Salah satu cara untuk mengkategorikan pelbagai jenis rekabentuk rangkaian komputer adalah melalui skop atau skala rangkaian tersebut. Atas faktor sejarah, industri komputer pada peringkat awalnya membahagikan rekabentuk rangkaian komputer menurut keluasan kawasan yang dapat diliputinya. Contoh kawasan rangkaian komputer adalah seperti:
a) LAN - Local Area Network (Rangkaian Kawasan Tempatan)
b) WAN - Wide Area Network (Rangkaian Kawasan Luas)
Baca perbezaan teknikal LAN dan WAN, http://www.diffen.com/difference/LAN_vs_WAN
LAN menghubungkan peranti rangkaian (network devices) dalam jarak yang pendek contohnya dalam bangunan pejabat, kawasan sekolah atau hotel. Teknologi yang biasa digunakan adalah Ethernet. LAN biasanya dimiliki oleh organisasi atau individu.
WAN sebenarnya adalah LAN yang bersambungan membentuk rangkaian yang sangat luas. Setiap LAN dihubungkan antara satu sama lain menggunakan peranti yang dipanggil router.
Dari sudut teknologi rangkaian IP, router akan menguruskan nombor IP bagi komputer yang berangkai di dalam LAN dan WAN. WAN tidak dimiliki oleh organisasi atau individu tertentu. Sebaliknya ia wujud hasil perkongsian bersama setiap pemilik LAN. Di samping itu, terdapat juga kerjasama peringkat serantau dan dunia untuk memelihara rangkaian WAN.
Setiap komputer yang berhubung dengan WAN mestilah mempunyai IP Global dan kekal berhubung. Pengguna kediaman dan organisasi kecil tidak mampu menyediakan keperluan ini. Mereka memerlukan khidmat ISP, Internet Service Provider (Penyedia Khidmat Internet). Melalui sistem ISP, mereka bersambung ke ISP menggunakan Modem dan ISP akan bersambung ke Internet melalui router miliknya. ISP akan memberikan IP Global sementara kepada pelanggannya dan mengambil semula apabila hubungan modem-ISP diputuskan.
Terdapat beberapa lagi jenis Kawasan Rangkaian Komputer. Walaubagaimanapun, kesemuanya berkembang samada dari teknologi LAN atau WAN. Contoh yang mudah dilihat adalah WLAN, Wireless LAN (LAN Tanpa Wayar) yang meminjam konsep LAN tetapi menukar sambungan wayar dengan gelombang radio.
No comments:
Post a Comment