Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, April 23, 2012

Virtual Box - Import Pakej OVA Android Versi Ice Cream Sandwich



https://docs.google.com/document/pub?id=1-G3arwMMJ_VBaMI_oahufUs3Sz9m5N4D5o_jfsVf2No


VIRTUAL BOX – Langkah2 Import Pakej Virtual Android Versi Ice Cream Sandwich (4.0)
  1. VirtualBox adalah perisian Operating System Virtualization; maksudnya ia menjadi platform hos kepada perisian Operating System secara maya.
  2. VirtualBox boleh mengimport pakej os maya format “ova” dan membuat hard disk maya yang baru dari format “ova” ini.
  3. Katakan anda mahu mengimport pakej Android versi Ice Cream Sandwich format “ova” ke dalam VirtualBox, klik File/Import Appliance.... Browse di mana pakej “ova” tersebut berada dan klik OK.
  4. Berikutnya terdapat dua cara untuk menghidupkan Virtual Android; 1) Secara Bridged Adapter, 2) Secara Host-Only Adapter.


BRIDGED ADAPTER

  1. Bridged Adapter maksudnya, Virtual Android dihidupkan sebagai mesin tersendiri yang menumpang laluan (“bridge”) mesin host untuk berhubung dengan router dan mendapat IP NUMBER tersendiri.
  2. Bridged Adapter membolehkan Virtual Android berkomunikasi dalam rangkaian LAN dan rangkaian Internet.
  3. Klik “Enable Network Adapter”. Pilih “Bridged Adapter”. Pilih “Wireless Network Adapter”. Klik OK.

  1. Klik START.
  1. Apabila mesin maya ini hidup, ia akan mendapat IP NUMBER sendiri dari router. Mesin host dan mesin-mesin lain di dalam rangkaian ini boleh berhubung dengannya menggunakan IP NUMBER ini. Pastikan juga PORT 5555 mesin ini berstatus OPEN. Anda boleh gunakan program IPScanner untuk menyemak IP NUMBER dan PORT 5555.
  2. Bagaimana mahu menyemak konfigurasi ini? Dengan menggunakan mesin host, masuk ke console window.
  3. Taip “ipconfig” dan perhatikan bahagian “Wireless LAN adapter Wireless Network Connection”. Di dalam contoh di bawah, IP NUMBER untuk mesin host adalah 10.1.1.13, maka IP NUMBER mesin Virtual Android sudah pasti berada dalam kelompok IP yang sama.


HOST-ONLY ADAPTER
  1. Host-Only Adapter maksudnya, mesin Virtual Android ini dan mesin host bersambung di dalam rangkaian maya yang dikenali sebagai VirtualBox Host-Only Network.
  2. Host-Only Adapter membolehkan mesin Virtual Android berhubung terhad dengan mesinhost dan mesin-mesin lain yang hidup di dalamm VirtualBox sahaja. IP NUMBER bagi mesin Virtual Android dan mesin host hanya sah dan dikenali di dalamm rangkaian ini sahaja.
  3. Klik “Enable Network Adapter”. Pilih “Host-only Adapter”. Pilih “VirtualBox Host-Only Ethernet Adapter”.
  4. Klik START.
  5. Apabila mesin ini hidup ia akan mendapat IP NUMBER maya yang wujud bagi rangkaian VirtualBox Host-Only sahaja.
  6. Bagaimana mahu menyemak konfigurasi ini? Dengan menggunakan mesin host, masuk ke console window.
  7. Taip “ipconfig” dan perhatikan bahagian “Wireless LAN adapter Wireless Network Connection”. Di dalam contoh di bawah, IP NUMBER untuk mesin host adalah 192.168.56.1, maka IP NUMBER mesin Virtual Android sudah pasti berada dalam kelompok IP yang sama.




SEMAK IP NUMBER dan PORT NUMBER yang hidup
Anda boleh semak IP NUMBER dan PORT NUMBER yang hidup menggunakan perisian IP Scanner seperti IpScan.
  1. Hidupkan program IpScan.
  2. Masukkan Port 555 ke dalam senarai Port carian.
  3. Masukkan julat IP NUMBER yang betul, contohnya FROM 10.1.1.1 TO 10.1.1.255 atau FROM 192.168.56.1 TO 192.168.56.255
  4. Contoh output seperti berikut.
    Perhatikan IP NUMBER 10.1.1.7 mempunyai PORT 5555 yang sudah dibuka. Besar kemungkinan itulah mesin Virtual Android.

No comments: