Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, April 17, 2013

Apa itu Liferay?


Kata kunci: Pengenalan, Maksud, Erti Liferay
-----

Liferay adalah sistem portal berskala besar yang ditulis dalam Bahasa Java dan diedarkan di bawah perlesenan GNU Lesser General Public License. Ia digunakan untuk memperkasakan rangkaian intranet dan extranet korporat.

Portal Liferay mempunyai ciri-ciri tipikal laman web. Secara asasnya, ia dibina dari gabungan modul kecil yang dipanggil portlet. Liferay turut dipanggil Content Management Framework atau Web Application Framework. Ini adalah kerana berbagai aplikasi boleh dibangunkan dan ditumpangkan di dalam Portal Liferay.

Pengguna yang mahu memasang Portal Liferay tidak perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan. Walaubagaimanapun, pembangun aplikasi tambahan Liferay atau portlet perlu faham antaramuka pengaturcaraan Liferay dan mahir menggunakan Bahasa Java.

Portal Liferay boleh dijalankan di atas mana-mana sistem Pelantar yang menyokong Java Runtime Environment. Pakej Portal Liferay yang siap sedia untuk dijalankan telah disediakan beserta Apache Tomcat; pengguna hanya perlu muatturun ke sistem Pelantar dan jalankan Apache Tomcat untuk mengaktifkan portal.

Diterjemah dari https://en.wikipedia.org/wiki/Liferay

2 comments:

Umi Azureen said...

oracle db compatible tak dengan liferay?

Anonymous said...

yup.. compatible