Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Friday, February 15, 2013

Maksud Android Application Framework


Android Application Framework merujuk kepada Rangkakerja Aplikasi yang menjadi teras kepada pembangunan aplikasi Android. Setiap aplikasi Android yang hendak dibangunkan akan melibatkan komponen-komponen di dalam Application Framework ini. Komponen ini terdiri daripada:
- Activity Manager
- Window Manager
- Content Providers
- View System
- Package Manager
- Telephony Manager
- Resource Manager
- Location Manager
- Notification Manager



Maksud Dalvik Virtual Machine (DVM)


Dalvik Virtual Machine adalah sejenis aplikasi Process Virtual Machine yang menjalankan apps di atas sistem platform Android. Nama Dalvik adalah bersempena dengan nama kampung penciptanya iaitu Dalvik, Iceland.

Program apps yang ditulis untuk Android lazimnya ditulis dalam bahasa Java. Bahasa ini kemudiannya dikompil kepada Byte Code. Byte Code ini seterusnya pula ditukar kepada Dalvik Executable File (Dex). Format Dex yang lebih compact membolehkannya dijalankan di atas mesin berspesifikasi memori dan pemprosesan terhad seperti tablet dan telefon pintar.


Maksud Process Virtual Machine

Apa itu, Erti Process Virtual Machine (PVM)


Process Virtual Machine atau Application Virtual Machine adalah sejenis perisian yang menjalankan program lain di dalamnya. Tujuan Process Virtual Machine dicipta adalah untuk menjadi perantara di antara program di dalamnya dan operating system yang berada di luar PVM. Melalui kaedah ini, pengaturcara program PVM hanya perlu menulis program yang menepati keperluan PVM manakala PVM akan berinteraksi dengan operating system untuk mendapatkan sumber sistem yang diperlukan oleh program di dalamnya. Oleh itu pengaturcara program tidak perlu menulis pelbagai versi programnya untuk menepati keperluan operating system yang berbeza.

Dua contoh PVM yang berjaya adalah Java Virtual Machine (JVM) dan Dalvik Machine. JVM boleh dijalankan di atas sistem Windows, Linux dan Macintosh. Manakala DM dijalankan khususnya di atas sistem Android; sistem yang digunakan secara meluas untuk mesin tablet dan telefon pintar.

Keunikan Sistem Operasi Android berbanding Sistem Operasi lain


- Google Maps applications
- Background services and applications
- Shared data and inter-process communication
- All applications are created equal
- Wi-Fi Direct and Android Beam
- Home-screen Widgets, Live Wallpaper, and the quick search box

Thursday, February 14, 2013

Awas! Perompak tanpa pisau



Perompak zaman sekarang mungkin tidak berpisau tapi masih berbisa.

Kenapa Laravel tiba-tiba popular?


Laravel adalah sejenis Development Framework yang menggunakan bahasa PHP. Development Framework bukanlah satu istilah yang asing di kalangan pengaturcara PHP. Sebelum ini telah ada Code Igniter dan lain-lain (hampir 20 jenis Development Framework disenaraikan di http://woork.blogspot.com/2008/11/20-great-php-framework-for-developers.html ).

Taylor Otwell, pencipta Laravel dalam blognya, http://taylorotwell.tumblr.com/post/21038245018/why-laravel merumuskan tiga faktor utama barangkali mengapa Laravel menjadi popular:
-Expressive.
-Simple.
-Accessible.

Dalam blog basic-steps saya, anda boleh baca langkah demi langkah bagaimana menguruskan GET dan POST request menggunakan Laravel Framework. Ia sangat mudah dan ringkas!

Friday, February 08, 2013

Ratatouille and The Mythical Man Month


Ratatouille (rat•a•too•ee)




Good cooking fakes time. If you are made to wait, it is to serve you better, and to please you.

MENU OF RESTAURANT ANTOINE. NEW ORLEANS