Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:
Raptor Flowchart Tutorial For Beginners
Wednesday, April 17, 2013
Apa itu Drupal?
Kata kunci: Pengenalan, Maksud, Erti Drupal
-----
Drupal adalah Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System, CMS) berdasarkan bahasa PHP dan diedarkan di bawah perlesenan GNU. Ia digunakan sebagai sistem hujung-belakang (back-end) di hampir 2.1% tapak Web di Internet meliputi laman blog peribadi, korporat, politik dan kerajaan termasuklah whitehouse.gov dan data.gov.uk. Ia juga digunakan untuk Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) dan Kolaborasi Perniagaan (Business Collaboration).
Edaran standard Drupal dikenali sebagai Drupal Core terdiri daripada ciri tipikal CMS. Ini termasuklah pendaftaran akaun pengguna dan pentadbirannya, pengurusan menu, RSS, rekaletak laman dan pentadbiran sistem. Drupal Core boleh diaplikasikan untuk laman brochureware, single-user blog, multi-user blog, forum Internet dan laman komuniti.
Sehingga Januari 2013, terdapat lebih 20,100 modul tambahan yang telah dicipta oleh komuniti pembangun Drupal. Atas sebab inilah, Drupal turut digelar Rangka Kerja Pengurusan Kandungan (Content Management Framework). Drupal turut dikenali sebagai Rangka Kerja Aplikasi Web (Web Application Framework) kerana ia menepati ciri-ciri itu.
Pengguna yang mahu memasang Drupal tidak perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan. Akan tetapi, untuk membangunkan aplikasi tambahan Drupal, seseorang itu perlu memahami antaramuka pengaturcaraan Drupal yang canggih ini.
Drupal boleh dijalankan di atas sistem pelantar Web Server seperti PHP dan pangkalan data MySQL atau produk seumpamanya.
Diterjemah dari https://en.wikipedia.org/wiki/Drupal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment