Perisian Sistem (English:System software) adalah sejenis perisian komputer yang berkaitan dengan pengendalian mesin komputer.
Pada amnya, Perisian Sistem dibangunkan secara khusus untuk mesin tertentu. Sebagai contohnya Perisian Sistem Microsoft Windows dipasang pada sebahagian besar mesin komputer serasi-IBM (IBM PC). Di samping itu, teknologi perisian pada hari ini juga membenarkan Perisian Sistem yang tidak serasi dengan sesebuah mesin komputer dipasang secara 'maya' melalui perisian PC Maya (Virtual PC). Oleh itu, pengguna komputer mempunyai peluang lebih banyak untuk mencuba Perisian Sistem yang ada di pasaran.
Antara Perisian Sistem yang pernah berada di pasaran adalah seperti berikut:
- Keluarga Microsoft DOS: DOS 5, DOS 6
- Keluarga IBM OS/2
- Keluarga Microsoft Windows: Windows 95, 98, 2000, Me, XP, Vista, 7, 8
- Keluarga Apple: OSX
- Varian Linux: Red Hat, SUSE, Ubuntu
- Keluarga Amiga
- Keluarga Atari
- Keluarga Symbian
- Keluarga Android
* Perkataan "keluarga" digunakan untuk mewakili kumpulan Perisian Sistem di atas kerana selalunya versi terkemudian daripada keluarga yang sama bersifat serasi sistem terkebelakang (backward compatibility). Perkataan "varian" digunakan mewakili kumpulan khususnya Linux di mana semua varian berasal dari punca yang sama tetapi kemudiannya mempunyai orientasi tersendiri dan mungkin tidak serasi dengan varian yang lain.
No comments:
Post a Comment