Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Thursday, August 01, 2013

Maksud Destination Host Unreachable




Destination Host Unreachable adalah mesej ralat yang diterima oleh pengguna apabila arahan rangkaian (dalam contoh di atas, ping) di hantar kepada komputer penerima dalam sesebuah rangkaian komputer (dalam contoh di atas, 192.168.3.10).

Mesej ini bermaksud:
1) Komputer penerima tidak dapat dicapai, atau
2) Alamat komputer penerima tidak dapat dicari.

Komputer penerima tidak dapat dicapai apabila komputer tersebut terputus daripada rangkaian kerana suisnya ditutup atau sambungan fizikalnya terputus.

Alamat komputer penerima tidak dapat dicari apabila peranti komunikasi seperti router tidak dapat mengesan lokasi alamat tersebut.

Jika pengguna menggunakan arahan ping terhadap nama domain seperti contoh di bawah (menggunakan Command Prompt melalui Windows 8), mesej yang diterima adalah seperti berikut:





No comments: