Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, November 14, 2012

Simple Way To Earn Money Using Social Media Tools



Cara Mudah Menjana Pendapatan Menggunakan Social Media


Evolusi Aplikasi Social Media


Email adalah aplikasi klasik bagi Internet. Ketika teknologi Internet dirintis oleh ARPAnet pada tahun 1969, aplikasi Email telah digunakan bagi membuktikan kejayaan perhubungan elektronik jarak jauh ini. Email juga boleh dianggap sebagai perintis Social Media kerana ia membolehkan individu bertukar maklumat atau lampiran (attachment) merentasi batas geografi. Segalanya berlaku dalam tempoh sekelip mata ibarat sejarah Nabi Sulaiman dan pembantunya yang berupaya memindahkan binaan fizikal dalam tempoh sesingkat itu.

Pada tahun 1970an Aplikasi Email dikembangkan kepada Newsgroup di mana sekumpulan pengguna boleh membuat rantaian perbincangan yang dinamakan thread. Kewujudan Newsgroup ini sangat bermanfaat di mana ilmu pengetahuan mudah tersebar ke serata dunia melalui pertukaran maklumat di dalam Newsgroup. Pertukaran ilmu pengetahuan ini seterusnya membantu merancakkan lagi pertumbuhan teknologi perisian dan perkakasan ICT.

Lewat 1980an, seorang penyelidik bernama Tim Berners Lee mengembangkan lagi teknologi pertukaran maklumat sehingga maklumat yang disimpan di dalam komputer seseorang saintis itu dapat dikongsi bersama pengguna Internet yang lain melalui teknologi perisian perhubungan yang dinamakan World Wide Web (Web). (lihat infographic 1 berikut) (dan infographic 2 berikut)

Teknologi Web mula tersebar ke seluruh dunia bila mana kerajaan Amerika Syarikat membenarkan rangkaian Internet digunakan untuk tujuan komersil. Maka lahirlah perintis seperti berikut:
1) Netscape Navigator - Web Browser komersil yang pertama
2) Yahoo - Search Engine yang pertama
3) Hotmail - Perkhidmatan email percuma yang pertama
4) Amazon - Perniagaan katalog elektronik yang pertama
5) Geocities - Perkhidmatan penyedia laman web percuma yang pertama.


Kegagalan Model Niaga peringkat awal


Keghairahan mewujudkan bisnes melalui Internet (Dot Com Rush) walaubagaimanapun terencat apabila dunia dikejutkan dengan fenomena Dot Com Bust.

Seorang penulis buku teks yang terkenal Efraim Turban menulis dengan panjang lebar bagaimana E-Commerce atau E-Business atau E-Entrepreneurship sebenarnya mempunyai potensi cerah tetapi mereka yang mahu merintisnya harus menimbangkan aspek skala dan critical mass, iaitu jumlah sasaran yang cukup untuk membantu sesebuah bisnes itu hidup dan maju. Tanpa critical mass yang sesuai, apa juapun perniagaan atau model perniagaan akan gagal.

Kekangan utama bisnes melalui Internet ialah prasarana perhubungan Internet yang masih belum maju terutamanya di negara dunia ketiga, sistem pembayaran yang belum utuh dan cekap, sistem penghantaran logistik yang belum cekap dan boleh diharap dan jaringan pemasaran yang belum cekap dan masih berkos tinggi.

Model Niaga gaya-Google

Pelajaran utama yang dipelajari dari Dot Com Bust ialah bisnes di Internet memerlukan masa yang panjang untuk berkembang dan kaedah pricing harus seminima mungkin malah pengguna perlu diyakinkan melalui penawaran khidmat percuma sebelum sesuatu platform niaga itu boleh dimajukan.

Google merintis Model Niaga Internet gaya baru dengan menawarkan perkhidmatan carian pelbagai fungsi (web, imej, berita, gambar dll), perkhidmatan Email percuma bersaiz Giga dan perkhidmatan aplikasi seiras Microsoft Office berdasarkan Web dengan kos percuma. Ketiga-tiga penawaran percuma ini telah mendorong wujudnya komuniti sosial di Internet yang aktif mencari dokumen, mencipta dokumen atau menyebarkan dokumen. Model Niaga ini sungguh berkesan hingga hampir menggoyahkan gergasi Enjin Carian Yahoo dan gergasi aplikasi produktiviti Microsoft.

