Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Thursday, August 15, 2013

Maksud Computer

(Keyword: Apa itu, Maksud, Erti, Definisi Computer)
computer
Komputer bermaksud mesin yang boleh melaksanakan arahan. Dua ciri utama komputer:
1. Ia bertindak balas terhadap arahan yang dipanggil Aturcara (English:Program).
2. Ia boleh menyimpan arahan tersebut dalam ruang ingatannya untuk kegunaan masa hadapan.

Komputer zaman moden bersifat elektronik dan digital. 

Komponen komputer boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu komponen fizikal atau dipanggil Perkakasan (Hardware) dan komponen logik atau dipanggil Perisian (Software).

Semua komputer pelbagai guna memerlukan komponen Perkakasan berikut:
1. Memori - Membolehkan komputer menyimpan Data dan Program buat sementara waktu ketika pemprosesan dijalankan.
2. Storan - Membolehkan komputer menyimpan data secara tetap.
3. Peranti Input - Biasanya Keyboard dan Mouse; membolehkan pengguna memasukkan data dan arahan ke dalam sistem komputer.
4. Peranti Output - Biasanya Monitor; membolehkan komputer mengeluarkan output pemprosesn kepada pengguna.
5. Unit Pemprosesn Utama (English: Central Processing Unit, CPU) - Unit yang melaksana arahan dan mengawal aktiviti komputer.


Monday, August 05, 2013

Was it Lailatul Qadar?

Captured on 6th August 2013 nearby Examination Hall, Universiti Malaya, Kuala Lumpur at 7:34am.










Sunday, August 04, 2013

Forgot Password Successful (?)




I got this message from lelong.my during one of the form activities.

It looks a bit funny when the server inform me that it has been successful in forgetting my password :-)

Thursday, August 01, 2013

VirtualBox: Host PC dan Guest PC tidak dapat PING!


Program VirtualBox digunakan untuk menjalankan beberapa Operating System serentak di dalam satu komputer. Operating System yang asal bagi mesin komputer dipanggil Host manakala Operating System yang dijalankan di dalam VirtualBox dipanggil Guests.

Adakalanya pengguna mahu Host dan Guests berinteraksi sesama mereka. Maka, pengguna akan menguji hubungan komunikasi rangkaian terlebih dahulu. Contohnya dengan menghantar arahan ping terhadap Operating System penerima.




Walaubagaimanpun, terdapat situasi di mana pengguna arahan Ping berkesudahan dengan mesej ralat "Request Time Out" (baca maksud Request Time Out di sini). Kenapakah hal ini berlaku?



Jawapan yang mungkin:
1) Konfigurasi tidak betul.
- Pastikan Network Adapter menggunakan Host-Only dan fungsi DHCP dihidupkan.
2) Sekatan Firewall.
- Untuk ujian yang mudah, matikan Firewall dan lihat samada ada perubahan (hati-hati kerana Firewall yang dimatikan akan mengundang risiko ancaman rangkaian komputer).

Maksud Destination Host Unreachable




Destination Host Unreachable adalah mesej ralat yang diterima oleh pengguna apabila arahan rangkaian (dalam contoh di atas, ping) di hantar kepada komputer penerima dalam sesebuah rangkaian komputer (dalam contoh di atas, 192.168.3.10).

Mesej ini bermaksud:
1) Komputer penerima tidak dapat dicapai, atau
2) Alamat komputer penerima tidak dapat dicari.

Komputer penerima tidak dapat dicapai apabila komputer tersebut terputus daripada rangkaian kerana suisnya ditutup atau sambungan fizikalnya terputus.

Alamat komputer penerima tidak dapat dicari apabila peranti komunikasi seperti router tidak dapat mengesan lokasi alamat tersebut.

Jika pengguna menggunakan arahan ping terhadap nama domain seperti contoh di bawah (menggunakan Command Prompt melalui Windows 8), mesej yang diterima adalah seperti berikut:





Maksud Request Timed Out




Request timed out adalah mesej ralat yang diterima oleh pengguna apabila arahan rangkaian (dalam contoh di atas, ping ) dihantar kepada komputer penerima yang berada di dalam rangkaian komputer (dalam contoh di atas, 192.168.56.101).

Mesej ini bermaksud:
1) Alamat komputer penerima (192.168.56.101) itu wujud, tetapi
2) Komputer penerima tidak memberi maklum balas, maka
3) Komputer pemanggil menunggu maklum balas beberapa ketika dan akhirnya memutuskan hubungan.