Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Thursday, August 15, 2013

Maksud Computer

(Keyword: Apa itu, Maksud, Erti, Definisi Computer)
computer
Komputer bermaksud mesin yang boleh melaksanakan arahan. Dua ciri utama komputer:
1. Ia bertindak balas terhadap arahan yang dipanggil Aturcara (English:Program).
2. Ia boleh menyimpan arahan tersebut dalam ruang ingatannya untuk kegunaan masa hadapan.

Komputer zaman moden bersifat elektronik dan digital. 

Komponen komputer boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu komponen fizikal atau dipanggil Perkakasan (Hardware) dan komponen logik atau dipanggil Perisian (Software).

Semua komputer pelbagai guna memerlukan komponen Perkakasan berikut:
1. Memori - Membolehkan komputer menyimpan Data dan Program buat sementara waktu ketika pemprosesan dijalankan.
2. Storan - Membolehkan komputer menyimpan data secara tetap.
3. Peranti Input - Biasanya Keyboard dan Mouse; membolehkan pengguna memasukkan data dan arahan ke dalam sistem komputer.
4. Peranti Output - Biasanya Monitor; membolehkan komputer mengeluarkan output pemprosesn kepada pengguna.
5. Unit Pemprosesn Utama (English: Central Processing Unit, CPU) - Unit yang melaksana arahan dan mengawal aktiviti komputer.


No comments: