Masalah komputer menjadi lambat (secara umumnya, lambat memberi respon, lambat memproses dan hal seumpamanya) adalah fenomena biasa yang boleh terjadi walaupun sejurus selepas komputer itu baru dibeli. Perkara ini dapat diselesaikan secara berperingkat:
1) Memori
2) Pogram Installation dan Program Uninstallation
3) Malware (dan Troubleware?)
4) Hardware
1) Memori
Sistem Windows memerlukan memori sementara untuk memproses data yang dipanggil RAM (Random Access Memory, Melayu:Ingatan Capaian Rawak). Memori RAM dikendalikan oleh kepingan hardware yang turut dipanggil RAM card. Memori ini kecil dan berbentuk gandaan kuasa 2 seperti 128MB, 256MB, 512MB dan 1GB. Untuk melancarkan lagi perjalanan operasinya, Windows turut mengambil sebahagian daripada ruang storan Hard Disk bagi dijadikan RAM tambahan yang dikenali sebagai Virtual Memory (Ingatan Maya). Mudahnya, semakin besar saiz RAM, semakin tinggi keupayaan komputer memproses data.
Apabila pengguna komputer menyimpan dan mengemaskini data, ruang storan Hard Disk akan digunakan sedikit demi sedikit. Ruang-ruang ini juga kadangkala menjadi berselerak di seluruh trek Hard Disk kerana operasi simpan,sunting dan padam yang silih berganti. Akhirnya ruang yang digunakan oleh Windows sebagai Virtual memory tadi akan terjejas. Akibatnya, keupayaan pemprosesan data akan terganggu.
Langkah pertama menyelesaikan masalah ini ialah dengan menyemak saiz Hard Disk.
Klik Start/MyComputer.
Lihat ikon "(C:)".
Right Hand Click dan pilih menu "Properties".
Semak "Used Space" dan "Free Space".
Sebaiknya Hard Disk perlu mempunyai ruang lebihan (kosong) sekurang-kurangnya 300MB. (anda boleh semak keperluan ini dengan cara i) Klik Start/MyComputer + RightHandClick "Properties" ii) Pilih Tab "Advanced" iii) Pilih butang "setting" di bawah tajuk "Performance" iv) Klik "Advanced" v) Anda akan melihat tajuk Virtual Memory bersama jumlah saiznya).
Sekiranya Hard Disk anda mempunyai ruang storan yang mencukupi, langkah seterusnya ialah melakukan Disk Defragmentation. Dalam bahasa mudah, menyatukan semula cebisan data yang berselerak dan menghimpunkan ruang kosong ke dalam satu blok yang tersendiri. Hal ini akan mempercepatkan Windows mencipta Virtual memory.
Untuk Defrag, rujuk gambar pertama. Tekan tab "Tools" dan klik butang "Defragment Now". Selebihnya akan diuruskan oleh Windows.
2) Program Installation dan Uninstallation
Antara akitiviti yang rancak dibuat oleh pengguna sejurus selepas membeli komputer baru ialah Program Installation. Perlu difahami bahawa Program Installation bukan sahaja menyalin data dan fail ke dalam Hard Disk malah ia turut mengubah maklumat Windows Registry, iaitu satu tempat rujukan utama Windows.
Seterusnya, pengguna juga pasti akan melaksanakan Program Uninstallation apabila sudah tidak mahu lagi menyimpan sesetengah Program. Ada sebahagian Program yang mempunyai Uninstaller yang kurang cekap; apabila program dibuang dari Windows, failnya masih dibiarkan wujud di dalam Hard Disk dan maklumat settingnya juga dibiarkan di dalam Windows Registry.
Dua keadaan di atas akan menyebabkan prestasi Windows terganggu. Seorang pakar komputer berkemungkinan akan memadam tinggalan fail di dalam Hard Disk dan mengemaskini Windows Registry secara manual (boleh saya cuba kemaskini Windows Registry sendiri?). Walaupun ianya boleh dilakukan, tugas ini rumit dan membuang masa. Anda perlukan program bantuan.
Anda boleh gunakan program RegCure. Program ini akan menyemak dan mengemaskini Windows Registry secara automatik.
3) Malware (dan mungkin juga TroubleWare)
Malware adalah singkatan dari Malicious Software, iaitu software yang dicipta untuk tujuan menyusahkan mangsa dan berkemungkinan juga menguntungkan penciptanya. Malware juga mengambil ruang storan Hard Disk dan lebih bahaya daripada itu ia mengubahsuai Windows Registry sehingga ke tahap ia boleh menguasai sistem Komputer itu sendiri.
Anda memerlukan Program Anti Virus seperti Avira ataupun Program Anti Malware seperti Malware Bytes. Program seperti ini dicipta khusus untuk mengesan dan menggagalkan aktiviti Malware.
Program yang pada asalnya bukan Malware boleh juga akhirnya menyusahkan anda dan wajar digelar TroubleWare. Contohnya program pemain video yang adakalanya tidak dapat memainkan video format tertentu, meminta anda download codec dari Internet, membayar caj dan sebagainya. Akhirnya apabila di uninstall, kesan tinggalannya masih wujud. Bukankah ianya menyusahkan sahaja? Saya sarankan anda gunakan Program VLC untuk memainkan video. Setakat ini ia tidak bermasalah untuk memainkan apa jua format.
4) Masalah Hardware.
Seandainya ketiga-tiga perkara di atas telah dicuba namun komputer masih lembap, ada kemungkinan ia mengalami masalah hardware. Semak status komputer anda. Sekiranya masih ada tempoh warranty, jangan segan-silu untuk di bawa kepada penjual asalnya. Seandainya tempoh warranty tamat, carilah mana-mana kedai membaiki komputer yang boleh dipercayai. Semak juga berapa anggaran kosnya. Kalau terlalu mahal (atau komputer itu sendiripun sudah dimakan usia) lebih baik diganti dengan komputer yang baru sahaja ;-)
2 comments:
thaks ya atas postingnya cukup membantu buat saya
thanks ya atas postingya, sangat membantu buat saya
Post a Comment