Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, January 17, 2012

Maksud Client-Server Architecture (Senibina Pelanggan-Pelayan)



Client-Server Architecture adalah sejenis senibina komputer berangkaian di mana apabila ada dua komputer berinteraksi, satu akan bertindak sebagai Server (Pelayan) manakala satu lagi bertindak sebagai Client (Pelanggan).

(Lihat grafik di atas)

Sebagai contoh, apabila satu sistem komputer di sambungkan ke Internet dan ia berhasrat melawat laman web tertentu, pengguna komputer tersebut akan menaip alamat tapak web ini di dalam perisian Pelayar Web (Web Browser).

1) Pelayar Web akan menghantar permintaan laman web kepada server tapak web tersebut.

2) Server akan memproses maklumat permintaan laman web dari komputer pengguna dan seterusnya menghantar maklumat yang dikehendaki kepada perisian Pelayar Web.

3) Akhirnya, Pelayar Web akan memaparkan maklumat yang tiba dari server ini.

Maksud System Software (Perisian Sistem )

(tajuk berkaitan: maksud perisian sistem, erti perisian sistem, apa itu perisian sistem, perisian pengendalian sistem)

System Software (Melayu: Perisian Sistem) adalah sejenis kategori perisian komputer di mana ia berperanan mengawal pengendalian sesebuah mesin komputer. Bermula dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah mesin itu dimatikan, Perisian Sistem akan memastikan keseluruhan sistem komputer berjalan dengan baik.

Antara Perisian Sistem yang dipasang pada komputer peribadi (personal computer, PC) adalah Microsoft Windows, Macintosh OS dan Linux. Terdapat banyak lagi Perisian Sistem di dalam pasaran.



Topik berkaitan:
  • Bolehkah saya pasang lebih dari satu Perisian Sistem di atas satu mesin komputer?

Apa itu Data, Information, Knowledge, Wisdom?

Data=Fakta asas untuk memproses maklumat
Maklumat=Data yang telah diproses dan berguna untuk menimbang keputusan
Knowledge=Pengetahuan; Keupayaan menyusun dan menggunapakai maklumat
Wisdom=Kebijaksanaan; Gabungan pengetahuan dan pengalaman




Topik berkaitan:

Beza "Software" dan "Program" (Perisian dan Aturcara)

Pada permulaan sejarah komputer, istilah Program (Melayu:Aturcara) digunakan untuk merujuk kepada set arahan yang akan dilaksanakan oleh komputer. Penulis set arahan ini pula dipanggil Programmer (Melayu:Pengaturcara).

Apabila bidang Software Engineering (Melayu:Kejuruteraan Perisian) berkembang, tumpuan System Developer (Melayu:Pembangun Sistem) bukan sahaja tertumpu kepada aturcara tetapi menjangkau kepada data, fail sokongan, dokumentasi sistem dan sebagainya. Satu istilah baru diperlukan untuk mencakupi skop ini.

Institute of Electrical and Electronics Engineers lalu mewartakan perkataan "software" sebagai takrifan yang mewakili:
1) Program
2) Data dan fail sokongan
3) Dokumentasi yang berkaitan

Berdasarkan perkembangan ini, istilah software menjadi "superset" (lebih tinggi) kepada program.

Oleh itu apabila seseorang menyebut perkataan "software" (perisian), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia mewakili tiga juzuk di atas, manakala apabila dia menyebut "program" (aturcara), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia adalah khusus tentang set arahan komputer.

Maksud Asynchronous Digital Subscriber Line (ADSL)

ADSL adalah ringkasan kepada Asynchronous Digital Subscriber Line. Ia adalah teknologi komunikasi jalur lebar (broadband) Digital Subscriber Line (Talian Langganan Digital) yang digunakan untuk sambungan ke Internet. ADSL membolehkan lebih banyak data dihantar melalui talian telefon yang sedia ada berbanding talian modem tradisional iaitu tembaga (copper).

Penapis khas, dipanggil microfilter (Melayu:Penapis Mikro), dipasang pada talian pelanggan ADSL untuk membolehkan perkhidmatan ADSL dan suara (telefon) berjalan serentak.

ADSL memerlukan modem khas dan pelanggan ADSL mestilah berada di lokasi yang berdekatan dengan pusat pembekal ADSL. Kebiasaannya jarak ini adalah dalam lingkungan 2 hingga 2.5 kilometer.

ADSL menyokong kadar data dari 1.5 hingga 9 Mbps apabila menerima data (English:Downstream Rate, Melayu:Kadar Muatturun) dan 16-640 Kbps apabila menghantar data (English:Upstream Rate, Melayu:Kadar Muatnaik)

diekstrak dari: http://www.webopedia.com/TERM/A/ADSL.html