Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Sunday, March 01, 2015

Maksud Pembangunan Aplikasi Mobile Silang Platform


---
Pembangunan Aplikasi Mobile Silang-Platform
Cross-Platform Mobile Application Development
1) Cross-Platform Mobile Apps bermaksud aplikasi yang berfungsi di dalam pelbagai sistem mobile. Antara sistem yang popular pada hari ini adalah iOS, Android dan Windows Phone. Cross-Platform juga dipanggil Hybrid kerana sifatnya yang menggabungkan pelbagai kaedah dan platform.
2) Cross-Platform menjadi pilihan praktikal untuk dipelajari atas beberapa sebab,
a) Ia menggunakan bahasa aturcara yang lebih senang untuk kebanyakan orang (iaitu HTML5).
b) Ia menjimatkan masa kerana satu projek pembangunan boleh disesuaikan untuk pelbagai platform.
3) Untuk mula mempelajari Cross-Platform Mobile Apps Development, seseorang perlu mempunyai persediaan berikut:
a) Android Mobile Device (*)
b) Komputer
c) Sambungan Internet
*Android menjadi pilihan pertama untuk dipelajari kerana faktor sumber terbuka dan kos pembangunan terendah.
4) Pembelajaran Cross-Platform Mobile Apps Development kebiasaaanya melibatkan kemahiran bahasa HTML5 dan JavaScript Framework.
5) HTML5 bermaksud Bahasa HTML versi ke 5 yang terdiri daripada gabungan HTML, JavaScript dan CSS.
a) HTML digunakan untuk membina struktur dokumen projek.
b) JavaScript digunakan untuk mengawal aktiviti yang terdapat di dalam dokumen projek.
c) Cascading StyleSheet (CSS) digunakan untuk menghasilkan paparan visual menarik bagi struktur dokumen projek.
6) Di samping mempelajari HTML5, anda juga perlu mempelajari JavaScript Framework. Dalam bahasa mudah, Framework bermaksud fungsi dan kaedah yang sudah tersedia untuk digunakan. Justeru kita hanya perlu mempelajari bagaimana menggunakannya sahaja. Hal ini menjimatkan masa dan sumber kita.
7) Terdapat berbagai JavaScript Framework di luar sana tetapi sebagai permulaan elok jika diberi tumpuan kepada tiga Framework sahaja.
a) jQuery - Framework ini membolehkan kita memproses aktiviti bagi dokumen HTML5 dengan lebih mudah.
b) jQuery Mobile - Framework ini membolehkan kita menghasilkan "mobile look-and-feel" bagi dokumen HTML5.
c) PhoneGap/Cordova - Framework ini membolehkan kita menulis aplikasi HTML5 untuk berinteraksi dengan komponen hardware bagi mobile device seperti kamera tanpa perlu mempelajari kod dalam bahasa native seperti Java(Android), Objective-C(iOS) dan seumpamanya.
8) Rujukan asas bagi Framework di atas adalah seperti berikut:
Anda perlu sentiasa melihat maklumat terkini di website2 ini.
9) Di samping rujukan asas, anda juga disarankan merujuk sumber berikut:
Terdapat contoh yang mudah diikuti yang dapat membantu mempercepatkan anda memahami dan meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan HTML5.
10) Untuk memudahkan anda berlatih menulis aturcara, anda disarankan menggunakan khidmat online berikut:
11) Secara anggarannya apabila seseorang mula mempelajari perkara ini peratusan tumpuan pembelajaran adalah seperti berikut:
a) 50% - HTML5, jQuery dan jQueryMobile
b) 20% - PhoneGap/Cordova
c) 20% - Workflow (Develop, Test, Debug, Build)
d) 10% - Back-End development
Ringkasnya, anda perlu peruntukkan hampir 50% masa pembelajaran untuk HTML5, jQuery dan jQueryMobile kerana topik2 inilah yang kritikal dalam menghasilkan Cross-Platform Mobile Apps. Dalam kata lain, jika anda tidak dapat kuasai HTML5, jQuery dan jQueryMobile dengan baik, kualiti Mobile Apps yang anda hasilkan akan terjejas.
12) Sebagai tambahan, anda boleh membaca rujukan berikut supaya faham perbezaan antara Native dan Hybrid Development.
---