Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, December 17, 2014

Cara Mudah Bina Program C# (C-Sharp) Tanpa Guna Visual Studio


---
Cara Mudah Bina Program C# (C-Sharp) Tanpa Guna Visual Studio

Visual Studio adalah perisian yang digunakan oleh pembangun perisian untuk menulis kod aturcara dalam beberapa bahasa seperti C# (C-Sharp). Visual Studio boleh didownload dari website Microsoft dan digunakan secara percuma tetapi ia terhad untuk tempoh tertentu sahaja. Pembangun perisian perlu membayar lesen sekiranya mahu terus menggunakan perisian ini.

Soalnya, bolehkah pembangun perisian menulis kod aturcara C# (C-Sharp) tanpa Visual Studio?

Jawapannya, Ya.

Anda boleh cuba download perisian alternatif yang dipanggil Sharp Develop. Malah anda boleh mencuba versi Portable yang tidak memerlukan perisian ini diinstall langsung ke dalam komputer anda.

Download SharpDevelopPortable_4.4.1_Development_Test_1.paf

Atau layari laman utama Sharp Develop

Di samping Sharp Develop, terdapat satu perisian lagi yang dinamakan Mono Develop yang telah dibangunkan untuk kegunaan pelbagai platform seperti Linux dan Macontosh. Mono Develop kini dimiliki oleh Xamarin, syarikat pembangun perisian yang mempopularkan kaedah pembangunan aplikasi mobil Cross-Platform menggunakan bahasa C# (C-Sharp).

Sejauhmanakah Sharp Develop boleh menggantikan Visual Studio? Cuba dahulu baru tahu!
---

No comments: