Notes On Early History Of Telecommunication and Internet by NotaRazi
Telekomunikasi
Komunikasi bermaksud perhubungan, perbualan atau pertukaran mesej di antara dua pihak atau lebih. Tele bermaksud jarak jauh. Maka, istilah Telekomunikasi bermaksud perhubungan jarak jauh. Telekomunikasi memainkan peranan penting di dalam peradaban manusia[1].
Telegraf
Sejarah telekomunikasi zaman moden bermula di sekitar abad ke 19 melalui penggunaan telegraf. Telegraph bermaksud kaedah komunikasi jarak jauh yang melibatkan penghantaran isyarat denyutan elektrik (electrical pulse). Denyutan elektrik yang dihasilkan boleh dipelbagaikan temponya. Manusia menggunakan kombinasi tempo denyutan elektrik untuk mewakili huruf. Melalui kaedah ini, bahasa pertuturan atau pertuturan akan dikodkan (coding) kepada kombinasi isyarat elektrik, dihantar kepada penerima melalui sambungan wayar elektrik dan didekodkan (decoding) semula kepada bahasa asalnya[2].
Teknologi ini telah dirintis oleh beberapa individu sehinggalah ia dimajukan dengan sempurna oleh Samuel Morse pada tahun 1838[3].
Pada tanggal 11 Januari 1938, Morse telah menghantar telegram pertama ke destinasi sejauh 3km[4].
Mesin Telegraph Morse
Melalui pembiayaan Kerajaan Amerika Syarikat, Morse terus mengembangkan teknologi ini. Pada tanggal 24 Oktober 1861, komunikasi Amerika Timur dan Barat telah berjaya dihubungkan melalui teknologi Telegraf lalu berakhirlah dominasi perkhidmatan keretapi (Pony Express) sebagai medium utama telekomunikasi zaman itu.
Seterusnya, pada tahun 1866, teknologi kabel jarak jauh telah dirintis bagi menghubungkan Amerika dan England. Projek yang dinamakan Transatlantic Cable[5] ini merupakan perintis kepada jaringan kabel dasar laut sedunia[6] yang menjadi tulang belakang dalam teknologi Internet pada hari ini.
Telefon
Pada tahun 1874, Alexander Graham Bell mengembangkan teknologi Telegraph dan menyempurnakannya sebagai Telephony. Pada asasnya Telephony bermaksud teknologi menghantar bunyi polyphonic melalui talian komunikasi. Teknologi ini mencetuskan revolusi kepada kaedah manusia berkomunikasi[7].
Ramalan Bell bahawa “a man in one part of the country may communicate by word of mouth with another in a distant place” [8] menjadi kenyataan apabila kini muncul syarikat telekomunikasi di seluruh dunia yang menjayakan aspirasi “communicate by word of mouth”.
Teknologi Kabel Komunikasi Dasar Laute
Kabel komunikasi dasar laut pada awalnya digunakan untuk saluran komunikasi Telegraf. Kemudiannya ia digunakan untuk saluran komunikasi Telefon. Seawal tahun 1901, jaringan kabel dasar laut telahpun menghubungkan tanah besar dunia[9]. Sehingga kini, semua benua telah dihubungkan kecuali Antartika.
Pelbagai teknologi kabel telah dimajukan untuk meningkatkan mutu perhubungan merentas benua[10].
Kabel dasar laut sangat kritikal pada telekomunikasi pada hari ini. Gangguan pada kabel ini boleh merencatkan perhubungan seluruh dunia[11]. Contohnya gempa bumi di Taiwan pada tahun 2006 mengakibatkan perhubungan Internet di kawasan Asia Tenggara terganggu hampir seminggu[12].
Penemuan Projek ARPAnet
Pada tahun 1969 penemuan projek ARPAnet[13] Membuka dimensi baru dalam dunia Telekomunikasi. Projek yang pada asalnya bersifat rahsia ketenteraan akhirnya menjadi satu fenomena yang digelar disruptive technology iaitu teknologi yang telah mengubah cara manusia bekerja dan bersosial.
WRITTEN BY NOTARAZI.COM
No comments:
Post a Comment