila mempunyai data gergasi seperti ini, organisasi akan berhadapan dengan masalah seperti mencipta, mengubahsuai atau menyimpan rekod tentangnya. Masalah utama di sini ialah keterbatasan analisa perniagaan (business analytics) sedia ada tidak direka untuk mencari dan mengkaji data yang sangat besar.

7) Walaupun cabaran Big Data ini sangat tinggi, organisasi tidak boleh mengelak dari menguruskannya dengan baik kerana is sangat berguna bagi membantu menaikkan jualan, menarik lebih ramai pelanggan ataupun meningkatkan mutu operasi.

Disesuaikan dari: http://www.webopedia.com/TERM/B/big_data.html

-

Saturday, April 25, 2015

UMNO Website Hacked


---
PETIKAN:

NOTIS
Kehadapan pihak berwajib, kami kembali lagi kali ini. Jangan salah anggap, kami tiada niat buruk. Kami Cuma ingin menyuarakan isi hati kami sahaja yang kami rasakan kalian sebagai golongan atasan negara ini harus pertimbangkannya.

Kehadapan pihak berwajib, kami kembali lagi kali ini. Jangan salah anggap, kami tiada niat buruk. Kami Cuma ingin menyuarakan isi hati kami sahaja yang kami rasakan kalian sebagai golongan atasan negara ini harus pertimbangkannya. Terus kepada tujuan kami, berkenaan dengan isu keadaan semasa rakyat negara pada ketika ini. Kami masih lagi ingat tentang kata-kata seorang menteri yang mengatakan GST akan menyebabkan harga barangan makin murah.

Ya. Ada yang percaya yang dan ada yang tidak percaya.

TAPI APA YANG TERJADI?

• Harga barangan meningkat tanpa kawalan.
• Ramai peniaga terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mampu membayar sewa
• Kos hidup rakyat terutama golongan sederhana dan kebawah terutama pelajar semakin meningkat.
• Kata menteri GST hanya untuk orang kaya, tapi mengapa kami golongan bawahan yang berpendapatan rendah dikenakan GST juga?

Kami sebagai rakyat memilih kalian sebagai pemimpin kami kerana kami yakin dengan kalian untuk membantu kami ke jalan yang lebih baik. Tapi sebaliknya yang terjadi. Kami rakyat disajikan dengan statement yang boleh dikatakan kurang cerdik bagi taraf seorang menteri. Ya kami terkejut dengan statement itu. Statement yang mana oleh siapa kami rasa kalian juga tahu. Tidak perlu kami nyatakan nama beliau di sini. Menjadi pemimpin, rakyat harus diutamakan. Sampai bila kalian hendak menipu rakyat? Saya percaya majoriti kalian adalah beragama Islam. Kami juga rasa kalian tahu bahawa jawatan itu amanah. Kalian tidak takut matikah? Tidak takutkah dengan azab seksa di akhirat sana sekiranya kalian membelakangi amanah rakyat dengan menipu rakyat? Mati tidak mengenal usia tuan2 dan puan2. Kalian golongan atasan adalah role model kepada rakyat. Tapi kalian mengecewakan kami. Sangat mengecewakan kami. Kalian seolah-olah merosakkan legasi pemimpin2 yang terdahulu. Kalian tidak berasa malukah? Tiada maruahkah? Kami tidak faham dengan mentaliti segelintir orang di negara ini baik dari golongan atasan mahupun bawahan yang mementingkan diri sendiri dengan menindas orang lain secara halus. Kalian tidak perlu menafikan kerana kami tahu. Kami bukan lagi orang yang boleh senang2 ditipu seperti sebelumnya. Kami belajar. Kami memerhati. Kami menilai. Dan pada penilaian kami, negara kita di ambang kerosakan. Kerana apa? KERANA KAMI DITIPU OLEH ORANG YANG SEPATUTNYA MENJAGA KEBAJIKAN KAMI. YA. KALIAN DI PUTRAJAYA.

Sunday, March 01, 2015

Maksud Pembangunan Aplikasi Mobile Silang Platform


---
Pembangunan Aplikasi Mobile Silang-Platform
Cross-Platform Mobile Application Development
1) Cross-Platform Mobile Apps bermaksud aplikasi yang berfungsi di dalam pelbagai sistem mobile. Antara sistem yang popular pada hari ini adalah iOS, Android dan Windows Phone. Cross-Platform juga dipanggil Hybrid kerana sifatnya yang menggabungkan pelbagai kaedah dan platform.
2) Cross-Platform menjadi pilihan praktikal untuk dipelajari atas beberapa sebab,
a) Ia menggunakan bahasa aturcara yang lebih senang untuk kebanyakan orang (iaitu HTML5).
b) Ia menjimatkan masa kerana satu projek pembangunan boleh disesuaikan untuk pelbagai platform.
3) Untuk mula mempelajari Cross-Platform Mobile Apps Development, seseorang perlu mempunyai persediaan berikut:
a) Android Mobile Device (*)
b) Komputer
c) Sambungan Internet
*Android menjadi pilihan pertama untuk dipelajari kerana faktor sumber terbuka dan kos pembangunan terendah.
4) Pembelajaran Cross-Platform Mobile Apps Development kebiasaaanya melibatkan kemahiran bahasa HTML5 dan JavaScript Framework.
5) HTML5 bermaksud Bahasa HTML versi ke 5 yang terdiri daripada gabungan HTML, JavaScript dan CSS.
a) HTML digunakan untuk membina struktur dokumen projek.
b) JavaScript digunakan untuk mengawal aktiviti yang terdapat di dalam dokumen projek.
c) Cascading StyleSheet (CSS) digunakan untuk menghasilkan paparan visual menarik bagi struktur dokumen projek.
6) Di samping mempelajari HTML5, anda juga perlu mempelajari JavaScript Framework. Dalam bahasa mudah, Framework bermaksud fungsi dan kaedah yang sudah tersedia untuk digunakan. Justeru kita hanya perlu mempelajari bagaimana menggunakannya sahaja. Hal ini menjimatkan masa dan sumber kita.
7) Terdapat berbagai JavaScript Framework di luar sana tetapi sebagai permulaan elok jika diberi tumpuan kepada tiga Framework sahaja.
a) jQuery - Framework ini membolehkan kita memproses aktiviti bagi dokumen HTML5 dengan lebih mudah.
b) jQuery Mobile - Framework ini membolehkan kita menghasilkan "mobile look-and-feel" bagi dokumen HTML5.
c) PhoneGap/Cordova - Framework ini membolehkan kita menulis aplikasi HTML5 untuk berinteraksi dengan komponen hardware bagi mobile device seperti kamera tanpa perlu mempelajari kod dalam bahasa native seperti Java(Android), Objective-C(iOS) dan seumpamanya.
8) Rujukan asas bagi Framework di atas adalah seperti berikut:
Anda perlu sentiasa melihat maklumat terkini di website2 ini.
9) Di samping rujukan asas, anda juga disarankan merujuk sumber berikut:
Terdapat contoh yang mudah diikuti yang dapat membantu mempercepatkan anda memahami dan meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan HTML5.
10) Untuk memudahkan anda berlatih menulis aturcara, anda disarankan menggunakan khidmat online berikut:
11) Secara anggarannya apabila seseorang mula mempelajari perkara ini peratusan tumpuan pembelajaran adalah seperti berikut:
a) 50% - HTML5, jQuery dan jQueryMobile
b) 20% - PhoneGap/Cordova
c) 20% - Workflow (Develop, Test, Debug, Build)
d) 10% - Back-End development
Ringkasnya, anda perlu peruntukkan hampir 50% masa pembelajaran untuk HTML5, jQuery dan jQueryMobile kerana topik2 inilah yang kritikal dalam menghasilkan Cross-Platform Mobile Apps. Dalam kata lain, jika anda tidak dapat kuasai HTML5, jQuery dan jQueryMobile dengan baik, kualiti Mobile Apps yang anda hasilkan akan terjejas.
12) Sebagai tambahan, anda boleh membaca rujukan berikut supaya faham perbezaan antara Native dan Hybrid Development.
---