Seterusnya Facebook membuka dimensi baru dalam interaksi sosial apabila ia menyediakan aplikasi perbualan maya secara percuma. Aplikasi ini membantu pengguna Internet mencari kenalan lama atau baru dan berkongsi cerita dan sumber melaluinya. Secara tidak langsung, kedua-dua Google dan Facebook telah membantu mengatasi kekangan kos perhubungan perniagaan dan pemasaran produk. Pada hari ini, keghairahan Dot Com Rush kembali muncul di mana banyak Model Niaga yang bermula dari kos percuma ditawarkan kepada pengguna Internet.

Model Niaga gaya sebegini sangat bermanfaat kepada golongan usahawan kerana ia menyediakan prasarana kos rendah bagi usahawan untuk mula berniaga.

Email sebagai teras Social Media

Email adalah alat perhubungan asas di Internet. Di samping sebagai alat perhubungan, Email juga memainkan peranan sebagai akaun penentusahan di mana aplikasi lain seperti Facebook memerlukan kewujudan akaun Email yang sah sebelum sesebuah permohonan akaun baru boleh diluluskan.

Google telah memulakan khidmat Email percuma bersaiz besar yang sangat diminati pengguna. Model niaga ini menggoyahkan Microsoft hingga mutakhir ini Microsoft telah melancarkan produk khidmat Email percumanya yang terbaru bernama Outlook.com.

Aktiviti Email Outlook.com

1) Layari http://outlook.com . Anda akan lihat seperti berikut.
2) Lihat pada pautan “Sign up now” pada bahagian kanan bawah. Klik pautan tersebut untuk mencipta akaun baru untuk anda. Isi maklumat sebagaimana dipinta.
3) Seterusnya anda akan dapat melihat laman utama outlook.com bagi akaun anda. Pada amnya, fungsi yang ditawarkan setanding dengan Gmail. Akan tetapi rekabentuk lamannya lebih teratur, lebih ramah pengguna dan tiada ruang iklan. Outlook juga menyediakan 4 butang komunikasi utama yang bersaiz besar dan jelas iaitu Mail, People, Calendar dan SkyDrive (lihat gambar di bawah) yang dianggap teras kepada Social Media.


4) Fungsi People
Jika anda menekan butang Merah “People”, outlook.com akan memaparkan dialog untuk menghubungkan akaun outlook.com anda dengan aplikasi Social Media popular yang lain seperti Facebook, Google, LinkedIn dan Twitter. Seterusnya outlook.com membenarkan anda menghantar mesej Twitter atau Facebook secara langsung dari laman outlook.com. Ianya membantu mempercepatkan proses penghantar mesej kepada kenalan sosial anda.

5) Fungsi Kalendar
Perkongsian Kalendar adalah sangat penting di dalam perhubungan intra dan inter organisasi. Penganjuran program atau mesyuarat menjadi lancar apabila pihak penganjur dapat menyelaraskan waktu terluang bagi setiap peserta dan menghebahkannya kepada penerima sasaran.

6) Fungsi SkyDrive
Kepesatan teknologi Internet pada hari ini telah mendorong wujudnya perkhidmatan Cloud Storage di mana pengguna boleh menyimpan “mirror copy” bagi kandungan komputernya dengan ruang simpanan di Internet (yang dipanggil sebagai Cloud). Melalui Cloud storage, pengguna bukan sahaja dapat membuat “data backup” malah boleh berkongsi dokumen dengan pengguna lain sehingga ke tahap dapat membuat “collaboration” dengan pengguna yang lain.


Pengguna SkyDrive boleh berkongsi dokumen dengan pengguna lain melalui:
1) Penghantaran Email
2) Perkongsian Facebook
3) Perkongsian Pautan

Pengguna SkyDrive boleh membuat “collaboration” dengan pengguna lain melalui “Group”.

Blog sebagai medium sebaran pemasaran ke seluruh dunia

Bagi seseorang yang nekad mahu menjadi usahawan berjaya, dia perlu berani tampil memperkenalkan dirinya bukan sahaja kepada kenalan terdekat malah kepada seluruh dunia. Blog merupakan titik permulaan yang sesuai bagi seseorang mengenalpasti kekuatan yang ada pada dirinya dan meneroka potensi yang dapat dihasilkan daripada kekuatan tersebut.

Terdapat dua medium blog yang popular pada hari ini iaitu Blogspot dan Wordpress. Blogspot popular kerana ia boleh dihubungkan terus kepada aplikasi Google yang lain dan banyak manfaat sampingan dapat diraih daripada kesepaduan aplikasi Google. Manakala Wordpress popular kerana ia memudahkan aktiviti pembangunan laman web hingga orang kebanyakan yang tidak tahu tentang pengaturcaraan web berupaya menghasilkan laman web yang kelihatan professional.

Aktiviti Google

1) layari http://blogger.com . Anda perlu mempunyai akaun Email Gmail untuk membuka akaun blogspot.


Aktiviti Wordpress

1) layari http://wordpress.com . Anda perlu mempunyai Email akaun yang sah (Gmail, Outlook.com atau apa sahaja Email yang sah).

Mengkaji Trafik Pengguna

Setelah blog dicipta dan dimuatkan dengan artikel, seseorang usahawan perlu menganalisa trafik pengguna ke blognya untuk mengetahui sambutan pengguna dan ruang penambahbaikkan kandungan blognya. Kedua-dua blogger dan wordpress mempunyai fungsi kajian statistik ini.

Statistik Blogger

Statistik Wordpress

Tumpukan perhatian anda kepada artikel popular, kata kunci carian, punca datangnya trafik dan lokasi pengunjung. Maklumat ini sangat berguna untuk membantu anda menulis artikel yang boleh menarik trafik tinggi dan menduduki tempat teratas dalam search ranking terutamanya Google.

Apabila anda sudah mengetahui sebab kenapa pengguna Internet datang ke blog anda, anda akan mudah mengenalpasti kandungan yang sesuai untuk dimuatkan ke blog anda. Sebagai contohnya jika anda memasukkan frasa “maksud komputer” pada enjin carian google. Anda akan mendapati blog http://www.notarazi.com menduduki senarai teratas dalam hasil carian Google. melalui cara ini dapat disimpulkan bahawa sebahagian pengguna Internet datang ke http://notarazi.com  untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan komputer. Maka artikel yang terkemudian harus mengekalkan perbincangan di dalam isu ini agar berupaya menarik lebih banyak trafik di masa hadapan.


Peluang Jana Pendapatan Melalui Papan Iklan


Blogger juga membenarkan pengguna akaunnya memaparkan iklan samada dari Google Adsense, Nuffnang atau Amazon Affiliate. Melalui usaha ini, pemilik blog berpeluang menjana pendapat sampingan menerusi Click Through Rate, Page Impressions atau Ad Campaign.




Memiliki domain sendiri

Setelah seseorang blogger itu sudah arif menghasilkan artikel yang boleh menarik trafik pengguna Internet, beliau boleh beralih ke domain sendiri, contohnya http://notarazi.com . Kelebihan memiliki domain sendiri:
1) Alamat yang lebih pendek.
2) Nama domain yang Exclusive dan Catchy.  
3) Mengambil manfaat perisian web yang terkandung di dalam pakej hosting. ( anda boleh cuba download perisian AMPPS untuk membuat pandu uji aplikasi ini di komputer anda).

Perkhidmatan pendaftaran domain dan webhosting boleh dicari di Internet. Terdapat juga syarikat tempatan yang menyediakan khidmat ini seperti http://internet-webhosting.com/ . Kelebihan menggunakan syarikat tempatan adalah pada bahasa; anda mudah untuk memberitahu masalah anda kepada syarikat tersebut kerana bahasa ibundanya yang sama.


Mencipta Sistem Katalog Produk Sendiri

Kebanyakan usahawan amatur bermula dari Facebook. Di sana mereka mula mengiklan produk melalui message posting. Gambar produk di letakkan samada di dalam message posting atau di dalam album foto. Apabila jumlah produk semakin meningkat, platform Facebook sudah tidak cekap lagi untuk menguruskan sebaran maklumat produk anda. Anda perlu beralih ke platform yang khusus menyediakan katalog produk. Bagi pengguna Malaysia, anda boleh mencuba perkhidmatan http://start.easy.my yang menawarkan pakej asas percuma dan boleh dikembangkan kepada pakej berbayar yang lain.

Menyebarkan electronic business card

Terdapat satu inisiatif baru untuk memudahkan anda menghantar electronic business card menggunakan smartphone. Inisiatif ini dipanggil Adacard.my. Dengan adanya electronic business, anda berupaya menghantar business card secara elektronik kepada kenalan sosial anda. Jika anda kesempitan bajet, anda boleh mencuba aplikasi Office Outlook 2010 kerana perisian ini juga membolehkan anda mencipta business card dan menghantarnya kepada kenalan sosial melalui e-mail.


No comments: